Beautiful Friends

Saturday, May 21, 2016

Sembang orang KURANG duit..

Hakikatnya..


Asal bila dah kerja kat luar.. mesti orang ingat kita kaya.. kita mewah. Kena pulak dengan currency exchange yang double or triple dari duit MYR. In my case.. dok Kuwait.. pernah at one time cecah sampai 14.+++ masa awal tahun ni tu hari.

Tapi masa kami masih kat sana dulu cuma setakat 12.+++ or 13.+++ jer. Itu pun dah lebih dari syukur. Boleh la nak menyimpan sikit.

Cuma yang tak best nyer.. pada yang dok monitor rate $$ tu dok mikir kami ni macam la kaya sesangat. Balik kampong boleh pacak banglo 3-4 bijik. Salah sangat kut ada yang berfikir cara tu.

Yang sebetul nyer.. kut la pun kami ni kaya sangat.. meh la Ibu nak share kat sini..

1- Rate gaji most of the expat kat sana still in USD. Yang dapat rate Kuwait Dinar or KD tu those yang deal dengan Oil & Gas and itu pun ada jugak kira-kira dia.

2- Then kut ye la gaji in KD.. kami still berbelanja dalam KD.. bukan dalam RINGGIT MALAYSIA. Ya'ni.. rumah.. kereta.. yuran sekolah anak-anak etc semua in KD. Yuran sekolah anak pulak.. subhanallah. Kut yang dapat subsidi or bantuan dari company memang syukor sangat la. Most of the private sector.. takda nyer nak back-up yuran sekolah. So try fikir balik.. kut dah hantar anak-anak ke sekolah antarabangsa.. try fikir cara orang yang fikir dengan waras.. sorang dah 250KD 1 semester.. 3 orang anak.. 3 semester setahun. Tu belum lagi buku.. uniform.. segala aktiviti mak nenek kat sekolah tu.. beli buku itu ini.. try fikir.. Macam anak kami yang sepatutnya  sit for IGCSE tahun ni (part I) then next year part II.. berpuluh ribu (duit RM) tu babe.

Dah tu tengok pulak sekolah mana korang nak hantar anak-anak kesayangan masing-masing tu. Setakat sekolah Pakistan.. India.. Philippine.. mungkin ada sikit kurang.. tapi kut hantar ke sekolah Mat Salleh tu.. pastikan KD masing-masing tahap power rangers.

Again.. ikutlah macam mana dia orang ni mengatur financial.

** kut masa ko negotiate contract tu dapat deal yang tahap cun gila babas.. rezeki la. If otherwise.. silalah bertindak sebagai Menteri Kewangan dalam rumah sendiri dengan waras.

3- Then insuran.. kut la sakit demam pening segala.. takkan tiap masa nak telan panadol jer. Kut jumpa dentist.. lagi la mahal. Tampal gigi pun sama mahal macam bersalin private hospital kat Malaysia. Try buat kira-kira.. paling minor pun dah 50KD untuk tampal gigi then times dengan exchange rate time tu. Try kira..

4- Minyak memang la safe.. tapi minyak masak.. groceries yang lain-lain tu.. semua in KD. And for that reason lagi jimat masak sendiri. Kut setakat nasik goreng ikan masin dah RM25.00 sepinggan.. Try fikir..

Ini cerita kalau pi hospital or klinik swasta la. Still ada pilihan kut nak lebih murah. Jawab nyer ke hospital kerajaan la. Cuma nyer.. biasa kita ni takkan nak ke sana kut tak emergency kan. Kut dah nak pengsan nak menunggu turn.. aishhhhh.. kami dah melalui.. kami dah mengalami. Alih-alih balik Malaysia.. hantar anak ke Hospital As-Salam di Senawang nun.. alhamdulillah. Takda huk.. takda hek.. sebab kita orang MALAYSIA. Rakyat MALAYSIA.

In short.. life jadi expat ni bukan mewah mana sangat. Alahhhhh.. kita tengok jer la orang Indonesia yang datang mai kerja kat sini. Lebih kurang macam tu jer.

