Beautiful Friends

Friday, June 28, 2013

Omak sey ngamok semalam..

Omak sey ngamok semalam.
Nasib baik tak tuka kaler jadi oghang ijau time tu.
Tak ada niat nak kutuk-kutuk sesapa tapi sekadar berkongsi cerita.

Macam biasa, anak cucu nak makan itu ini. Ibu yang dah hampir separuh abad ni memang dilarang sama sekali keluar sensorang dengan anak-anak. Hatta nak pi memana wajib kena ada Omak atau Ayah yang jadi bodyguard. Entahlah.. memang dah macam tu caranya.

Then Si Haazem mintak nak makan nasi ayam kat kedai yang satu ni. Entah, Haazem memang suka sangat makan nasik ayam kat kedai ni. Baik di Seremban, Kelantan mau pun Kelana Jaya.

So since semua setuju, okey laa. Then since kami dah pakat fikir nak makan "apa" sejak dalam kereta, sampai je kat meja semua terus order. Tapi first impression saja dah ada yang buat hal. Terkial-kial macam baru masuk kerja. Kena pulak panggil yang lebih senior hanya untuk tolong ambik order. Then "pen" pun tak ada.. kena mintak pinjam kat kawan pulak.

Lepas tu nak jadi kisah kena pulak kami menunggu "turn" walaupun dua meja yang meng-order selepas kami dah mula menyuap hampir separuh pinggan. Dah tu sampai pulak ayamnya.. tapi nasi entah mana-mana. Anak-anak dah mula rimas. Omak sey lagi la pulak. Pandang kiri.. pandang kanan.. bukan tak ada staf yang available.. tapi boleh pulak bergayut sengeh-sengeh kat talifon. Masih boleh "maaf" kalau talifon tempat kerja.. ini "personal handset".

Omak sey dah naik angin.. at last "tune" suara jadi max 5. Time tu muka yang "deliver" dah masam macam cuka. Tapi dah anak-anak nak makan punya pasal, kami redha saja. Then nasi dah nak habis.. masih ada lagi lauk yang tak sampai. At last.. memang sungguh.. nasi dah habis.. baru lauk yang satu tu sampai.

Kalau sungguh ramai sangat customer, kami faham. Ini tak sampai 6 meja pun. And bukan peak time pun. Time tu dah jam 5 petang!!!

Time tu memang Omak dah tak boleh tahan. Dalam puas bersabar, terkeluar jugak "free ceramah motivasi". Masing-masing tarik muka berbelas-belas. Namun MAAF sekali pun tak terkeluar dari bibir seorang makhluk Allah pun.

Omak terus keluar kedai. Sungguh.. Omak memang terus angkat kaki. Ibu pulak terpaksa dok melayan anak-anak yang masih nak makan di situ.

Entah laa.. dah banyak kali jugak sebenarnya jadi macam ni. Itu sebab dalam setahun sekali kami balik.. setahun sekali jugaklah kami makan di situ. Kalau bukan sebab anak-anak yang berhajat.. memang kami takkan jejak ke situ lagi.

Sebenarnya.. selain dari kes seperti itu, bab kebersihan jugak ada masalah. Boleh pulak kain lap meja letak sana-sini. Dengan mug dan cawan jugak tinggal sana-sini. Itu belum lagi meja yang belum berkemas.

Macam semalam, sebab kami nak cepat dan tak berkira sangat (mula nyer la) kami, sendiri yang tolong kemas and lap meja.

Kami tak mintak service yang diluar jangkaan. Kalau dah silap tu.. ikhlaskan laa sebut MAAF, insya'Allah ada yang cepat sejuk hati. Di samping tu hiaslah muka tu dengan "senyum". Nescaya, yang masuk kedai pun senyum jugak bila keluar nanti.

Aktiviti biasa, repeat paper..
Kedai ni memang dah dekat sangat dengan kedai nasi ayam tu..


Once upon a time.. (I)

Once upon a time..
Dulu Ibu bersekolah kat sini. Memula tu Omak hantar kat Tadika Kemas di Tanjong Ipoh tapi at last since tak ada "kemajuan", Ayah hantar ke tadika ni pulak.

