Beautiful Friends

Monday, June 3, 2013

Kuwait - Operasi Pemutihan

"Security-men raid on flat at Jleeb and arrest 22 Asians for prostitution"
Picture credit to Ayman Mat
 
Kalau kat Tanah Malaya, gambar semua sure sensor muka. Kunun malu.. tapi kat sini.. belum pun masuk court lagi.. muka masing-masing dah kena tunjuk.

Ini cuma contoh.. contoh tentang operasi pemutihan yang tengah giat dilakukan di sini. Mana-mana saja, kereta polis sure ada. Tapi yang biasa dia orang dok target.. Bangla, Pakistan dan Pinoy. So make sure civil id atau sebarang dokumen mengenai diri Si Polan lengkap dalam tangan. Otherwise, sambung cerita kat lokap saja.

Dari cerita bekerja tanpa permit sah, pelacuran, geng samsu haram.. semua dia orang sapu. Ini semua punca dari "orang luar" lebih ramai dari penduduk sah. Tapi yang Ibu tabik, mereka memang "bersungguh". Tak ada wasta, tak ada cabel, tak ada duit bawah meja. Kurang lengkap.. angkut semua.

Cuma bagi kami Malaysians di sini, sedikit berbeza mungkin "record" semua clear. Maka persepsi Pak Polisi di sini jika kami kata kami "Malazi", terus berlainan. Tapi itu bukan bermakna kami tak perlu berhati-hati, menjaga perilaku atau mengikut undang-undang negara ini.

Well, itu sahaja sedikit update dari Ibu di Kuwait untuk hari ini. Ada rakan nak tumpangkan "hero" nyer di sini hari ni. Si Ibu ada urusan di Masjid Kabeer. Tambah meriahlah rumah Ibu hari ini.

4 comments:

  1. Assalam k.sham,
    Kat sana pun banyak jgk aktivti2 tak senonoh gitu yer k.sham..alhamdulillah malaysians tahu jagadiri..:)

    ReplyDelete
  2. mesti tak susah nak bezakan pendatang dgn penduduk asal kan.. kalau kat sini payah jugak.. rupa indon dekat2 ngan melayu, rupa bangla dekat2 ngan indian..

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam Ummu,
    Benda2 mcm ni mana2 pun ada cuma di sini kurang sampai ke telinga kami. Mungkin disebabkan kami tinggal dalam kelompok kecil. Dan mungkin jugak sebab kebanyakan Malaysian tinggal di kawasan yang sememangnya diketahui kurang kadar jenayah yang sebegini.

    ReplyDelete
  4. Dik Mila,
    Family K.Sham selalu jer kena cop as Pinoy. Kut tak pun Indon.
    1st diaorg tgk kulit, then dressing last baru slang bahasa.
    Nak buat macam mana.. redha je la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...