Beautiful Friends

Monday, December 3, 2012

Aku budak II...


Huahahaha.. gelak kasi horror sikit..
La ni tengah mode nak men-nostalgia-kan diri.

Boleh la nak show-off kat sini. Godek-godek gambar Omak and Ayah, jumpa pulak yang lain. Belum akil-baligh.. boleh la pakai mini sekert kekdahnya.

Gambar ni ada cerita sensasi
Nampak tak beza tangan kanan and tangan kiri.
Yang hat kanan tu macam tak boleh nak lurus kan?
Tu sebab Ibu jatuh tersembam sampai terkehel tangan

Lasaknya mengalahkan budak jantan
Lari sana sini memang tak boleh duduk diam
At last terpaksa dua kali kena simen
Itu pun tetap melasak walaupun berensot macam ketam

Reason kena simen sampai dua kali?
Sebab budak nama Shamsiah tu memang tak dengar kata
Belum cukup haul dah berjimba sana sini
At last simen tu tercabut entah ke mana..

Akhirnya percubaan ke dua berjaya
Yang disimen kali ni berjaya bertahan lama
Dapat dibuka mengikut jadualnya
Walaupun jenuhlah Omak and Ayah nak menjaganya

Tu je la yang Ibu nak cerita
Biasanya benda macam ni jadi kat budak lelaki saja
Tapi dengan budak nama Shamsiah tu selalu luar biasa
Orang kampung memang dah terbiasa

Itu belum lagi cerita jatuh dari pokok manggis
Yang itu, sungguh tidak manis
Dah tua bangka, tapi peil masih macam dulu juga
Makan atas pokok jugak yang menjadi pilihannya

 Tapi yang itu tak ada bahan bukti
Kalau ada pun tak boleh dikongsi bersama
Sebab time tu dah jadi anak dara sunti
Tak pasal-pasal je karang korang tanggung dosa

SEKIAN..

5 comments:

  1. Wahhh kira sangat ganas tu. Saya pernah jatuh basikal berparut siku. Makan atas pokok pernah juga, pokok cermai dan belimbing besi.

    Kalu budak pompuan sampai kene simen tangan 2 kali, memang sakan lah buasnya. Hehehhe

    ReplyDelete
  2. Azie,

    Setakat jatuh basikal sampai berparut tu ada la 2 kali.

    Jatuh pokok pulak entah brapa kali.

    Mandi sungai sampaikan arwah Uwan kejar dgn batang pucuk ubi.

    Ishhh.. mmg mcm2 la..

    ReplyDelete
  3. Huwaaa kak sham
    Manyak dasyat oo..
    Kecik2 sudah ber plaster simen n siap tercabut!
    p/s:: comeila akak dengan skirt mendek tu! Kalah neelofa!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Sham,

    Ni baghu namo eh anak dagho nismilan ...

    ... memang pahlawan ... :)

    ReplyDelete
  5. Yong..
    Dasat kan.. mmg pitam Omak & Ayah akak time tu.
    Tu blom lagi citer "mulut" akak.
    Omak kata mcm nak "plaster" jer.

    REAL,
    Iyo la tu.. tu bolum citor dagu bertampal sebulan.
    Adik Sham yg jantan pun kalah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...