So, kat sini la Ibu mula kena ABC and 123. Mula belajar membaca, menulis dan mengira. Walaupun sekolah ni ditadbirkan secara Kristian Khatolik, tapi untuk penuntut yang beragama Islam tak ada pulak unsur-unsur "selingan" diselitkan. Yang hat tu hanya diadakan pada hari Ahad iaitu semasa Sunday Prayer.

Mungkin jugak sebab ketika itu sekolah peringkat tadika masih terhad, so ramai jugak penduduk Islam di sekeliling menghantar anak-anak masing-masing ke sekolah ini.

Well, sempat la jugak Ibu belajar Bahasa Mandarin di sekolah ni. Ada kawan-kawan bangsa Cina yang akhirnya sampai ke la ni Ibu berkawan. Pada Ibu, its all you.. its all in your head.
 
Hence, balik kampung last week.. Ibu pi la intai-intai. Masih seperti dulu. Langsung tak ada perubahan. Dari taman di luar kelas Ibu sampailah ke taman permainan tempat Ibu pernah tersungkur sempai berdarah di dagu.

Cuma yang Ibu perasan, di sebelah tadika ni dah ada sekolah tadika Islam. Ramai jugak budak-budak yang belajar di tadika tersebut. Alhamdulillah..
 
Ni la rupa tadika tempat Ibu belajar dulu..
 
Once upon a time.. 35 tahun yang lalu..

Thursday, June 27, 2013

Jom masuk kelas..

Ada kawan suka-suki hantar hat ni kat Ibu. Saja nak nyakat la tu..
Kunun suruh anak belajar loghat Kelate.. walhal Ibu pun tahu.. vocab Ibu memang terhad pun..
 



Wednesday, June 26, 2013

Tunjuk-tunjuk & tayang-tayang..

Something simpler than yesterday..

Asyik makan nasik jo la pulak kan.. yang botol eh Ibu lambek call ke kodai mintak tapau siang-siang (siang-siang means awal-awal). At last ni jo la yang tinggal. Padan muko sendighi. Lopeh tu mulo la angin.. tu dah abih.. ni dah abih.

Kuih-kuih pun semua dah licin. Popiah goreng, kuih keria, kuih bakar, cekodok sayur and cekodok pisang.. tinggal sejarah. Again.. padan muka sendiri.

Kedai Omak cuma beroperasi during breakfast hour. Yakni 7.30am to 10.30am. Cuma ada masa ari minggu lajak la sikit sampai 11 or 11.30am. Depend.

Ada jugak hajat nak take over or at least jadi assistant Omak, tapi setakat ni mungkin belum lagi. Anak-anak pulak semua nak berkepit dengan Cik Asben. Dah jadi macam tu.. Ibu pasrah. Mungkin bukan sekarang.. but.. insya'Allah.. once fine day.

Tapi.. mampukah Ibu??

Mee goreng + ayam goreng berempah
Alhamdulillah.. confirm tak makan lunch jugak ari ni

DUSHHH.. on the forehead..

Masih tidurkah kita??


Tuesday, June 25, 2013

Its raining.. yeay!!!!

Alhamdulillah..
Ketika Cik Asben berpanas terik di Negara Pasir Berdengung, kami di sini bersuka-suka dengan hujan rahmat. Walaupun hujan ini tidak bersih kerana terdapat banyak partikel debu kesan dari jerebu yang sedang melanda Tanah Malaya.. namun masih cukup untuk menyenyukkan bumi ini walau untuk seketika.
 
Dan dalam masa yang sama sudah cukup untuk memberi pengalaman dan pelajaran kepada anak-anak especially Arif yang banyak bertanya. His most famous question was.. "kenapa matahari kat sini kaler orange?".
 
Jenuh di-explain.. matahari sakit la.. ada orang buat pembakaran haram la.. udara tak bersih la.. and at last its raining. But I don't think he would be able to see any rainbow afterwords. Tapi jika ada, alhamdulillah.
 
Yet still, panas atau hujan semua adalah rahmat dari Allah.
 
Dan seperti yang diketahui, keadaan Tanah Malaya yang sedang berperang dengan "jerebu" sangat tidak sihat untuk anak-anak melakukan aktiviti di luar rumah. Ada laa jugak plan kami yang tergendala. Namun doakan yang baik-baik sahaja. Esok lusa tulat.. masih ada. Insya'Allah.

Nasik lomak kodai Omak sey..

