Beautiful Friends

Tuesday, April 16, 2013

Mulut busuk ~vs~ mulut longkang..

Assalamualaikum all,

Mulut kalau busuk sebab makan petai, boleh dicuci.. boleh digosok. Tapi janganlah kita sekali-kali jadi "mulut longkang".

Best tak ayat??

Yes.. ini nasihat ikhlas dari Ibu. Kalau ada orang nak "tumpang mengadu kisah".. tak kira la apa status pun, hormatilah Tuan Empunya diri. Ada la sebab dia cari kita tu. One of it, mungkin sebab dia percaya dengan kita.

Then tugas kita sebagai yang "mendengar", ikhlas la pada diri sendiri. Ikhlas dengan teman yang mengadu kisah tu. Apa yang dah diceritakan.. dengar and telan dalam hati. Kalau dia mintak kita bagi nasihat.. responlah dengan cara berhemah.

Tapi janganlah jadi jenis mulut tempayan.

Janganlah sebab nak cepat "famous", habis segala rahsia orang diterbaraikan. Tak elok macam tu. Tak baik jugak untuk buku akaun sebelah kiri.

Kalau rasa dah boring sangat tu, pi je la tidur. Tapi sebenarnya lebih afdhal kalau dibawak diri tu melayan benda-benda yang berfaedah. Tak perlulah Ibu senaraikan di sini. Faham-faham sendiri sudah la.

Anyway, ini la lauk paling budget.. paling senang nak masak tapi paling malas nak buat. Favorite Ayah ni. Especially, kalau buat extra podeh.

Alahaiiii.. tetiba lak rindu lak kat Ayah.. cepat la summer.



P/s;
Peringatan untuk diri sendiri (terutamanya)..

10 comments:

  1. mulut longkang elok basuh ngan kapur barus,hehe

    alamak..petai le ;)
    my feveret

    ReplyDelete
  2. nakkkkkkk....

    kalau orang citer kat kita, kita diam sudahla kan tak payah jadi mcm kat depan orang tu,kemain kita concern akan masalah dia tapi kat belakang orang tu kemain kita kepoh pi citer kat orang lain pastu kutuk2 orang tu......

    not good, not good...

    ReplyDelete
  3. sedapnya goreng kering camni...
    makan nasi panas2.. perghhh sedappnya.. :)
    anyway.. sokong nasihat atas.. biar mulut busuk jangan mulut longkang.. :D

    ReplyDelete
  4. kita yg menjadi pendengar ni mmg la kena menahan diri dari membuka cerita.

    aduhai ... tu sebab la tak nak bergaul banyak dan baik sangat pun tidak dgn orang. takut 'ter' ...

    ReplyDelete
  5. KakSham,

    kalau over mulut longkang kita pakat2 ambik clorox.. putih sikit mulut..
    konon nak jadi paparazi tu gamaknya nak femes, tapi tak tahu itu memperbodohkan diri sendir..

    ps: tauhu kat sana sedap tak? kat sini tauhu ermmm.. kureng sikit maseem..

    ReplyDelete
  6. Irfa,
    Kejam sungguh guna kapur barus.. tapi boleh dipertimbangkan utk kes2 kronik.
    Petai busuk.. tapi best jer K.Sham layan.

    ReplyDelete
  7. Nani,
    Pd K.Sham, sangatttt bahaya..
    Sedangkan kilo yg ada pun dah "membimbangkan" tambah pulak bila jumpa lauk mcm ni.
    Tak sedar nasi dah bertambah.

    ReplyDelete
  8. Mala,
    Yang TER-TER tu yang bahaya.
    Tambah pulak kalau BREAK tak makan.
    Dari TER.. jadi SENGAJA.
    Boleh jer berkawan.. as long as kita yakin mampu mengawal diri.
    Bila org dah percaya & bagi amanah tu.. kita pun kena amanah dengan diri sendiri.

    ReplyDelete
  9. Yong,
    Sama la cadangan Yong ngan Irfa.
    Tp kan, pd akak.. bau kapur barus ok jer sebenarnya.
    W'pun sedikit menyeramkan.. tp SEGAR.

    P/s;
    Depend pada seller.
    Kalau stok Indon - ok.
    Kalau stok Pinoy - masam sikit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...