Beautiful Friends

Thursday, November 29, 2012

My Confession..

Assalamualaikum all,

Kenapa Ibu buat blog ni?

Jawapan paling senang.. ekspresi diri.

Bukan nak tunjuk "aku masak itu ini"..
Bukan nak tunjuk "aku pergi sana sini"..
Bukan nak tunjuk "aku ada itu ini..
Kalau ada yang tanya.. habis tu yang dalam blog ni apa?
Jawapan Ibu, aku punya sukalah.. boleh macam tu??

Yes, Ibu memang jenis yang suka bercerita. Jenis suka membebel. Jenis suka komplen itu ini. Jenis suka rebel. Jenis suka "against" idea orang. Memang dari sekolah rendah pun, cikgu-cikgi dah kata "ini budak gonna cause a lot of problem nanti". Itu belum lagi masa kat sekolah menengah Ibu kena tuduh jadi "anak angkat" Paderi Besar N9 hanya sebab suka belajar Bahasa Inggeris. Dah nama pun student sekolah agama.. bila lain je SUIS, memang kena tuduh macam-macam la. Itu belum lagi masa buat Diploma Ibu kena pulau sebab bercintan-cintun dengan student Engine. Budak Law la katakan. And itu belum lagi masa time buat Degree, suka sangat berkawan dengan student lelaki. Kawan dengan boys.. sempoi. Kawan perempuan boleh dibilang dengan jari tangan. Then time kerja pulak, dah sah jadi front-liner tapi langsung tak feminine. Hakikatnya, yang tak elok tu, semua bagi ke IBU. Teruk sangat ke Ibu ni? Salahkah bila Ibu menjadi "abnormal" melawan arus "kebiasaan?".

So, dah macam tu.. baik tak payah bercampur masyarakat. Buat apa nak bercampur masyarakat kalau semua dah jadi robot? Perasaan "tolak" ke tepi.

Kejamkah Ibu kalau Ibu katakan Ibu tak suka dengan budaya complementing each other on an intricate matters. Sebenarnya tak serumit mana pun. Rumit sebenarnya pada Ibu sebab "renyah".

And I quote :
"Jangan merumitkan keadaan dengan merumitkan diri sendiri"
Author : AzieAzah

Itu sebab Ibu lagi suka kalau duduk rumah layan kepala sensorang. Layan dan buat benda-benda yang Ibu suka. Walaupun ada yang kata Ibu ni kera sumbang, anti-social.. katalah apa nak kata pun. Sebab itu your personal views. Same as mine, ikut suka Ibu la.

Remember : Do what you like most and like what you do best.

Ikhlas dengan diri sendiri. Tak payahlah buat apa-apa pun kalau dah ada NIAT hanya nak impress other people. Kalau kita keep-on practicing IKHLAS.. insya'Allah.. end-result, pure satisfaction.. bliss.

Tapi sebenarnya Ibu pun tak boleh lari dari hakikat hidup "bermasyarakat". Dah tentulah Ibu ni manusia, takkan nak berkawan dengan kambing, lembu atau monyet kan. Lainlah kalau pi zoo. Alhamdulillah, dalam meniti usia "glorious 4 series" ni, Ibu dikurniakan "a few" kawan-kawan yang berkualiti (in my own term). Yang menerima diri Ibu atas sebab diri Ibu sendiri dan bukan atas sebab-sebab lain. Dah tua-tua ni, sekilas ikan di laut, dah tahu jantan betinanya. Sekilas pandang tengok jenis orang tu, dah tau dia ikhlas ke tidak.

Seriously.. jangan nak DRAMA dengan Ibu. Tak suka dengan jenis orang yang suka buat drama ni. Don't make other people life miserable when you already are.

I do not have any personal vendetta, or grudge, or foe with anybody. Only.. this is me. Senang sebut in lay terms.. Ibu jenis KERAS. Sampaikan Omak pernah kata, if only she could "switch" me with my brother. Faham kan..

Tapi bila ada orang perempuan yang KERAS macam Ibu, hidup dalam kelompok "perempuan sejati", something awkward sure akan berlaku. Somehow or rather I find it.. its me being awkward bila berada dalam kelompok tersebut. So baik tarik diri.

Kalau ada rakan-rakan "sekeliling" yang terbaca "nukilan" Ibu ini, tak payah la nak sentap atau berkias kata Ibu ni KASAR sebab hakikatnya memang Ibu jenis macam tu pun.

Not that I am the type of self-minded, selfish, acentric, arrogant yang langsung tak boleh bercampur masyarakat. I like being with people, I can be a "shoulder to cry on", I feel the unsurpassed happiness making other people happy, also that I love making other people laugh too. But in my own way. For I am what I am. In return, please respect and accept me for what I am. Not for what you want me to be. I am not a hypocrite..
 
As much as I respect you, harapnya I could gain the same quality of respect for me too. Knowing me, korang patut dah faham jenis KAK SHAM ni macam mana. So jangan buang masa soseh-soseh belakang tabir. Rugi pahala korang bagi ke Kak Sham. Penat je buat amal-ibadat then terus malaikat transfer masuk akaun Kak Sham. Sungguh tak berbaloi.

Adios friend.. until next time.






9 comments:

  1. Mak Piah pun kera sumbang.

    So u r normal. Well at least in my world.
    Manusia nih bermacam perangai dann kehendak. Perangai kita weird dari kelompok yang lain. As how we see them. We are all weirdos in our own ways. I am one for sure.

    ReplyDelete
  2. Terimakasih banyak! Kerana sebaris ayat itu memberikan makna kepada U.

    Hampir dalam banyak keadaan di dalam entri ini, kita ada persamaan. Terutama bab kawan dengan lelaki dan keras hati.

    ReplyDelete
  3. Kak sham kita serupa! But as long u are happy with your life then go on. Why bother bout others kan.

    ReplyDelete
  4. MP,
    Betul la.. even my Cik Asben pun kata Sham ni "weirdo".. tapi "weirdo" ni lah jugak yg dia sayang.. hek-elehhhh..

    Yong,
    Love you too..

    Azie,
    Sesungguhnya "the quote" berjaya menjadi "pencetus" utk entry kali ini. Terima kasih.

    Venus,
    Indeed I'm happy.
    Cuma bila "tersepit" dgn "the typical" di sekeliling kita.. lemas jugak..

    MP,
    Dah jumpa kan kan kan..

    ReplyDelete
  5. pedulikan semua tu kak..we are what we are..takde nak hipokrit ke apa..janji laki & anak2 tahu kita ni macamana..buat blog bukan nak menunjuk pandai pong..sekadar hobi & suka berkongsi cerita..

    ReplyDelete
  6. U're so right... qies pun dulu siap dpt gelaran kayu ara..kena pulau pun penah juz becoz qies jenis tak reti nak jadi hipoconcrete haha..ada aku kesah..

    ReplyDelete
  7. Zaila,
    Mmg susah nak puaskan hati semua org ni. So baik jaga hati sendiri dulu..

    Qies..
    Itu dulu.. sekarang dah "fofuler" la pulak.. siap ada yg sentap kalau xmo fren.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...