Yang membezakan IS macam mana ko plan duit ko.. Kita orang ni nak pi jalan kampung sebelah pun kena 2 tahun buat calculation. Memang ada orang yang lebih bertuah.. boleh pi cuti suka-suki tiap tahun.. sana sini.. tapi itu rezeki masing-masing la kan. Kita pun tak tahu macam mana pulak dia buat calculation.

Ada yang balik Malaysia 2 tahun sekali.. ada yag tunggu tiket dari company. Macam kami ni memang wajib balik Malaysia sambut raya. Tak dapat Raya Puasa.. Raya Haji mesti nak balik.. WAJIB.. then bukan boleh terbang nak ikat kaki.. ikat beg segala kat layang-layang jer or tumpang dok kat tayar kapal terbang jer. Sekali balik berbelas ribu jugak terbang.

Itu belum lagi segala kiriman AIR LIUR itu ini. Bukan nak mengungkit.. tapi itu lah kenyataannya..

And kenapa Ibu membebel kat sini kali ni..??

Hati panas.. telinga berdesing.. otak bercelaru.. belum setahun kami balik ke sini.. macam-macam dah kami kena telan.

Sampaikan anak ada yang kata.. 

" Masa kita balik kejap-kejap semua sayang kat kita.. bila kita balik terus.. orang macam tak suka jer dengan kita ".

Itu cakap budak umur 12 tahun. Budak-budak ni ikhlas.. dia tengok.. dia perhati.. dia berfikir jugak.

Jangan ingat dia BUDAK dia tak ada perasaan.. silap besar tu.

In short macam ni jer la.. mengumpat kat sini memang takkan selesai.. cuma my advise..

Jangan kita sibuk-sibuk memikir duit orang. Kita tak tahu kesusahan dia.. macam mana dia mengurus financial dia.. macam mana pulak dia kurang sana.. kurang kat sini semata-mata nak dapat at the stage they are now. Mungkin dia tengah dok catu sana.. catu sini.. kita tau ke?

Kita usaha.. kita doa.. kita tawakkal.. tapi kalau setiap kali dok kata.. ye la aku ni susah.. aku ni tak berduit.. memang itu la doa kita.

Memang ada masa.. and selalu nyer.. doa kita Allah akan bagi time challenge.. cepat ke.. lambat ke Dia nak makbulkan.. mesti ada sebab.. cuma sebab kita ni tak nampak rancangan Dia.. tu yang jadi cakap macam-macam.. mengeluh sana sini..

Yakin.. Dia ada rancangan untuk kita tu. Tapi kita pun kena la usaha. Setakat dok melangok.. memang la duit takkan jatuh dari langit..

Penat la bebel panjang-panjang. Benda ni pun cerita ulangan.

Tak perlu nak jadi someone yang pernah kerja kat oversea pun.. contoh kat sini pun berlambak.

Okey.. Ibu nak masuk opis. Omak sey tak sihat. Ada benda serba sikit yang Ibu nak kena settle.

Doakan sahaja yang baik-baik untuk kami.. doa yang baik-baik untuk kita semua. Sebab dugaan tu datang memang macam-macam cara.. tapi tu la kan.. selagi masih jadi manusia ni.. tak lepas dari ujian and dugaan.

P/s;
Dok dalam kubor nanti kena mengadap UJIAN yang lain pulak.

Happy weekend peeps.  

4 comments:

  1. Bersabarlah Sham...semoga ada jalan keluar buat dirimu & keluarga. Benar, tidak adil bagi orang lain untuk menilai diri kita berdasarkan apa yang dilihat secara membuta tuli kerana mereka tidak tahu, bahkan tidak pernah tahu bagaimana perjalanan hidup yang telah kita lalui..
    Atau mungkin Sham & keluarga kena berhijrah semula? Kerana nampaknya bumi Malaysia (orang-orangnya) sudah tidak serasi lagi? Orang tua dulu-dulu berkata, bila duduk jauh itu berbau wang manakala bila dekat pula busuk. Buatlah solat istikharah, dekatkan lagi diri dengan Allah, jangan berhenti berdoa lebih-lebih lagi kita akan bertemu bulan yang barakah. Semoga dapat jawapan dari-Nya inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameenn.. Allahumma ameennn.
      Jazakil Allahu khairan kasiiroo.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...