Beautiful Friends

Friday, April 13, 2012

Gulai cuk paku mo udang


Gulai cuk paku mo udang.. kalau tak faham.. masak lemak pucuk paku dengan udang. Lauk paling best pada Ibu (as long as its vege, suma best). Pucuk paku KHAS untuk Ibu whereas yang lain-lain untuk warganegara isi perut rumah ni la.. hatta, Cik Asben, Amsyar, Haazem and Arif.

Tak mau cerita ceriti banyak-banyak.. kalau nak try boleh la ikut resepi seperti di bawah..

Bahan-bahannya;
Secekak pucuk paku
- untuk satu hidangan
Udang saiz sederhana 8-10 ekor
- dibuang kulit dan dibelah belakang
Cili api secukup pedas
Santan pekat setengah tin
- anggaran 200-250liter

Cara-caranya;
1- Pucuk paku disiang.
- diambil hanya bahangian yang lembut
- batang pucuk paku yang masih lembut juga boleh diambil untuk dimasak
2- Blend cili api, ditapis dan diambil airnya sahaja.
3- Masukkan ke dalam kuali bersama santan dan sedikit air.
4- Kacau selalu agar kuah tidak meruap.
5- Apabila kuah telah mendidih, masukkan udang..
6- Apabila udang telah masak, masukkan pucuk paku yang telah disiang tadi dan kacau sebentar.
7- Perasakan dengan garam.
8- Dah masak.

Nota kaki;
Kalau di Negeri Sembilan, biasanya masakan ini dimasak menggunakan ikan bilis. Tetapi, memandangkan ikan bilis "stok terhad", maka Ibu tukarkan dengan udang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...