Beautiful Friends

Tuesday, April 16, 2013

Secekak pucuk ubi.. yang sangat mahal nilainya.. (Part 1)

Assalamualaikum all,

Recently, ada rakan yang balik ke Tanah Malaya. Ada urusan keluarga katanya. Dan kalau sempat, Si Polan khabarnya nak ambik peluang tu untuk mengundi bagi PRU13 ni. Tapi apakan daya, tak sempat la pulak.

Anyway, sebelum balik ke sana.. Si Polan sempat offer kalau Ibu nak berkirim apa-apa dari Tanah Malaya. Isshhhh.. suka sangat la kita. Tak mintak banyak pun. Pucuk ubi pun cukuplah. Alhamdulillah.. sampai sudah hajat Ibu. Sehari sebelum Si Polan berangkat balik ke sini.. sempat dia kirimkan gambar ni untuk Ibu.


Suka suka suka.. sangattttt suka..

Dah dapat tu. Pandai-pandai la cari ikhtiar nak pastikan segala pucuk ubi boleh digunakan sehingga ke suatu masa yang tertentu. Soooo..



Sambil-sambil tengok tv tu.. sambil-sambil tu jugak ambik peluang siang pucuk ubi untuk dibuat stok. Alhamdulillah.. dapatlah empat bungkus ni.

Bayangkan, betapa berharganya pucuk ubi di sini. Kalau di Tanah Malaya, belum tentu Ibu akan buat macam ni. Kalau terasa nak makan, pi je petik tepi pagar. Itu pun still belum tentu jugak. Ye la, di sana kan macam-macam ada.

Alamak, siaran tergendala pulak. Ada "selingan". Ada rezeki kita sambung cerita.

8 comments:

  1. Kak Sham,

    Letak dlm aluminium foil utk kasi daun segar n tahan lama ke?

    ReplyDelete
  2. Iye Farah,
    Lepas disiang tu, balut dlm aluminium foil & simpan dalam freezer. Tapi jangan spray dengan air sebab nanti pucuk ubi jadi rapuh.

    ReplyDelete
  3. Ok boleh try buat kat sayur lain mcm daun kunyit (Ya Allah susah betul nak dapat) memang barang berharga tu... Agak2 berapa lama tahan dlm peti ais kalu balut gitu?

    ReplyDelete
  4. Farah,
    Setakat ni.. daun kunyit, daun kesum, bunga kantan, daun pandan yang K.Sham bawak dari sana since last Sept.. masih OK. Walaupun tak sesegar yang dibeli di pasar tani, tapi setakat rasa & bau.. masih sama.

    ReplyDelete
  5. KakSham,

    Yong segala daun memang buat camgini..

    ps: masak lemak pucuk ubi ngan sambal belacan ngan ikan masin ngan ikan kembung goreng.. walaaweeii

    ReplyDelete
  6. alahai..bekakang umah saya ada pucuk ubi..beberapa bulan lalu saya mmg tak peduli kehadiran pokok tu.skrg ni pantang berpucuk je mesti petik.letak dlm periuk nasi yg nk masak tu je,cicah ngan budu ;)

    ReplyDelete
  7. Irfa,
    K.Sham masa kat kampung pun mcm tu jugak. Tak sempat nak tunggu pokok ubi keluar pucuk baru. Asyik kena petik je.

    ReplyDelete
  8. Yong..
    Melampau tul la menu cadangan Yong tu.
    Sia2 je akak usaha nak turun KG kalau dok bedal makan macam tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...