Hi
all,
Entri
terakhir sebelum masuk tidur (tapi) mentang-mentanglah hari ni Kuwait hujan..
perut asyik laparrrr je. Tapi bukan perut Ibu, tapi masyarakat dalam rumah ni
la. Jam 11.30pm Ibu masih lagi di dapur menunaikan hajat Cik Asben. Sebenarnya
lama jugak dah Cik Asben berhajat.
Ni semua angkara terlebih gugel kat Forum
Cari la ni. Kononnya meggi ketam ni sangat laaaa sedap. Makanya dengan usaha
campak-campak, tercapai sudahlah hajat Cik Asben tersayang. Dengan muka senyum,
habislah sudah semangkuk meggi. Aman laa orang tu tidur malam ni. Cuma Ibu
sahajalah yang kena balik back to square one.. mana boleh dapur tinggal
tunggang terbalik begitu sahaja kan kan kan. Kalau ada yang nak try, resepi ada
di bawah ya..
Bahan-bahannya;
Meggi
perisa kari (nak try lain pun okey je)
Seekor
ketam - dicuci dan dibelah 2
*
1/2 biji bawang besar
*
3-4 ulas bawang putih
Sayur
- ikut sukalah
Cili
api - kalau nak pedas lagi
Cara-caranya;
1-
Ketam direbus hingga masak, keluarkan ketam dan ketepikan.
(airnya
jangan dibuang)
2-
Bahan-bahan * ditumbuk sedikit lalu ditumis hingga naik bau.
3-
Masukkan air ketam dan biarkan ia mendidih.
4-
Masukkan serbuk perasa meggi dan digaul serata.
5-
Setelah itu masukkan meggi.
6-
Masukkan sayur yang disukai.
7-
Jika masih tidak cukup pedas, bolehlah dimasukkan cili api yang telah dipotong
serong.
8-
Perasakan dengan garam jika perlu.
9-
Dah siap.
memang sedap & terangkat maggie ketam ni!
ReplyDelete