Beautiful Friends

Thursday, December 6, 2012

Lama dah tak meng-kari..


Lama dah tak share gambar masak. Tapi bukanlah bermakna di rumah ni tak masak. Mana larat asyik nak tapau weiii. Boleh bankrupt Cik Asben. Setakat makan fast-foot berapa lama sangat laa boleh bertahan..

Setiap petang hari Ahad, Isnin dan Selasa anak-anak ada kelas mengaji Al-Quran dan belajar Bahasa Arab di rumah. Itu pun dah cukup bagi "penyebab" untuk Ibu masak lebih rajin dari biasa.

So few nights back, Ibu masak kari kepala ikan merah. Kepala ikan merah ni hanyir "extra" sikit. Anak-anak pulak makan hat yang body sahaja. So tang hat kepala, sapa mau makan?? Cik Asben jugakkkk..

Jadinyer, knowing that Cik Asben memang suka kalau kepala ikan dibuat masak kari so inilah hasilnya. Takdelah superb sangat, memadailah up to our family standard level.

Resepi.. macam-macam version ada. Tanya saja dengan Cik Gugel.

Mine.. very minimum :
Tumis bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan daun kari sehingga naik bau. Then masuk rempah kari and sedikit cili paste. Tunggu terbit minyak then masuk santan and air. Bila dah mendidih, masukkan ikan dan masak hingga kepala ikan lembut. Masukkan side-kicks and finally perasakan dengan garam. Beresss.. 

(Nota kaki : kayu manis etc memang tak letak sebab anak-anak tk suka bau-bu rempah macam tu)

Suasana semasa di atas dapur.. dalam kuali..

4 comments:

  1. Kuah tu agak2 cair sikit kan Kak? Tak pekat likat kan? I like...i dont like the really pekat2 one.

    Aduhaiii....nak kena buat kari kepala salmon lah macam ni.

    ReplyDelete
  2. Dah betul la tu KA..
    Tak pekat sgt, x cair sgt.. yg sedang2 (bak kata bibik Omak akak)

    Salmon masak kari.. hurmm.. mcm nak kena try jugak ni..

    ReplyDelete
  3. Adus akakku,

    lapar terus tengok kari nie..

    ReplyDelete
  4. Time sejuk2 ni tengok telur dadar ngan kicap pun dah lapar.
    (akak la tu)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...