Lagi my happy thought..
Tipulah kalau ada anak kata emak nyer masak tak sedap. Hatta kalau setakat goreng telur pun tetap dikata "best in the world". Well, at least.. that's me laa.

Tapi Omak memang masak sodap. Kut tak.. takkan la bukak branch laei. Oghang sumo kato Omak masak sodap. Makno eh.. memang sodap la tu.

So, dengan itu maka wajiblah Ibu mengkhatamkan semua lauk-pauk yang ada di kedai Omak sementara ada di Tanah Melaya ni. Bukan senang nak merasa air tangan Omak ni. Maklum saja, kami cuma berkesempatan balik sekali setahun. Nak balik selalu.. errr.. hurmmmm.. maklum sajalah kan.

Anak Omak yang soghang ni memang cerewet makan. Sambal tumih tolonggggg jangan boh dalam nasik lomak. Kompom fail la lopeh tu. Omak dah posan banyak kali ke budak kodai.. "jangan boh sambal tumih untuk Kak Long". Tapi dio buboh jugak. At last, memang out laa. Takpo.. Sariah tu budak baghu.. so, maybe dio tak faham selegho Ibu laei.

Aiksss.. tetibo lak tukar slang.

Takpe, esok lusa tulat.. insya'Allah ada peluang lagi. Esok nak makan apa pulak ya???

Rendang ayam + hati ayam
Rendang kerang + kacang panjang
Cukuplah untuk kenyang sampai ke petang.. bliss..

Best in the world ~ versi Ibu pulak..

My happy thought..
Apa lagi kalau bukan balik kampung and pi pasar tani. Seronok bukan kepalang. Sampaikan gambar batang keladi pun nak snap jugak. Katalah Ibu jakun ke apa-apa pun. As long as Ibu tak kacau orang.. biarlah Ibu gembira with my own world.

Seronok bila dapat tengok and pegang segala sayur-sayuran, ulam-ulaman dan macam-macam lagi. Rasa semua nak beli. Semua nak masak. Tapi cukuplah kalau beli sekadar yang dalam list sahaja dulu. Insya'Allah, ada rezeki.. sampailah hajat Ibu nanti. 

Alhamdulillah semua yang disenarai dalam list ada "jumpa" di pasar tani Kuala Pilah ni. Dari hat menapau untuk sarapan pagi sehinggalah yang hendak di masak untuk lunch pulak.

Memang seribu rahmat jika dapat terus begini. Tambah bagi kami yang sememangnya tekak dan perut Melayu asli ini.

Subhanallah.. rezeki dan nikmat mana lagi yang hendak dipertikaikan.


Dalam senyuman ini juga Ibu menadah tangah berdoa akan keberkatan dari-Mu Ya Allah. Semoga majlis kami ini Kau berkati dan rahmati. Serta segala doa dan hajat kami Kau perkenankan. Serta semoga sampai juga hari yang kami nantikan itu kelak.. insya'Allah..

Alhamdulillah.. selesai sudah majlis..

Monday, June 24, 2013

Ketika hati berduka..

Dalam senyum ada tangis..
Dalam suka ada duka..
Dalam gembira ada hampa..
Semoga Sang Teman gembira dengan dunianya di sana..


Friday, June 21, 2013

Salam Jumaat.. Selamat Hari Lahir Haazem..

Assalamualaikum all,
Salam Jumaat, penghulu segala hari..


Dan pada hari yang sama ini jugak..
Ibu mendoakan agar Haazem sentiasa diberkati oleh-Nya, panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat.. serta diperkenan segala doa & hajat.
Last but not least.. jadilah anak yang soleh ya..
Ibu sayangggggg Haazem.

Kalau selalu rajin macam ni kan bagusss..

Thursday, June 20, 2013

Best in the world..

Alhamdulillah..
Lega sudah..

Dapat jugak "nasik" walaupun setakat lauk campak-campak. Tapi "cili" belum jumpa jugak lagi ni. Sementara tu, kita layan dulu sotong goreng kunyit and sambal bilis kering. Sup sayur pulak untuk anak-anak. Settle sudah...



Selesai dinner kami pi pulak beriadah. Si Adik ajak pi jalan-jalan ke Kompleks Sukan Paroi Jaya. Satu jam.. rasa dah berkilo peluh bebudak ni keluar. Lencun!!

