Aurat Itu Mahkota Wanita
Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?
Isteri : Sayang pelik la abang.
Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kuburnya digali sedalam 5 kaki sahaja tapi kubur wanita, berlainan
digali sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo... InsyaAllah senang ja
jawapannya tu.. (sambil tersenyum). Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat
prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari
lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke
atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum
wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih
melindungi aurat kaum wanita.
Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)
••► Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.
SubhanaAllah Allahuakhbar!
Nota kaki;
Sedangkan di alam kubur pun Allah masih menjaga aurat kaum wanita. Inikan pula atas dunia dok nak tayang-tayang.. dah tu???
No comments:
Post a Comment