Yes,
Thank God I'm Fabulous..
Ada
sesiapa berani mau contest itu statement?
Wahai
kaum Ibu sekalian.. jangan ada di antara kamu yang berasa low-self-esteem.
Jangan hanya disebabkan anda tidak lagi bekerja, tidak lagi memegang WANG
sendiri, tidak lagi bergaul dengan kelompok korporat atau eksekutif.. maka anda
sudah tidak lagi hebat.
Dulu
pernah sekali cuping telinga Ibu tertangkap statement seperti di bawah;
“perempuan
yang sanggup berhenti kerja dan mengikut suami ke oversea tu semua tak ada masa
depan”.
Dusshhhh..
tepat ke muka Ibu. Sedih bukan kepalang. Down-syndrome kejap Ibu rasanya. Tapi
gradually, Ibu tolak tepi anggapan negative yang satu tu. Ibu anggap itu
sebagai satu ucapan atau kata-kata dari orang yang JAKI. Dengki dengan
kesenangan orang lain.
Mana tak
senang, duduk rumah boleh layan Fb, boleh shopping online, boleh baca online
news, boleh layan novel, boleh layan youtube, boleh post gambar, doa atau
apa-apa sahajalah. Even better, boleh morning coffee, boleh pi salon layan
manicure pedicure or even buat facial.
Then bila
anak-anak balik sekolah boleh call on delivery. Then petang hantar anak-anak pi
tuisyen sambil mak-mak layan hi-tea pulak. Malam pulak, masak lebih kurang or
better still ajak husband pi dine out. Wow.. what a wonderful life I’m living.
Well,
that doesn’t happen to me.
Most of
the house chores memang Ibu buat sendiri. Ibu tak ada bibik and never YAKIN in
a BIBIK (setakat ini laa). Ibu lebih rasa yakin kalau Ibu yang buat sendiri.
Walaupun penat, tapi Ibu puas hati. Rehdo dengan apa yang termampu.
At the
same time, Ibu still layan buat all those things yang Ibu suka buat. Yet,
anak-anak tak hantar pi tuisyen. I strongly believed kalau parents sanggup
duduk sebelah dengan anak-anak masa dia orang buat revision.. itu lebih afdhal.
Bab masak, Ibu lebih yakin kalau dia orang makan masakan Ibu sendiri. Walaupun
setakat goreng sardine and telur dadar, tapi Ibu yakin. Bila dah kenyang..
settle. Case closed. Tambah pulak anak lelaki yang tengah membesar.. tong semua
expandable kekdahnya.
Well..
itu hanya sebahagian daripadanya. Tak payah la Ibu nak cerita semua. Nanti ada
pulak yang kata Ibu nak BRAG. Mentang-mentanglah ini blog Ibu kan.
Cuma yang
Ibu nak emphasize-kan di sini, kepada Ibu-ibu yang menjadi Ibu sepenuh masa,
jangan rasa diri anda KURANG HEBAT dari orang lain. Tugas anda di rumah tidak ada
kurang hebat dan pentingnya. Tell me sincerely, pernah atau tidak anda merasakan kerja di
rumah SUDAH SELESAI? It’s a multi-tasking 24/7.
Rugikah rasanya meleburkan segala penat lelah semasa mengejar segulung ijazah
yang mana akhirnya sang Ibu hanya bertugas merangkap Menteri Hal-ehwal
Rumah Tangga sahaja. Jika dengan pengorbanan anda, mampu melahirkan 1,
2, 3 atau lebih umat Muhammad yang berkualiti.. Ibu rasa itu satu
pencapaian yang tidak ada tolok bandingnya. Pengorbanan yang tidak mampu
dinilai dengan tas tangan jenama LV atau Prada, atau jam tangan jenama
Tag Heuer atau Omega.
Pengorbanan anda hanya Allah sahaja yang mampu menilaikannya.
No comments:
Post a Comment