Bila dah balik baru semua komplen sana sakit sini melecet.. tapi masih jugak kata.. "Pak Ngah.. esok malam kita datang sini lagi ya".
 
Macam Arif kata laa..
"best in the world"

We're still in Zombieland..

Sejak cecah kaki kat Tanah Malaya, cuma sekali Ibu sempat masuk dapur.. itu pun masak meggi untuk Amsyar jam 4.00 pagi.

And sejak balik jugak belum sempat lagi Ibu layan belacan, budu and cencalok as well as makanan "bercili" macam yang selalu. Memang la skala perut dah berkurang sikit tapi buat apa kalau less satisfaction.

Ni semua gara-gara anak-anak gigih tunjuk senarai makan masing-masing. Dia orang syok la makan itu and makan ini tapi kita ni.. nak nasik jugak laa.


Macam semalam, layan bebudak ni naik keretapi.. aduhai.. suka kepalang dia orang. Kecoh bertanya macam-macam. Actually, naik keretapi pun masuk dalam senarai wajib buat. Kat sana mana nak merasa.. tak merasa sebab tak ada kemudahan keretapi.

Dah jadi macam tu, balik dah penat, nak masak dah malas.. memang malasssss sesangat. At last adik rekomen pi dinner kat Penang Street. Takda la sampai ke P.P kami mencari.. kat Dataran Senawang saja.


Janji nak makan nasik berlauk tapi at last cancel. Masing-masing dengan favorite masing-masing. Ibu pun try mi kari semangkuk (miss lagi makan nasi). At last suboh perut berdendang lagu yang biasa didengar.. tapi mana nak cari nasi?? Lain la kalau rumah sendiri..

Akibatnya.. pagi ni kejut anak-anak bangun sarapan. Hajat di hati nak mencari nasik lemak. Tapi malang seribu kali malang.. lauk pauk pulak semua dah habis. Manakan tidaknya, jam 11.00 pagi.. orang dah mula bersiap untuk lunch pulak.

At last.. layan roti canai. Ibu pulak kena mencari yang "extra manis". Tangan dah gigil sebab kurang gula. Aduhaiii..

Roti telur 2 biji - double
Roti planta gula
Khalasss!!

Wednesday, June 19, 2013

KUWAIT ~ Perogol kanak-kanak digantung hingga mati..

Assalamualaikum all,

Masa Ibu mula-mula sampai di Kuwait dulu, kes ni kira memang tengah "panas" la kiranya. Mana-mana pun kecoh la orang bercerita. Walaupun tak diketahui hukuman yang bakal diterima, tapi ramai yang meramalkan "death" will be the end solution.

Emir di negara kami menumpang hidup ni memang cukup baik hati. Banyak sudah status pengampunan yang diberikan kepada para pesalah. Bukan itu sahaja, Emir jugak pernah tempah satu flight khas untuk para banduan dengan diiringi Pak Polisi untuk mengerjakan HAJI. Just bayangkan.. satu kapalterbang KHAS hanya untuk para banduan. Subhanallah..

So, dalam "tempoh penangguhan" tersebut.. ramai la yang tertanya-tanya.. Emir dah bagi pengampunan ke? Bila nak gantung ni? Apa jadi dengan kes ni?

Then, Ahad lepas.. selepas banyak tahun hukuman tertangguh, akhirnya perogol kanak-kanak yang sangat dikehendaki ini menerima hukuman yang dijatuhkan.. apa lagi bukan GANTUNG HINGGA MATI. Cuma yang mengerikan, selain mendapat liputan meluas dari pihak akhbar.. ia juga dipaparkan di televisyen.

Kalau Malaysia.. ada berani ke??



Sekadar renungan..

Assalamualaikum all,
Ramadhan semakin menghampiri.
Syaaban pulak semakin meninggalkan kita.
Sebaiknya diperbanyakkan melakukan amal ibadat, semoga Allah menerima segala amalan kita kelak.
Insya'Allah..


Tuesday, June 18, 2013

Tiada rahsia antara kita..

Memang yang "dua" ni dah sejak mula kami kenal Secret Recipe.. memang ini sahajalah yang Ibu and Amsyar makan. Kalau dicuba pun yang hat lain.. selang seminggu dua sure akan mencarik yang ini jugak.

