Beautiful Friends

Wednesday, March 11, 2015

Hagia Sophia.. a church.. a mosque and later a museum

Assalamualaikum all,

Ada dua slot lagi cerita pasal Turki ni. So ingat Ibu nak share cerita pasal our visit ke Istana Hagia Sophia dulu la.

Hagia Sophia..
Sebuah bangunan yang asalnya sebuah gereja.. kemudian menjadi sebuah masjid then ditukar fungsi as museum.

Pada yang minat tengok 'batu-bata'.. well Turkey is a country full of history, culture, amazing places over more than 800 years. So.. nak tahu lebih lanjut pasal Istana Hagia Sophia.. sila la baca cerita dari Tok Wi ni.

Atau jugak boleh baca di
sini
sini 
sini 
** actually.. banyak jer yang boleh jumpa kalau rajin meng-gugel and ada masa..

Kalau ada yang merancang nak melawat ke sini.. eloknya dapatkan maklumat dari sini.


Pemandangan dari pintu masuk.

Hagia Sophia ni sebenarnya seni binanya banyak mempengaruhi senibina Masjid Biru. So, kalau jenis yang suka layan bab-bab senibina or sejarah.. well you have come to the right place. But to those yang jenis cepat bosan melayan benda-benda macam ni.. well get ready to shamble. 2-3 jam pun rasanya tak cukup masa nak layan mata.

Well in my case.. mujur anak-anak tak banyak huk hek hari tu. Mungkin sebab masih bertenaga lepas solat zohor.. baru pulak lunch. And tho' Hagia Sophia ni cuma ada 2 tingkat tapi bangunan ni memang besar. Tak banyak sangat yang boleh dibelek sebab most of the area still going on construction. Tapi atas sebab-sebab kewangan.. tu la yang banyak kerja-kerja membaikpulih jadi tertangguh.

Well.. pada yang suka 'menembak'.. macam-macam benda boleh jadi subjek. Tiang istana pun nampak cantik. Sebab dibuat dari marmar. Bila pegang sejukkkkk.. jer..

Ini sebenarnya sebuah makam.. tapi tak tau la siapa punya..







Pemandangan dari tingkat dua.


Kalau perhati kat atas syiling belah kiri.. kita boleh nampak ada lukisan ala-ala bidadari.. well.. itu semua kesan dari pengaruh Kristian. Kan dulu building ni gereja.


One thing yang Ibu perasan.. kerap betul jumpa ngan Cik Buluss ni. Mana-mana pi.. ada je jumpa Cik Buluss. Dah tu.. jinak-jinak and bersih pulak tu.


Cerita pasal bilik perpustakaan Sultan Mahmud ni pulak.. dah tak ada apa-apa pun kat sini sebenarnya. Cuma satu kawasan lapang yang dah kena pagar sekeliling. Memula Ibu sampai tu.. kawasan ni lengang je.. bila kita start je nak menembak.. tetiba ramai la pulak yang posing kat depan pagar tu. Dah jadi macam tu.. takkan nak ambik gambar bon*** orang pulak kan kan..


Ni pulak kisahnya..
Nampak tak bekas-bekas kaca kat keliling chandelier tu.. dulu asalnya tempat letak lilin. Dah asal pun gereja kan. Cuma sekarang ni.. bekas kaca tu takda la boh lilin.. but instead dia orang ganti dengan mentol.

Chandelier macam ni pun boleh kita tengok kat dalam Masjid Biru. Tapi beza kat Masjid Biru.. dia orang pasang gak mentol tu.. so kita boleh tengok sendiri keadaan chandelier tu bila mentol tu nyala.

Kat dalam Hagia Sophia.. setakat hiasan je la.

Kedai souvenirs.. memang ada kat tingkat bawah bangunan. Nak jugak ambik gambar mula tu. Tapi mungkin disebabkan kat luar tengah ribut salji.. so tetiba la pulak kedai tu jadi tumpuan. And since banyak sangat pergerakan.. tak jadi la nak menembak.

Anyway.. barang-barang yang ada dijual kat situ pun.. mostly are books and souvenirs but more on Christianity..



Deco plate.. books.. magazine.. any sorts of souvenirs yang bercirikan unsur-unsur di atas memang banyak la dijual kat kedai tu. FM.. sebijik pun tak jumpa.

Then sementara nak menunggu ribut reda.. kita orang lepak kat cafe luar muzeum ni. Kecik je cafe tu.. tapi okey la setakat nak minum hot coco time sejuk-sejuk tu. Sebelah cafe tu.. ada jugak kedai souvenirs. Again.. benda yang sama jugak la.

Dah sejuk-sejuk tu.. minum pulak macam-macam.. sure ada yang nak 'membuang' kan.. well.. toilet ada kat belakang cafe ni. Unfortunately.. kemudahan di situ tak diselenggara dengan baik. Dengan tisu jatuh ke lantai.. bau hancing.. tak gamak la nak melepas hajat kat situ.. so kami 'tahankan' sampai selesai solat maghrib.

And that was the ending of my story masa kat Istana Hagia Sophia. Lepas tu kami gerak pi solat maghrib at one of the masjid nearby.. then balik bilik.. sambung dengan dinner.. then zzzzzzzz..

Okey.. nanti-nanti.. ada rezeki kita cerita lagi.

Ilal liqa friends..

4 comments:

  1. tak sedap benor mata nak memandang bila dlm satu bangunan tu ada ciri Islam dan Kristian ...

    ReplyDelete
  2. JM tertarik dengan OOTD ibu sham tu

    ReplyDelete
  3. Vee,
    Itulah kesan yang kita dapat lihat dari penjajahan dua kerajaan.. dua agama yang berlainan..

    ReplyDelete
  4. T.kasih JM.
    - musim panas.. simpan masuk kotak semula la semua stok tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...