Beautiful Friends

Wednesday, April 17, 2013

Indulging my love ones..

Assalamualaikum all and salam sejahtera.

Kalau ada yang nak kata "over".. katalah.. katalah apa nak kata pun. Tapi Ibu suka. Suka tengok muka anak senyum bila dihidangkan makanan walaupun hanya sekadar nasi goreng kampung.

My Omak selalu pesan, tho masak ala kadar still presentation at least kena bersih. Kena sopan. Yakni, janganlah guna pinggan yang sumbing, gelas yang dasarnya berkarat atau cawan yang pemegangnya mungkin dah retak. Melampau tu.. 

Tapi kalau itu sahaja yang ada.. redha sahajalah.

Mungkin dengan alasan itu jugak, tiap kali Omak nak beli set pinggan mangkuk.. Ayah tak pernah membantah. Sebab.. Omak tak pernah nak tunggu hari raya atau kenduri kendara atau sebarang majlis kalau nak guna reta yang so-so tu. Pada Omak, umur kita tak tahu panjang mana. Rezeki kita.. tak tahu selama mana. So.. semasa ada peluang.. guna apa yang ada.

Good idea.. cuma.. mujur anak pompuan yang sorang ni tak minat nak beli set pinggan mangkuk. Or.. mungkin belum lagi. Blink blink!!
 

Anyway, sarapan pagi hari ni cuma sekadar nasi goreng kampung. Tambah keropok keping dan tambah telur mata. Cuma sedikit kurang, timun habis pulak. So boh je la tomato. Alhamdulillah. Khalasss..


8 comments:

  1. wink! wink! tak lama lagi summer sale :-)

    ReplyDelete
  2. yang penting anak suka dan suami suka... tak gitu sham?

    akak pun tak reti nak beli pinggan mangkuk brdozen2 tu... mungkin akak bukan pinggan mangkuk kolektor kot..

    tapi yagn tak bestnya ada orang beli pinggan mangkuk mahal2 tapi buat display jer dalam lemari...

    ReplyDelete
  3. Mala..

    Wink wink!!.. time tu K.Sham dah sampai Tanah Malaya la pulak..

    ReplyDelete
  4. NP,

    Memang ramai yg beli semua tu then boh dlm almari display. Minat masing2 kan..

    ReplyDelete
  5. teringat ada kisah (dengar dr mulut ke mulut)r
    'beli pinggan mangkuk mahal simpan dlm lemari..sayang nak pakai.suami dan anak pakai pinggan mangkuk hadiah sabun.nanti tetiba mati.bini baru yg pakai pinggan mahal tu'hahaha

    ReplyDelete
  6. Irfa..
    Walaupun sekadar cerita dari mulut ke mulut.. tak terkata la kalau benar2 berlaku..

    ReplyDelete
  7. kalah nasi goreng kat kedai kak oii hehe...kalaulah duk kat sebelah rumah akak, gerenti pagi2 lagi anis pi ting tong

    ReplyDelete
  8. Ting tong.. ting tong..
    Cikgu Anis ada ke??

    Tak dan nak hantar mangkuk tingkat.. kita layan gambar je la dulu ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...