Beautiful Friends

Friday, May 13, 2016

Cepat-cepat ganti puasa babe..

Salam pagi Jumaat.. penghulu segala hari. Semoga dapat kita keberkatannnya hari ini. Insya'Allah.

What am I about to write mungkin akan menyentuh sensitiviti sesetengah orang. Kut ada yang terasa.. sebelum diteruskan pembacaan.. Ibu mintak maaf. Ikhlas lillahi'taala tak ada niat nak memalukan.. menyinggung.. memperli etc sesiapa pun.

So here we go..
Semalam hari Khamis and seperti kebiasaannya ramailah yang melakukan ibadah puasa. May it be puasa sunat hari Khamis.. puasa nazar.. puasa ganti or for so whatever reason.

Tapi yang paling Ibu terkesan bila membaca ada yang masih berhutang puasa ganti 14 hari.. 8 hari etc. Sedangkan kita cuma berbaki dalam 3 minggu sahaja lagi before semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

How do I take it.. ntah lah.
Itu terpulang pada masing-masing. Kita tak tahu masalah atau halangan individu tersebut.

Tapi yang paling menarik.. pernah suatu ketika dahulu.. ada seorang kawan dari Tanah Seberang (back then I was still in Kuwait) komen.. kawan-kawan di pejabatnya dok perli dia sebab dah masuk bulan Rejab baru terkocoh-kocoh nak ganti puasa. In short.. kenapa tak tunggu bulan Syaaban saja. Boleh tahan jugak mulut Minah-minah Arab ni. Ingatkan bila dah litup atas bawah tu.. mulut sama la naik skima.

Me..
Dulu masa zaman pakai kebaya pun sama juga kisah nyer. Asyik terkucil nak mengganti puasa. At last pernah sekali cuma berjarak 2 hari selesai mengganti puasa before masuk bulan Ramadhan.

Then..
Bila dah masuk umur 35.. dalam tak ada siapa yang menegur.. sendiri terfikir.. kenapa mesti tunggu last minute.. kalau tak mampu nak mengganti sederet hutang (dugaan babe - orang suka suki makan kita kena puasa) kenapa tak saja dibuat sekadar mampu or even better.. kita bahagi rata setiap bulan. Puasa jadi tak berat kita pun tak rasa macam terpaksa.. (terpaksa as in sebab masa dah suntuk).

So I start to lazimkan mengganti puasa hari Isnin dan hari Khamis. Dijamakkan dengan niat puasa sunat. Mudah-mudahan Allah terima ibadah kita.. ameennnnn.

Alhamdulillah. Ada masa bila Ibu rasa badan kuat sikit.. Ibu lajakkan 2-3 hari mengganti puasa sekali harung. And years after that Ibu mampu mengganti puasa dalan bulan Syawal itself. Sebenarnya yang liat tu masa nak mula puasa jer.. lepas tu.. insya'Allah.

Then bila Ibu nak balik ke sini.. otak mula masuk dek 'setan'.. maka mula la balik berkira-kira.. nanti aku kena berniaga.. niaga nasik lemak pulak tu.. boleh ke ni..?

Well.. it turn out alhamdulillah. Kesibukan melayan customers yang ada masa hingga lajak jam 11.30 pagi buat Ibu tak terasa lapar pun. Albeit segala rendang ayam.. rendang kerang terhidang depan mata.. bila tengok jam dah nak masuk zohor.. penat pun dah tak terasa sangat.

Sama jugak dulu bila Arif menyusu badan.. memang gigil babe. Tapi hutang tetap hutang. Selagi mampu.. kena bayar jugak.

So sebenarnya its all in your head. Kalau Ibu yang jenis tak boleh kurang gula ni boleh bertahan.. kawan-kawan yang sihat walafiat tentu boleh jugak. But again.. itu antara diri masing-masing and Dia. I have no say or obligation nak memaksa kawan-kawan ikut sifir.. ikut kebiasaan Ibu. Tambah pulak kekangan dan masalah orang lain mungkin lain from one person compare to another person.

Okey habis cerita dah. Again.. pada sesiapa yang terasa.. Ibu mohon maaf. Langsung tak ada niat nak perli-perli atau nak tunjuk bagus. Sekadar nak berkongsi cerita.. berkongsi pengalaman.

"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Assalamualaikum.
 

4 comments:

  1. eh macam terkena je ngan post ni, haha
    tak kecik ati pun sbb sy tahu ada alasan kukuh'hahha. nak jugak bela diri

    3x mengandung sblom ni mmg x pnh tggal posa
    tp tahun lepas ujian mgandung sgt2 menduga
    dgn diabetes, dgn slip disc, mmg sy mampu posa selang hari je, tu yg smpi 15 hari tggal posa. ni ada lagi 8 hari nak kena ganti. insha Allah sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah semoga Allah beri kesihatan & kekuatan.. sempat lagi tu.
      - K.Sham pernah kena ganti posa 28 hari sebab berpantang dalam bulan Ramadhan. Tu yang sipi2 dah nak bulan Ramadhan baru habis bayar puasa ganti.

      Delete
  2. Alhamdulillah Sham..acik biasakan mengganti puasa dalam bulan syawal dari belum kahwen lagi..selepas kawen pun diteruskan kebiasaan tu..pernah 14 hari acik puasa dalam bulan syawal tu Sham.masa tu banyak hari nak kena ganti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sham dulu liat nak ganti posa dalam bulan Syawal sbb rasa sayang.. rasa semua nak makan.. tambah pulak bila kita ni balik sini setahun sekali.

      Tapi bila diperhati setiap rumah dok hidang makanan yang hampir sama.. biar jer la. Lepas iftar.. boleh jer makan balik kan.

      Alhamdulillah Acik.. bila otak dah mind-set macam tu.. 'setan' pun rasa jauhhhhhh sikit.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...