Beautiful Friends

Thursday, April 11, 2013

Sup serbaguna.. with extra ginger.

Assalamualaikum all,

Lama dah tak cerita bab makan-makan kan. Yang betulnya jari tengah tangan kanan Ibu injured so tak berapa selesa nak buat kerja-kerja rumah. Sakit.. dah tak berapa sangat dah. Sakit-sakit manja tu adat la kan. Time ni la jari tu asyik nak tersepit, terhantuk, tersentuh, terlanggar dan segala yang ter.. ter.. ter.. dan ter lagi.. jari lain tak pulak kena.

Tapi memang dah tak tahan asyik makan kat luar. Kenyang pun tak seberapa. So at last, pagi ni Ibu dayakan jugak la. Itu pun banyak kali jari tu terlanggar sana sini. Hence, ada la orang tu yang jerit-jerit manja dari dalam dapur.

So, hasil pertama pagi ni..


And as a result of sekarang ni kerja-kerja semua dengan gear 1, so Ibu buat sup serbaguna sahajalah dulu. Terpulanglah kepada masing-masing nak adjust macam mana. But for sure with extra ginger. Ibu suka sangat bau halia bila partner dengan ayam.. wangi sangat.

1- Cik Asben makan dengan mihun.
2- Amsyar makan dengan mihun cuma plus telur mata.
3- Arif as usual with nasi impit.
4- Haazem makan nasi, sup "yang ditapis" dengan fillet ayam and wantan shrimp sahaja.
5- Ibu.. sup sayur sahaja.

Okey.. Ibu nak nak tukar dressing jari ni jap. Sendiri jadi doktor.. sendiri jadi nurse.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...