Assalamualaikum all..
Day two..
Rancangan.. pi ziarah Grand Bazaar pulak hari ni. Tengok-tengok apa yang boleh jumpa kat dalam tu. Sekali tuuuu..
Mula sekali pintu masuk la kan.
Kata Tok Wi, Grand Bazaar ni merupakan salah satu pasar yang tertua dan terbesar di dunia. Dengan 61 jalan dan lebih dari 3,000 buah kedai di dalamnya. Banyak tu babe.. seminggu pun tak habis khatam.
Nota ;
Tapi ikut info kat pintu masuk tu.. Grand Bazaar ni
- ada 21 pintu
- 2 tempat pertanyaan
- 17 kedai makan
- 66 jalan
- 4,000 kedai
- 30,000 orang pekerja
Bujang sulong dah juling mata tengok chess-set. Tapi kita as orang Islam.. tak elok la simpan 'benda-benda' macam dalam gambar tu kan. So 'hajat hati' tak la kesampaian.. hurmmmm..
Ibu pulak suka tengok benda-benda macam ni.. tengok jer..
Deko plate.. vase.. and segala yang sewaktu dengannya.. time ni.. ada la orang tuuuuu.. dah mula keluar senarai.. takut tertinggal.. terlebih beli. Actually kat Kuwait ni ada jugak Iran Souk yang jual segala jenis barang dari Turki. Tapi biasa la kan.. harga di sini lebih murah as well as pilihan yang lebih banyak.
Segala yang berjuntai.. segala yang tergantung.. lampu tidur pun ada jugak. Tapi tak beli pun. Leceh la nak bawak balik. Lagi pun.. tak masuk list pun..
Ni cuma 'seciput' dari contoh souvenirs yang dijual di sini. Macam-macam ada babe.
Yang minat selendang.. no worries..
Mujur jugak la cuaca sejuk.. so 3 hero Ibu ni kira okey jugak la melayan kerenah Ibu dia orang. Actually Ibu banyak masa cuma setakat ambik gambar and tengok barang je. Nak membeli.. ntah la..
Kut rasa dahaga or nak duduk-duduk.. boleh je singgah kejap kat restoran ni. Tapi setakat serving tea and hot-coco je la. Yang lain-lain pun ada jugak. Tapi.. ntah la.. Turkish tea and hot-coco je yang paling laku kat restoran ni.
Yang minat nak beli segala suku-sakat handbeg.. barang-barang kulit.. woot wootttt!!! You've come to the right place babe. Cuma unlike di Pakistan yang terkenal dengan segala barang kulit dari kulit lembu.. Turki pulak terkenal dengan barang-barang kulit dari kulit kambing. Terjebak.. errrr..
Kan dari entri sebelum ni Ibu cerita pasal Instanbul hujan and then diramalkan salji pulak kan.. memang betul la tu. So.. hari kedua ni memang tak dapat nak kemana-mana. Setakat dok dalam Grand Bazaar tu je la.
And setakat ni dulu la cerita Ibu.
Nanti-nanti.. lepas selesai ngarang ayat.. kita sambung lagi..
Until later friends..
21 pintu Sham..besar betul tu..kot tak mau sesat kalau acik ni
ReplyDeletememang grand...boleh rambang mata dibuatnya.
ReplyDeleteAcik,
ReplyDeleteKita orang pun banyak kali jugak sesat. Tapi tu la.. kena rajin bertanya.. insya'Allah.. ramai je yang sudi tunjuk bagi arah..
Dik Salbiah,
Tengok pada minat masing-masing la kan. Pada yang dah 'niat' nak shopping tu.. Grand Bazaar is a place must visit.
Agaknya kalau saya sampai tempat camnie, tak bergerak nak tilik kiri kanan atas bawah semua berkenan...kalau nak khatam sebulan tak habis...hehehe
ReplyDeleteNasa,
ReplyDeleteKami cuma ada few hours je dlm Grand Bazaar time tu.
Satu lorong pun tak abis khatam.