Beautiful Friends

Thursday, March 5, 2015

Solat Jamak dan Qasar serta safari masjid..

Assalamualaikum all,

Kerja syaiton..
Sentiasa cuba menyesatkan anak cucu cicit Nabi Adam a.s. Walaupun berapa banyak kali kita semak.. kita check semula.. kita rujuk.. kalau sampai satu ketika kita 'black-out'.. well.. sila sambung ayat dalam hati.

Ibu ada masa macam tu jugak..

Walaupun dalam keadaan yang lain..  insya'Allah.. rasa yakin.. tapi bila sampai 'masa' tu.. rasa was-was jugak. And time tu mulalah kelam-kabut nak cari sumber rujuk.

In this case.. solat jamak and qasar.
Di sini Ibu kongsikan sedikit ilmu dari adik Ikhwan. Senang rujuk dengan dia ni. Ayat simple.. sederhana.. okey la untuk orang yang jenis macam Ibu ni.



At the same time.. Ibu nak share jugak pengalaman kami semasa di Turki. Musim sejuk. Asyik rasa nak terkucil.

Tapi..
Nak ambik wudhu, memang tak ada disediakan kemudahan untuk mengambil wudhu yang khas.. tempat solat perempuan semua di tingkat dua.. etc.




Pemandangan di musolla Restoran Sakli Vadi.

Jika ketika di Bursa, kami cuma sempat solat di Masjid I. Murad dan di musolla Restoran Sakli Vadi.. di Istanbul pulak.. kami lebih selesa solat di masjid-masjid yang banyak terdapat di sepanjang kawasan Sultanahmed.

Penjaga masjid..

Kawasan solat lelaki..

Kawasan solat perempuan..

Sedikit tentang Akbiyik Mosque..

Istanbul - day 1.
Selesai dari naik cruise.. terus cari masjid untuk solat zohor. As expected.. memang tempat mengambil wudhu orang perempuan memang tak ada. Mujur penjaga masjid sudi nak kongsi bilik setor menyimpan barang di masjid ni. Alhamdulillah.. ada la sinki kecik. Itu pun dah lebih dari syukur. Semoga Allah balas budi baik saudara kita ini. Ameennn..

Skodeng jemah lelaki solat di bahagian bawah..

Skodeng Pak Imam Pulak..
(sanggup selak langsir)

Pintu masuk ke masjid.. tapi tak jumpa pulak nama masjid ni..

Istanbul - day 1
Dah hampir masuk waktu maghrib.
And alhamdulillah kami jumpa masjid ni.. dalam ribut salji.. semua dah lencun. Again.. cuma ada tempat mengambil wudhu untuk lelaki. Yang perempuan.. sama ada masing-masing masih menjaga wudhu ataupun pergilah ke fast-food restaurant yang berdekatan untuk menumpang menyampaikan hajat.

Semasa di masjid ni sempat jugak kami jumpa dengan pasangan pelajar Malaysia yang belajar di sini. Cuma sempat hi-hi.. bye-bye.

Keadaan cuaca yang masih ribut salji membataskan segala pergerakan.. nak sembang pun.. susah. Nak menembak.. sekali la tu..


Istanbul day 2
Alhamdulillah.. sampai jugak hajat nak solat di Masjid Biru.


Sedikit maklumat tentang masjid Kaliceci-Hasanaga

Istanbul - day 3
Jumpa pulak masjid ni. Tengah-tengah pekan. Dekat dengan restoran Mc Donald saja. Alhamdulillah. Again.. cuma ada tandas lelaki.. dan berbayar.

Satu hal yang Ibu perhatikan..
Hampir setiap masjid menyediakan kemudahan 'plastik' untuk para jemaah menyimpan kasut/sandal. Selain dari itu.. rak menyimpan kasut.. as usual memang ada la kan. Mungkin jugak.. kemudahan ini hanya disediakan pada musim sejuk seperti sekarang.. untuk mengelakkan kasut basah disimpan di rak kasut. Anyway.. it was very handy.

