~Isteri Siddiqin~
Isteri yang tidak akan meminta
apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan
suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau
tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu,
kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan
baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang
yang Siddiqin.
Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
~Isteri Muqarrobin~
Isteri yang tidak meminta dari
suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya
bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi
kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan
mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan
Muqarrobin.
Golongan ini juga susah hendak
dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang
memandang dunia adalah segala-galanya.
~Isteri Solehin~
Isteri yang meminta kepada suaminya
yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin
sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal,
kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula
menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.
~Isteri Fasik~
Isteri yang selalu sahaja
meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka
meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa
cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah,
dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah
dalam rumah tangga.
Inilah dia golongan yang fasik.
Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Senarai di atas sesuai untuk muhasabah diri kita.
Kita yang mana??
Renungkanlah..
Assalamualaikum wbr ...
ReplyDeleteDear Sham ...
Adoiii malunye ... dengan yang siddiqin ...
Isteri-isteri yang dicintai Allah SWT dan RasulNya SAW.
... AlhamduLiLLAH masih di beri peluang untuk mencuba ...
... :)
W'salam REAL,
ReplyDeleteIts never too late..
Selagi nafas masih dikandung badan..