And since kat dalam SR ada free Wifi.. maka dengan tanpa segan silu kami minta "password" and tanpa melihat menu.. terus sahaja ini jugak yang kami pinta.

As for SIL, terpulang pada dia anak-beranaklah.

Memang kami jenis family yang enjoy makan. Tambah macam kami yang dah siap dengan wishlist ni.. tidak langsung buang masa dengan benda remeh-temeh. Bulan ramadhan dah semakin hampir. So maknanya.. peluang  kami makan-makan di luar jugak semakin suntuk.

Biasanya bulan ramadhan kami hanya masak di rumah.. jarang ke bazaar atau makan-makan di luar sebab Omak and Ayah tidak mahu terlepas peluang berjemaah terawih di masjid berdekatan dengan rumah di kampung.

And hari ini, alhamdulillah.. lagi sekali nasib menyebelahi kami. Dua jenis yang diminta seperti di bawah.. keduanya secukup rasa. Senyum simpul anak-anak sebab sampai hajat di hati sambil perut juga yang dah perut penuh diisi.



Suka~suki..

 
Summer homework (from Ibu) untuk Amsyar, Haazem and Arif..
Balik ni sure banyak perkataan baru yang dia orang akan dengar..

Monday, June 17, 2013

Menunai hajat makan-makan..

Alhamdulillah..

Selamat sudah kami ke Tanah Malaya. Walaupun naik SriLankan (kali pertama ni), alhamdulillah.. jauh lebih baik dan selesa dari Kuwait Airways. Cuma advantage kalau naik Kuwait Airways ni.. 40kg muatan and direct flight. Tapi pada kami, 30kg pun dah memadai. Even tak cecah sampai max pun tu ari.


Sesampai di kampung.. anak-anak dah mula bukak senarai masing-masing. Kebetulan la pulak benda yang dimintak bukan kategori "pelik bin impossible". Setakat char kue tiaw.. insya'Allah.. sana-sini banyak sahaja yang berjual. Yang membezakan cuma sedap.. kurang sedap atau tak sedap langsung.

Rezeki untuk Amsyar, lokasi pertama plan terjah nyer menjadi. Sampai bertambah 3 piring. Yang si tukang masak pun sampai macam tak percaya. Budak sebesar ni makan semacam tu punya banyak.

Esok lusa tulat.. masing-masing dah standby dengan plan masing-masing. Harap-harap semua dimakbulkan oleh-Nya. Insya'Allah..

Saturday, June 15, 2013

Ma'assalama ya Kuwait..

Selamat tinggal Kuwait.. 
 
 
We're going back.. 
 
 
 

Hati ku tertinggal di sini..

Puas dah pangkah kalendar.. at last "hari" yang ditunggu sampai jugak. Insya'Allah, jika sampai rezeki.. kami akan pulang ke Tanah Malaya hari ini. 50-50.. macam-macam dalam hati.

Sementara tu, tak sah kalau tak membekalkan Cik Asben dengan apa-apa yang patut. Ada kawan dok nyakat.. kununnya Ibu takut Cik Asben nanti jadi "kecut".

Ada yang dah siap frozen and ada jugak yang masih dalam pembikinan. Sementara tu, pagi ni Ibu sempat siapkan 3 menu ni. Berapa lama stok boleh bertahan, terpulanglah pada yang menerima.




Rendang ayam tu belum kering sepenuhnya. Tapi Cik Asben pesan.. dia nak hat yang berkuah sikit. Ikutkan sajalah kan kan.

Cuma yang hat last sekali tu, asalnya dari KFC fries yang anak-anak beli semalam. Dari membazir, Ibu modify jadi bergedil ayam. Bolehlah jadi jajan untuk Cik Asben setakat 2-3 hari.

Doa keluar dan masuk rumah


Doa keluar dan masuk rumah..

P/s;
Doakan yang baik-baik untuk kami ya..

Friday, June 14, 2013

Thursday, June 13, 2013

Doa-doa harian untuk anak-anak.. untuk kita juga..

Godek-godek file Arif.. jumpa macam-macam.
Ringkas tapi mungkin ada jugak yang tak tahu.
So, Ibu share kat sini.. mana-mana yang kurang.. kita tambah.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...