Tapi seikhlasnya.. pada yang sakit lutut.. sakit kaki atau ada masalah dengan 'mendaki'.. sedikit nasihat dari Ibu.. masjid-masjid di sini kebanyakannya di tingkat dua (untuk yang perempuan la). Tangga pulak jenis tangga lilit.. and hanya sesuai untuk sorang naik.. then lepas tu sorang lagi turun.. sempit babe. Anyway.. itu bukan penghalang.. doa banyak-banyak.. semoga Allah lindung and permudahkan segala urusan kita.. insya'Allah.

Tapi kan.. walau macam mana serik.. sempitnya tangga-tangga untuk ke tempat solat wanita.. setiap kali masuk waktu.. tak pernah kosong.. tak pernah lengang. And bagi sesiapa yang biasa lihat 'wanita Turki bersaiz XXL' (tiada langsung niat untuk menghina) di Madinah atau Mekkah.. mereka ini jugaklah yang ramai memenuhi masjid-masjid di sini. Anddddd.. pergerakan mereka jugak.. masya'Allah. Ada masa.. Ibu pun segan dengan dia orang ni.

Ibu banyak kali sesampai di tingkat dua.. rasa macam dah tak cukup nafas. Tapi dia orang ni.. steady jer..

And setakat itu sahaja yang Ibu dapat kongsikan untuk entri kali ni. Cerita trip ke Turki masih ada berbaki sikit lagi. Insya'Allah.. lega-lega sikit nanti kita sambung semula.

Until later friends.. ilal liqa'..

11 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian :)

    salam kenal & jemput ke blog nana

    ReplyDelete
  2. Yang ini pun ramai antara kita selalu keliru, saya jugak...duk sampai seminggu boleh bantai solat jamak dan qasar lagi..tq3x.

    ReplyDelete
  3. Salam... alhamdullilah dapat solat di banyak masjid... kebanyakkan dari masjid tu adalah masjid para pejuang tu...

    untuk travellar... solat qasar dan jamak lebih Allah suka dari solat biasa... tu yang saya paham... selalu saya jamakkan... jarang saya qasarkan sebab sempat masa

    ReplyDelete
  4. Sama-sama Nana.. serta salam kenal jugak.
    Insya'Allah.. akan segera membalas ziarah

    ReplyDelete
  5. K.Sham pun slalu jugak keliru Nasa.
    Tp insya'Allah dgn sifir mudah dr adik Ikhwan ni.. mudah-mudahan kita dah tak keliru lagi.

    ReplyDelete
  6. Alaikumussalam Najib.
    T.kasih sudi singgah lagi.
    Ya betul. Utk seorang pengembara.. memang Allah beri kelebihan utk kita jamak atau qasar solat.
    Islam itu mudah tapi jgn dipermudahkan.

    P/s;
    Kami kalau balik raya pun.. selalu guna sifir ni.

    ReplyDelete
  7. betul.. kami selalu travel memang guna sifir ini.. alhamduLILLAH., :)

    ReplyDelete
  8. Ha, syukur K. Sham share...sebab saya selalu tak kira waktu perjalanan tu....

    ReplyDelete
  9. melancong ke negara islam lebih mudah nak tunaikan solat, kalau negara yang islam minoriti..alahai

    ReplyDelete
  10. Irfa,
    Tak silap K.Sham.. hari ni dah banyak tour company yang offer pakej muslim/non muslim.
    Satu kelebihan utk pakej muslim, selain dari makanan yang disediakan/dicadangkan semuanya halal.. kemudahan utk solat di masjid-masjid tertentu jugak awal-awal lagi dah diambil kira.

    Otherwise.. kita boleh je gugel utk cari masjid or musolla yang berdekatan dengan kawasan lawatan.

    Worst scenario.. bawak kompas.. hampar sejadah je la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...