Assalamualaikum all,
Hanya sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu di sini. Sebenarnya video ini Ibu download dari En. Youtube. Kebelakangan ini, penyakit M terlalu kerap menziarah, badan lesu-lesu (mungkin sebab kurang tidur) dan rasa tidak bermaya. Lalu, ada seorang rakan mencadangkan Ibu cuba cara alternatif ini. Ye la, kita ni sekadar berikhtiar kan. Dari dok telan pil vitamin yang dah macam-macam tu, elok juga kalau kita cuba cara ini. Mudah-mudahan, ada keserasian.
Akan tetapi pada mereka yang mengalami masalah dengan "gangguan", ayat ini juga amat digalakkan untuk diamalkan. Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong
ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk.
Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada
telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si
pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh
bertahan dengan berdiam diri. Maka timbullah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar
Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan
makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga, pasangkan video ini didalam rumah 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat)
2) Bagi pesakit gangguan jin, dilarang memasangnya di dalam kereta, kesannya akan mengakibatkan rasa mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis pada waktu malam, anda perlu pasangkan dengan kuat, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4) Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan video ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3 kali sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis. Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3 kali dan al-insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, video ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah, cuma pasangkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan video ruqyah ini 3 kali sehari, insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR VIDEO RUQYAH INI, SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*
No comments:
Post a Comment