Beautiful Friends

Tuesday, May 24, 2016

Semoga Allah permudahkan..

Masih lagi berkhidmat sebagai nurse tak bertauliah..
Yang sakit dah tentulah sakit yang sihat tetap macam biasa.. nak makan.. nak minum.. nak itu ini segala.

And while Omak and Ayah masih dok di rumah Ibu.. seboleh-boleh nyer Ibu cuba buat apa yang patut. And benda pertama yang Ibu dok memikir.. 'apa aku nak masak ni..?'.

Ye la.. kut setakat anak-beranak kita.. kita tau la standard taste masing-masing. Tapi bila dah ada Omak.. ada Ayah.. tambah pulak Omak tu masih tak sihat..

Then..
Satu lagi yang Ibu perasan.. la ni cepat sangat lupa apa-apa yang Ibu nak buat.. bukak fridge.. then dok tercongok fikir.. apa aku nak masak. Dok depan almari.. baju apa aku nak ambik tadi. Tu belum lagi.. pegang vacuum baru teringat pokok tak siram. Nak sental toilet baru teringat.. yang itu.. yang ini.. adeihhh..

So la ni.. Ibu siap-siap buat list. Baik nak masak.. baik untuk kerja-kerja rumah. Kira macam check-list la ni. Insya'Allah.. confirm tak ada yang tertinggal.

Anak-anak pun dah faham.. dah sedia maklum. La ni kut balik sekolah.. terus jer pi kat tempat Ibu tepek list menu. Or.. kut nak apa-apa.. terus jer tulis apa-apa yang patut kat tempat yang Ibu dah sediakan.

Sebenarnya sejak dari dulu lagi Ibu biasa buat check-list ni. Tapi dulu hanya bila Ibu ada event.. ada majlis kat rumah. Tapi bila dah masuk status 'pelupa' ni.. almost tiap ari jugak Ibu update. Alhamdulillah..

Cerita pagi tadi..

Rezeki lunch kami..



Janji sampai hajat.. bakar atas pan pun aci jer..

P/s;
Ni semua tanda-tanda Allah dah mula tarik nikmat dunia. 

8 comments:

  1. Sotong bakar tu yg menarik mata saya ibu sham..

    Bagus ibu sham praktiskan check list tu..
    Memudahkan kerja kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Yati.
      Walaupun kejap2 kena tgk list.. tapi rasa teratur sikit urusan harian.

      Delete
  2. Sham ni pun sham..tapi sebab acik dah tua..kalau ada benda ingat nak beli tulis dulu..kalau x alamatnya balik rumah baru teringat..takan nak.pi.kedai ulangkali kan sham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal Acik.
      Asyik lupooooo jo. Kut dah balik umah tu.. nampak gayo.. kendian esok tu la Sham nak kluar balik.

      Delete
  3. Senang buat list...
    sedapnya sotong bakar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Walaupun bakar atas pan saja.. secukup rasa. Cili kicap pun..
      - dah ikut tekak kita kan Nur.

      Delete
  4. Sedapnya sotong bakar.. yum yum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan masa still panas-panas.. sejuk nanti.. liat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...