Beautiful Friends

Thursday, April 5, 2012

Char Kuey Teaw, Hawally


Assalamualaikum all,
Joy rising Jumaat yang barakah..

Alhamdulillah, selesai sudah sessi makan pagi untuk hari ini. Alhamdulillah jugak anak-anak tak banyak ragam. Hatta, dengan apa yang dihidangkan, semua bersih licin. Menu sempoi dari dapur Ibu kali ni, char kuey teaw (tapi version Hawally). Yakni ada modification la tu.

Masyarakat dalam rumah ni memang makan sayur cuma a bit selective. Daun bawang dan taugeh bukanlah dalam kategori "perlu atau wajib" makan pun. Even, selama Ibu tinggal di negara Pasir Berdengung ni tidak pernah sekali Ibu menyajikan sebarang hidangan yang berunsurkan dari taugeh atau daun bawang. Reason being.. Cik Asben tak makan.

Unlike the original char kuey teaw, untuk sayurnya Ibu tukarkan ke sayur sawi sahaja. Itu yang lebih selamat ie. semua boleh makan. Special case untuk Manja Ibu sebab Haazem memang tak makan apa-apa jenis sayur pun.

Okey without further ado, jika ada yang ingin berkongsi resepi.. silalah lihat di bawah;

Bahan-bahannya;
Kuey teaw basah untuk satu hidangan
- dalam 100 ke 150gram (agak-agak aje la sendiri)
- direndam hingga lembut
2 biji telur ayam
Udang saiz sederhana 10 ekor
- dibuang kulit hingga habis dan dibelah belakang
Cili kering blend 1 senduk
* 1/2 biji bawang besar
* 3-4 ulas bawangputih
(bahan-bahan * dikisar hingga halus)
3-4 tangkai sawi
(lebih afdhal jika menggunakan daun bawang dan taugeh)
Secawan stok udang
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat

Cara-caranya;
1- Tumis bahan-bahan * hingga naik bau
2- Masukkan cili blend dan tumis bersama
3- Kemudian masukkan udang dan goreng sebentar
4- Pecahkan telur dan gaul bersama dengan udang
5- Masukkan stok udang, sos tiram dan kicap pekat
6- Gaul hingga serata
7- Masukkan kuey tiaw dan goreng sebentar lalu terus dimasukkan sayur
8- Perasakan dengan garam jika perlu
* Sos tiram dan sedia masin
9- Siap sudah

Nota kaki;
* Untuk menyediakan char kuey tiaw, adalah dinasihatkan sediakan semua bahan-bahan terlebih dahulu.
* Ini kerana kuey tiaw cepat lembut dan cepat meresap kuah.

Bagi yang ingin menyediakan stok udang;
* Jika kita menyiang udang, jangan dibuang begitu sahaja kepalanya.
* Ketepikan di dalam satu bekas.
* Setelah itu blender kepala udang tadi lalu ditapis dan diambil airnya sahaja.
* Stok udang ini boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh digunakan kemudian untuk kegunaan semasa hendak menggoreng mi, mihun dan kuey teaw.

Manakala bagi mereka yang menggunakan daun bawang dan taugeh, sebaiknya 2 bahan ini dimasukkan akhir sekali bagi memastikan ia masih rangup semasa dimakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...