Beautiful Friends

Monday, April 1, 2013

Minum petang ~emergency~

Setiap hari Isnin, anak-anak ada kelas Bahasa Arab. Sepatutnya mula jam 7.00 malam tapi atas sebab-sebab tertentu kelas diawalkan pada jam 4.00 petang pulak. Alamak, apa nak masak ni? Ibu tak pandai nak buat kuih-kuih tradisional ni.

Panic.. yessss.. memang panic. Bukanlah satu kewajipan, tapi tak manis kiranya kalau Ustaz Ikhwan balik dengan perut kosong. Nak jamu air bujang.. errr.. macam kureng sesuweiii jugak.


At last.. kita makan kue tiaw goreng la hari ni ya. And memandangkan Ibu tak ada daun bawang, so ganti dengan sawi sajalah. Mujur jugak cili boh banyak lagi. Alhamdulillah. Makan bertambah-tambah Ustaz Ikhwan tadi. Seronok tengok orang makan ni. Lagi seronok kalau dia "beriya" makan. Rasa macam kita masak bestttt la sangat.

Kita kasi close-up sikit..

Kicap cili pedas penyelamat keadaan..

Mujur jugak tadi ada kicap cili pedas. Memang Ibu rekomen tambah kicap cili pedas sebab rasa macam terkurang garam pulak tadi. Ni la bahana masak kelam-kabut. Isshhh..

And tadi, Ustaz Ikhwan mohon jika boleh esok pun kelas mula awal macam hari ni. Errr.. nak masak apa pulak esok ni?

4 comments:

  1. Sedapnya nampak kue teow tu.... Dah makan bertambah tu, mmg confirm sedap :)

    ReplyDelete
  2. Nur,
    Tak tau la macam mana sebenarnya respon Ustaz tu.
    Biasalah.. org dah jemput makan dia makan.
    Tapi kalau sungguh.. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. adoi..smbal kicap x tahan tu

    ReplyDelete
  4. Sambal kicap "serbaguna" tu.
    Kalau goreng ikan pun, cicah dengan tu jugak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...