Beautiful Friends

Sunday, April 21, 2013

Kenduri di MBC..

Assalamualaikum all,

Kan tu hari Ibu kata ada jemputan pi kenduri di Kedutaan Besar kan.. alhamdulillah. The kenduri went well. Seronok kami masa kat sana. Lauk-pauk macam-macam. Jumpa kawan-kawan. Anak-anak pun happy sebab boleh ada klik sendiri, aktiviti sendiri. In other words, tak ada la Ibu or Ayah asyik dok ngekor saja.

Meh kita cerita sambil tengok gambar.






Inilah antara juadah yang disediakan oleh pihak Tuan Rumah. Meriah makan malam tu. Ambik nasi sejemput sahaja. Lain tu, rata-rata layan makan lauk sahaja. Dah menu ala-ala kampung, tertib makan pun duduk bersila. Memang rasa macam kat kampung..


Yang ini Duta Besar Malaysia di Kuwait, TYT Dato' Adnan Haji Othman.


Solat maghrib dan Isya' pada malam itu dipimpin oleh Ustaz Ikhwan. Seterusnya majlis kami teruskan dengan bacaan Yassin dan doa selamat.


Majlis pada malam itu jugak diselitkan dengan majlis perpisahan untuk pasangan Encik Khairul. Instead of cakes (seperti kebiasaannya) kami tukar pulak dengan pulut kuning. Dah tema makanan pun, ala kampung kan kan.





Ini pulak antara gelagat rakan-rakan serta hero-hero Ibu semasa menjamu selera. Sampaikan "traffic-jam" sebab ada yang khusyuk sangat memilih lauk-pauk.



Di samping itu, kami jugak adakan "flea-market". Kalau ada sesiapa yang berhajat nak cari "sesuatu" maybe boleh jumpa "di sini" dengan harga yang berpatutan.


Last but not least, Ibu pun nak posing jugak.

Majlis berakhir dalam jam 10.30 malam. Actually, awal lagi dah selesai. Tapi since lauk-pauk banyak berbaki, kami tapaukan pulak untuk adik-adik students di sini. Meriah dapur dengan gelak masing-masing. Maklum sahaja, dia orang ni sebenarnya jenis kuat gelak. Cuma kontrol skima sebab segan ke kakak-kakak and makcik-makcik. But since dia orang dah biasa dengan Ibu, no problem laa..

3 comments:

  1. Salam Sham..

    Enjoy makan reramai sambil bersila. Takde protokol bagai.

    Duta besar tu mcm saya pernah tengok. Dia org KL dan pernah berkhidmat kat Sweden sebelum ni kan? Nama isteri dia dah lupa pulak..

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam wbt,

    Alhamdulillah.. memang seronok.
    Selesa dan santai sebegitu.

    Saya x pasti sebelum ni Dato' ditugaskan di mana tapi isterinya, Datin Azlinda Rosli.

    ReplyDelete
  3. Sham,

    Betullah tu. Kebetulan ternampak dan tertanya2 pulak. Terima kasih yer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...