Beautiful Friends

Wednesday, April 3, 2013

Field trip to KiTCO & Sambal tumis sotong berpetai..

Assalamualaikum all,

Alhamdulillah.. field trip ke Kilang KiTCO (jenama makanan ringan) selesai sudah hari ni. Penat.. yes.. memang penat. Cuaca pulak hari ni yang agak terik dari biasa juga menjadi faktor pendorong kepada keletihan dan kelesuan anak-anak. Walaupun lawatan hanya memakan masa dalam sejam tapi kerana dek bahang mesin-mesin di dalam kilang, semua jadi macam "battery weak".

Okey, tak perlu cerita banyak.. kita layan gambar sahajalah kali ni ya.












Then balik rumah, semua melepet sebab battery semua dah kong. Cuma lepas tu baru la Ibu perasan.. ada pulak dapat extra pack jajan. Tak tau la siapa yang punya. Tapi lepas "diwar-warkan", ada la yang mengaku.

Cuma bila dah lunch hour tu, kena la makan kan. Takkan nak makan jajan je. And nak makan pulak.. kena la masak. Ibu sebenarnya dah prepare awal. Cuma tinggal nak masak je lagi. Sebab memang dah tau.. bila balik sure melepek nanti.

And hasilnya..


Anyway, kira berbaloi la cuti sekolah anak-anak kali ni. Walaupun terpaksa dipecahkan kepada dua kumpulan.. meriah.. yes.. masih tetap meriah. Esok turn geng Kuwait Selatan pulak.

Okey, Ibu mintak diri dulu. Nak charge battery kejap.

Ilal'liqa..

4 comments:

  1. Sekali sekala dapat ikut lawatan sekolah camtuh, seronok nyaaaa...!

    ReplyDelete
  2. Memang seronok Azie.
    Pada anak2 dan jugak kaum Ibu.
    Maklum sahajalah, dengan keadaan yg "terbatas" di sini, aktiviti sebegitu mmg ditunggu-tunggu.

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat jajan free ;-)

    ps: bnyk betoi potai dlm list kakSham, yong memang suker!!

    ReplyDelete
  4. Yong,
    Di rumah ni berbaloi kalau masak campur petai.
    Sebab ada yg suka.. kalau mahal sikit pun.. berbaloi beli & masak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...