Beautiful Friends

Wednesday, May 6, 2015

SORRY.. but I'm a MALAYSIAN..

Seminggu dua ni.. sibuk yang bertimpa-timpa.. macam-macam punya sibuk. Turun naik ke Kuwait city almost everyday.. penat jugak tapi bila dah terpaksa..

Anak-anak jugak sama terjebak.. ada yang sebab nak mencari bahan untuk school project. Exam untuk first term dah dekat sangat.. June dah declare summer holiday.

Ada masa kena heret jugak budak-budak ni keluar during day time.. especially bila Ibu tak sempat nak masak di rumah. Nak tapau.. takmo la.. kita sama-sama keluar.. sama-sama makan.. perut kenyang.. hati Ibu senang.

Biasanya dari dalam kereta lagi kami dah mula discuss..

- nak makan kat mana nanti?
- sampai sana nak makan apa?
(jimat masa)

And kali ni the boys memilih Oriental Cuisine. Kedai Siam.. tomyam lagi la nampak nyer..


Tapi sebelum tu..
Kut tak Pinoy.. orang kata kami Indon. Tapi gamak nyer yang menyangkakan kami ni Pinoy.. budi bahasa dia orang ada lebih sikit la.

For an example..

Yang bertanya : Sorry mam.. are you a Philipino.. kebayan? (sama la tu - sambil senyum).
Me : Sorry.. but I'm a Malaysian.
Yang bertanya : Sorry mam.. I thought you're a Philipino (senyum lagi).
Me : Its ok.. its common.. we're almost the same.. same height.. same skin tone (senyum jugak).
- Biasanya yang bertanya ni.. pekerja-pekerja dari pelbagai sektor.
Khalass.

Tapi bila jadi..

Meja belakang : sok sek sok sek.. its Indonesian.
Me : telinga terus tangkap the word 'Indonesian'
Meja belakang : sok sek sok sek lagi.
Me : Pusing kepala nak tengok muka orang belakang.
Meja belakang : Terus terkedu.. bagi muka kelat.
- biasanya ini kes 'mereka' yang rasa dirinya ada sikit 'bagus' dari manusia yang lain.

Nak kata kita orang ni Indon ke.. Nepal ke.. Pinoy ke.. kami faham.. tapi tengok la awning tudung dulu babe.. kut la nak bergosip sangat.. be discreet.. kut tuan badan sampai boleh dengar segala butir cerita.. meh la berjemaah sekali dengan meja kami. Tanya la apa nak tanya pun.

After all.. Malaysia ke.. Philippine ke.. Indonesia ke.. whatever la.. what's the big deal? Tapi kenapa so busy body?

Seriously.. banyak kali rasa nak pi jer meja dia orang and tanya.. do you have any questions? (with S at the end).. or better yet.. SORRY.. BUT I'M A MALAYSIAN. Rasa ada yang terus perut kenyang lak nanti..

Serious babe.. freaking sakit jiwa la..

Dulu ingat benda ni ori..

Okey.. masa bertenang.. tamat..

Sesiapa yang baru sampai sini and nak mencari kedai makan Siam.. rata-rata and almost all akan dicadangkan mai ke sini.

Sebab..
Tomyam kat sini paling sedap.. siap bersantan. Boleh try tempat lain.. I bet ramai akan kata tomyam OC (Oriental Cuisine) paling sedap.


Tomyam kung shrimp.
Dan beginilah rupa tomyam kung atau tomyam dengan santan tu. Memang secukup rasa.. masam.. pedas.. lemak.. semua cukup. Tapi Ibu mungkin sebab dah kerap sangat.. macam biasa-biasa jer la.

Tapi bagi anak-anak.. tiap kali mai sini.. its a must.


Chicken fillet black pepper with brocoli.
Save budget and meet the purpose.
Ibu makan sayur.. ayah and anak makan fillet ayam. Mungkin sebab kami ni dah regular.. ada masa.. kami try jugak buat ngada-ngada. Mintak orang dapur create something yang baru. Bi'makna.. langsung takda dalam menu.


Tak podeh tak sah.
Kut tak sos ikan ngan cili.. kami akan mintak cili potong dengan kicap saja. Macam 'kureng' la kalau tak tergigit cili. Feel makan pun tak mari..


Deep fried chicken fillet.
Dah ada anak jenis tak makan sayur langsung kan. Setakat serba-sikit bawang putih goreng tu.. redha' jer la.


Boil rice with shrimp.
Again.. Ibu makan sayur and nasi sahaja.. segala udang.. pass ke orang keliling. Ala-ala macam claypot rice la ni. Tapi.. takda makna nyer.. jauh panggang dari api. Tapi dah adat merantau.. try to adapt with changes.. nak memilih sangat pun.. sendiri yang rugi nanti.


Nasi goreng dengan fillet ikan.
Pilihan lain.. chicken fillet.. shrimp.. beef atau ikan masin. Yang paling best.. ikan masin la. Secukup rasa. Tapi si Bujang nak try jugak. Macam kata Amsyar.. sekali ni jer la..


Pencuci mulut.
Pulut santan durian.
Thailand dah mula musim durian la ni. Thus.. tempias sampai ke sini. Ibu.. setakat sesudu dua.. boleh la.. lepas tu.. pass ke Cik Asben.


Oriental Cuisine..
Itulah nama yang diberi. Sudah wujud long before Cik Asben cecah kaki di sini lagi. To those yang sempat berziarah ke Kuwait dan mencari nasik.. paling senang mai la ke sini. Insya'Allah.. it won't let you down.

Located di kawasan Dasman.. very near to Kuwait city. Cuma a light reminder.. harganya pun sedikit lebih dari restoran makanan Thailand yang lain. Other than that.. okey jer la kut.

Abih dah citor.

Ilal liqa'..

5 comments:

  1. Saya tengok pun dh tau sedap kak.
    Mak aii....mencabar kesabaran sungguh ek

    ReplyDelete
  2. Aziela,
    Berbaloi la makan kek sini. Tapi tak buleh selalu.. nipih poket dek eh..

    ReplyDelete
  3. Shahida,
    Bab pulut santan durian tu.. memang sedap. Tapi K.Sham suka lagi version kita.. dengan gula Melaka.. lagi sedap & lemak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...