Beautiful Friends

Wednesday, April 4, 2012

Sambal tumis udang berpetai


Lunch time!!!

Masak yang ringkas-ringkas sudah la ya. Janji Ibu tak menapau lagi. Faham-faham saja la kalau ada 3 + 1 hero dalam umah. Selagi tak pekena nasi, selagi tu la Ibu tak dok diam. Ibu pun jenis kena cari nasi jugak. Sehari tak dapat nasi memang tak sah. Mau menggigil satu badan. Nak buat macam mana kan, dah tekak dan perut pure orang Melayu.

So, bagi menyahut seruan masak di rumah.. Ibu hidangkan "sambal tumis udang berpetai". Petai kalau disimpan lama-lama sangat pun, tak sedap jugak. Maka oleh itu.. bersedialah Ibu untuk tugas rutin "mencuci toilet" pada esok hari lantaran bau bekas "petai" yang sure haru biru.

Ibu masak sambal tumis, memang sempoi hatta tak ada boh asam keping atau asam jawa pun. Sebabnya, dah macam tu selera dan kehendak warna masyarakat dalam rumah ni. Okey, kalau nak tau macam mana cara Ibu masak, jom tengok resepi.

Bahan-bahan;
Udang saiz sederhana 
- kuantiti ikut saiz hidangan masing-masing
- dibuang kulit dan hanya tinggalkan sedikit di bahagian ekor
Cili boh - dalam 3 senduk OR adjustable
* Sebiji bawang merah
* 5-6 ulas bawang putih
- bahan * dikisar hingga halus
Petai 
- ikutlah pada rezeki masing-masing

Sidekicks;
Sebiji bawang besar yang dihiris kasar

Cara-caranya;
- Tumis bahan kisar hingga naik bau
- Kemudian masukkan cili boh (Ibu guna cili kering blend sendiri, sini mana ada cili boh)
- Digoreng hingga terbit minyak
- Selepas itu masukkan udang
- Goreng sebentar
- Kemudian masukkan petai dan bawang yang dihiris kasar tadi
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula (there, I've told you.. tak ada guna asam keping OR air asam jawa)
- Sedia untuk dimakan



1 comment:

  1. suka makan sambal petai ni tapi tak pandai nak masak bab sambalnya tu. Recepie ni nampak mcm mudah...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...