Beautiful Friends

Monday, May 25, 2015

The faces..

Cuti summer semakin menghampiri.
Masing-masing dah mula ada yang resah dok pangkah kalender.. ada yang mula buat list untuk reta yang nak dibawak balik ke Tanah Malaya.. ada jugak yang sibuk menguruskan cuti-cuti semasa di sana nanti.

Macam-macam cerita yang keluar especially bila sesekali berkumpol macam ni.

Yang muda.. ambik iktibar dari cerita yang lebih senior.

Yang abang kakak.. ambik kesempatan untuk mendengar berita terkini adik-adik.

Tapi yang pasti.. bab makan.. itu wajib. Rasa macam ada yang kurang kalau perut tak selari dengan mulut yang bercerita.

Sikit sama sikit.. lelama banyak la tu.

Orang bujang kena ringan tangan..
So nanti tak canggung kalau jadi Tuan Rumah..

Tak pandai masak.. ambik kontrak potong buah pun cukup la..

Asyik kita jer yang masak..
Sesekali best jugak layan makan dihidang..

Tuan Rumah..
Tunggu line clear dulu..

Orang bujang yang sorang ni.. ermmmm..

Tok Penghulu selaku Penglipur lara..

Tak boleh lari.. kena jugak turun padang..

Dulu masa berniaga.. buat comel-comel..
10 biji RM1.00.. nak berapa dik?

Tuan Duta bertanya perihal adik pelajar di sini..

Sebahagian dari kami..

Terselit la 'chef de mission' untuk hari tu..

Best ke.. tak best.. tetap kena kata best jugak..

Dan beginilah antara kebiasaan kami di sini. Tambah-tambah pulak bila dah masuk musim panas. Tak ada sapa la yang sanggup nak pi bbq kat luar nun. Boleh rentung kulit satu badan.

Dan acara yang sebegini jugaklah yang menjadi tanda yang ada di antara kami takkan berjumpa lagi selepas ni.

Ada rezeki.. jumpa di Tanah Malaya pulak.. insya'Allah..

6 comments:

  1. Seperiuk tepung bancuhan cekodok tu yer kak? Konpem laku tu kan kak...

    ReplyDelete
  2. yang dah habis belajar balik terus la ye sham.
    acik memang tak pernah buat macam tu..mau tercelup jari dalam minyak..dari dulu guna sudu je..tak bulat la jadi e..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Aziela,
    Abih Kak Long beniago ari tu.

    ReplyDelete
  4. Acik,
    Ado yang balik for good.. ado jugak yang nanti sambung balik bulan 9 sok.
    Sham lak dah biaso buek camtu Acik. Tak pandai nak pakai sudu. Lambek bona abih ehh..

    ReplyDelete
  5. Rajin betul sibujang ibu sham membantu ye..
    Kiranya meraikan kekawan nak pulang lah ye ibu sham..
    Tentu rindukan..

    ReplyDelete
  6. Ya Nur Hayati,
    Lepas ni masing-masing bawak diri ikut haluan masing-masing.
    Ada rezeki.. bolehlah jumpa lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...