Omak sey sakit babe..
Penyakit yang biasa-biasa.. tapi bila dah dok menyerang orang tua.. ya'ni ketahanan badan dah kurang.. lebih drastik selera makan menyusut.. air kurang.. muntah-muntah pulak lagi.. dah tentu kita yang kuat ni pun boleh tumbang. Ini kan pulak orang tua yang dah umor 66 tahun.
Tapi tu la kan..
Aturan Allah itu cukup cantik.. dalam Ibu yang masih belum sepenuhnya mula dengan projek 'yang dirancangkan'.. yang Cik Asben pulak baru habis kontrak di negara Tanah Berdengung nun.. masya'Allah.. mungkin sebenarnya inilah aturan cerita kami.
9 tahun mungkin tak lama mana tapi cukup lama dah bagi kami ni. Jumpa Omak and Ayah setahun sekali.. and alhamdulillah biasanya kami ditemukan dalam keadaan yang masing-masing sihat walafiat.. boleh bergelak ketawa.. boleh pi sana sini.. boleh suka suki.. makan itu ini.
Tapi kali ni.. Omak sey jatuh sakit. Sakit yang berlarut-larut. And dah jadi tanggung jawab kami adik-beradik ambik giliran menjaga Omak.
Tapi kut la time ni Ibu masih di 'sana'.. mana mungkin Ibu dapat merasai dan melalui pengalaman ini. Setakat pening demam sehari dua itu biasa.. tapi bila Omak dah berpapah.. ya Allah.. wa nangis babe. Serious punya nangis.
Kalau dulu Omak yang mandikan Ibu.. menyisir rambut.. memakaikan baju.. menyuap makan.. kali ni turn Ibu pulak.
Tapi hati ni tak sekuat.. tak sekeras bebel mulut Ibu.. tak sekasar sifat Ibu. Wa nangis babe.
Dan sebenarnya.. waktu seperti inilah kita diuji. Diuji mental dan fizikal. Diuji hubungan kekeluargaan.. diduga tahap kesabaran.. in short.. tak cukup sabar.. tak cukup waras.. tuttttttt..
Dalam masa yang sama.. macam-macam jugak itu ini yang mendatang. As I said.. tak cukup waras memang tuttttt..
Ibu cuma doa.. cuma Ibu harap keadaan kembali baik seperti sebelum ini. Tipulah kalau life kami perfect. Tak mintak banyak.. as long as Omak sey sihat as she was before.. Ibu dah syukur alhamdulillah. Yang huk sana huk sini tu.. itu semua iklan. Iklan dari yang satu ITU dengan maksud nak menduga kami. Nak tengok kebal mana SHIELD kami.
But nevertheless.. dalam Omak sey sakit ni jugak.. Ibu panjatkan syukur.. banyak kekusutan yang terlerai.. banyak kebuntuan jadi selesai.. banyak rahsia yang terungkai. If otherwise.. asyik pusing keliling dengan versi yang pelbagai.
It's so NOT ME berdoa dia fb.. di sini or any medium.. tapi kali ini Ibu harap pada sesiapa yang membaca entri ini dapat sama-sama mendoakan akan kesejahteraan.. kesembuhan.. agar Omak sey sihat seperti sebelumnya.
Ibu sedih tengok Omak sey lemah longlai.. tak bermaya macam sekarang ni. Meraung dalam hati babe.
P/s;
Jazakallahu khairan kasiiroo. Mudah-mudahan Allah terima doa rakan-rakan sekalian.
Aaminnn.......
ReplyDeleteSemoga emak Sham kembali sembuh seperti sediakala dan keluarga dipermudahkan urusan.
ReplyDeletesemoga mak sham kembali sihat..sabar sham.
ReplyDeleteSemuga emak Sham kembali sihat seperti semula... Insya Allah dengan doa dari anak2 dan kawan semua..
ReplyDeletekak rose baru mengalaminya... emak yg dulu kuat kudratnya hanya terlantar macam baby dikatil sepital selama 2 minggu dan 2 minggu jugak kak rose berkampung kat sepital di Kluang... seminggu lagi jaga mak bila dah discharge. tq sangat2 pd en asben yg sangat bertimbang rasa... tinggalkan nun jauh di Penang. kini Alhamdullilah mak dah sihat...
Insya Allah . Mudah -mudahan. Amin
ReplyDeleteTerima kasih atas doa dan kata-kata semangat dari semua.
ReplyDeleteAmeenn Allahumma ameenn.