Beautiful Friends

Sunday, December 16, 2012

Andalusia - bukti sebuah kerajaan Islam yang hebat.


Bukit batu di Andalusia
sumber : europe.toptravelcontent.com

Andalusia (bahasa Sepanyol: Andalucía) merupakan sebuah komuniti berautonomi (wilayah) Sepanyol. Ia merupakan komuniti berautonomi yang mempunyai penduduk yang paling ramai. 

Andalusia terkenal kerana menjadi pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8. Bandar-bandar seperti Cordova dan Granada telah berkembang menjadi pusat ilmu serantau pada zaman itu. Namun, Andalusia telah dikuasai oleh kerajaan Kristian selepas abad ke-15 dalam peristiwa-peristiwa yang dikenali sebagai Reconquista.

Peta Andalusia

Dan pada suatu ketika di dalam sejarah, Islam, Yahudi dan Kristen pernah bersilangan di sebuah daerah di selatan Sepanyol itu. Kisah penggulingan kerajaan yang tidak meninggalkan bekas menarik rasa ingin tahu ramai pelancong. Inilah Andalusia, perakam hilangnya sebuah kerajaan.

Pada tahun 711, Andalusia dikuasai oleh umat Islam. Selama hampir lapan abad lamanya, kekuasaan Islam menghasilkan peradaban dalam aman damai. Kekuasaan Islam berakhir ketika Ratu Isabella dan Raja Ferdinand datang ke sana pada tahun 1489. Mereka mula menakluk dan membersihkan daerah tersebut dari segala sesuatu yang berbau Islam dan juga Yahudi. Dari umatnya, kitab sucinya sehinggalah ke bangunan-bangunan ibadah.

Pembersihan itu berhasil dan jejak Islam sudah tidak terlihat. Sebuah bangunan megah di Cordoba menjadi salah satu saksi sejarah yang ikut berubah. Bangunan ini memiliki cerita sejarah masing-masing. Bagi umat Islam, bangunan tersebut adalah sebuah masjid yang kini dialihfungsikan sebagai katerdral. Sebaliknya, bagi umat Kristen, bangunan ini merupakan gereja yang diubah menjadi masjid, lalu kembali diubah menjadi katedral.


Masjid dan ketedral
sumber : eturimoviajes.com

Bagaimanapun, bangunan megah yang bernama Mezquita-Catedral Cordoba ini telah ditetapkan UNESCO sebagai salah satu bangunan bersejarah dunia. Di sini, pelancong yang beragama Kristen boleh beribadah di dalamnya. Manakal bagi yang beragama Islam, mereka boleh beribadah di masjidnya. Bangunan masjid yang bergaya Moorish ini memiliki berpuluh tiang indah yang menyerupai pohon palma.

Katedral yang berdiri indah di tengah komplek juga menjadi pusat perhatian. Bangunan bercat emas ini memiliki mimbar dan deretan bangku yang boleh digunakan umat Kristen untuk berdoa. Selain Mezquita-Catedral, Cordoba juga memiliki sebuah lokasi sejarah iaitu Medinat al Zahra. Sebuah runtuhan dari kerajaan Islam yang dibangunkan pada tahun 936.

Benteng Al Hambra di Granada
sumber : trekexchange.com

Di Grenada, terdapat sebuah kompleks istana yang juga menjadi benteng yang megah. Bangunan ini dibangunkan pada saat keagungan Bani Ummayah. Kompleks istana yang berada di bahagian selatan Sepanyol ini mencakupi wilayah kawasan tinggi di batas Kota Granada. Sekarang, pelancong boleh mengunjungi kompleks ini dan mengagumi sisa kemegahan istana yang dulu pernah dikenali sebagai "paradise on earth".

Al Pujjara
sumber : almunecarenimagen.com

Tempat lain yang merakam sejarah Andalusia adalah Pegunungan Al Pujjara di Granada. Komplek pergunungan ini menjadi tempat tinggal masyarakat Andalusia dari masa ke masa. Mulai dari bangsa Goth sehinggalah ke bangsa Romawi. Hari ini, pergunungan batu yang memiliki banyak lembah ini masih menunjukkan bekas-bekas sejarah yang pernah terjadi di sana. Ia boleh dilihat dari bentuk bangunan, kaligrafi dan objek-objek kecil lain yang melambangkan kehebatan sejarah pada masa tersebut.

Kota Ronda
sumber : gayiberia.com

Tidak kurang indahnya dari Al Pujjara, iaitu Kota Ronda. Kota yang berada di Pegunungan Sierra Ronda ini masih kukuh dengan kesan-kesan kekuasaan Moorish. Keindahan senibinanya hampir sama dengan Mezquita-Catedral Cordoba. Bangunan batu tua ini akan menyambut para pelancong ketika mereka memasuki kota tersebut.

Sebenarnya ini ada hanya sekelumit dari pelbagai cerita dah kisah Andalus atau Andalusia yang amat dikagumi suatu ketika dahulu. Kerajaan yang begitu terkenal dalam sekelip mata musnah lantaran pergolakandi antara kaum yang saling bermusuhan. Yang tinggal hari ini hanyalah kesan-kesan peninggalan serta bekas-bekas sejarah yang masih menjadi kajian serta penyelidikan para cerdik-pandai.

Namun hakikatnya, "Andalusia yang sering digambarkan dengan seribu keindahan (pancuran air, tamadun yang dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah untuk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media) namun hanya indah khabar dari berita. Pada dasarnya, “Andalusia itu pahit dan derita, penuh kebinatangan yang terbit pada wajah manusia”-Abu Saif (saiful islam)".

Sumber : PELBAGAI

p/s;
MAK PIAH..I hope this entry have given you a better understanding the different between the Lost City under Rub Al-Khali (Empty Quarter), Riyadh and Andalusia.

I also hope you enjoy reading it as mush as I was during doing all the "gugel-ing".

4 comments:

  1. A nice one. Memang dah termasuk dalam list untuk visit next year. TQVM

    ReplyDelete
  2. Sham:

    U r so sweet. Thank U, tau. Appreciate sangat sangat.

    :-)

    X MP.

    ReplyDelete
  3. KA,

    Aci tak kalau akak nak jelezz in advance. Dengki tau..

    MP,
    Sama-sama.
    Bkn ssh sgt pun, mintak tlg dgn Tok Wi & segala suku-sakat yg terdekat jer.

    ReplyDelete
  4. Been to Andalusia... sangat cantik!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...