Beautiful Friends

Wednesday, March 18, 2015

Duhai DIRI.. kisah di hari Rabu..

Copy paste from somewhere..
Pilih la mana-mana yang berkenan di hati..

Bukan dari keturunan hulubahang.. pahlawan ke apa-apa.. tapi memang dah jenis Ibu memang tak pandai nak bermadah-madah.. cakap berbunga-bunga. Dengan anak-anak pun.. macam tu jugak. Sampaikan ada yang kata.. 'Ibu ni macam Kak Ros la'. Kak Ros yang mana.. rasanya semua dah sedia maklum.

Samalah jugak bila bercakap dengan kawan-kawan. Jenis tak pandai dah berbunga-bunga.. very the 'kejung'.. semua direct to the point.

Maybe dengan sebab tu jugak.. ayat-ayat dalam blog ni selalunya very direct.. very firm. Kut ada orang kata sebaiknya seperti.. 'menarik rambut dalam tepung.. rambut tak putus.. tepung tak berselerak'. Tapi NO CAN DO.

Memang tak pandai la..

So kalau ada yang 'terasa' bila membaca ayat-ayat dalam mana-mana entri pun.. itu hanya cara Ibu menegur adik-adik.. menegur anak-anak.. menegur kawan-kawan atau sesiapa sahaja..

Niat Ibu ikhlas lillahi'taala.

Kita ni hanya manusia biasa.. and sebagai manusia.. tak ada seorang manusia yang sempurna pun. Bila dah tak sempurna.. ada masa.. banyak masa.. ada la yang rompang sana.. sumbeng sini.

Dah jadi macam tu.. kena la ada yang kena bagi peringat.

Tapi seikhlasnya.. sebelum nak menegur orang lain.. kena la tegur diri sendiri dulu jugak.

Abis dah membebel..

Semoga kita semua sentiasa be steadfast in iman.

Selamat berhari Rabu.

Btw, sedikit kisah di sebalik hari Rabu.

Rasullullah s.a.w menerangkan bahawa hari Rabu adalah hari yang banyaknya terjadi nahas kerana pada hari itulah Allah s..w.t menenggelamkan Fir’aun dan kaumnya, memusnahkan kaum ‘Aad dan Tsamud dan kaum Saleh.


Assalamualaikum..

1 comment:

  1. saling tegur menegur itu perlu krn manusia ada yg khilaf , adakalanya alpa ... demi kebaikan .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...