Beautiful Friends

Sunday, March 22, 2015

Anak malas salah siapa??

Assalamualaikum all,

Di sini tengah demam final exam.. term akhir. April dah bukak term baru untuk tahun 2015.

FYI (kita lencong sikit)..
Kalau di Malaysia.. tahun baru persekolahan bermakna Januari.
Tapi di sini - April.

Di sini caranya.. tak pass exam.. tak boleh naik kelas. Pi la merayu ke Kementerian Pendidikan pun tapi as simple as.. tak lulus tak naik kelas. Tapi mungkin jugak hanya untuk sekolah-sekolah 'yang sewaktu' dengan anak-anak kami. Sekolah yang lain.. mungkin lain pulak caranya.

Kisah Ibu.
Sementara menemankan Arif buat revision.
Sementara layan dia break 10 minutes setiap kali selesai satu chapter.. Ibu pun layan la jugak baca apa yang patut..

Meh Ibu share (copy paste) kat sini..


Dr Shukri Abdullah

Tapi ... Anak Saya Malas !
Saya boleh buat apa !

Dalam kedua-dua tempat saya berceramah anjuran Majlis Guru Besar Kedah (Daerah Pendang dan Yan) pada Jumaat 27 dan Sabtu 28hb Feb lalu kepada ibu bapa (yang anak akan menduduki UPSR tahun ini) soalan yang sama timbul bermaksud : "Apa saya boleh buat anak saya malas". Ibu yang bertanya soalan itu SALAHkan anak.

Memang geram dalam hati. Tetapi sebagai penceramah kena pendam geram tersebut, Kenapa geram?

Dari awal-awal lagi saya tekankan ibu bapa kena salahkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum salahkan anak. Sebagai contoh :

Tika anak Tahun 1 ... dibiarkan tonton TV memanjang.
Tika anak Tahun 2 ... tak habis-habis main, buku langsung tak pegang.
Tika anak Tahun 3 ... semakin melangut kat TV sampai jauh malam.
Tika anak Tahun 4 ... langsung tak check pelajaran.
Tika anak Tahun 5 ... naik basikal merata kampung, balik penat, tonton TV.
Tika anak Tahun 6 ... buang masa dengan telefon pula.

Apa kita nak harapkan anak begitu jadi rajin hanya dengan :
SURUH
MARAH
BERLETER
Malah ROTAN ...

Pasti semuanya itu tak berkesan.
Jadi kalau anak itu kini malas, bukan salah anak.
Bukan salah kawan anak.
Bukan salah TV.
Bukan salah telefon.
SALAH MAK AYAH yang membiarkan anak buang masa.
Salah mak ayah yang biar anak melangut kat TV.

Dan kini lagi salah mak-ayah kerana awal-awal lagi dah manjakan dengan smartphone !!

Zhou Hong, seorang bapa benua China yang berjaya membesarkan anaknya yang pekak dan bisu sampai buat PhD di USA berkata jika petani menanam apa pun jenis tanaman dan tanaman itu tidak menjadi, dia tidak boleh salahkan tanaman. Dia kena salah diri sendiri yang tidak memahami keperluan tanaman atau keadaann tanah dan cuaca dan sebagainya.

Sebenarnya :
Anak malas, maka kita mak-ayah kena salahkan diri sendiri terlebih dahulu.
Anak TIDAK dilahirkan malas atau rajin.
Ibu bapalah yang menjadikan anak malas atau rajin.

Rasululllah s.a.w pernah mengingatkan kita "setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka ibu bapanyalah yang mencorakkkan anak itu sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Short message tapi sangat deep.. sangat-sangat deeeppppp..

You get my point??

8 comments:

  1. Yes! Terima kasih utk perkongsian ini. Teringat akan kata-kata prof muhaya....nak nengok sapa ibu bapanya..lihat anak-anaknya. Logiknya anak-anak didik dari ibu bapanya....

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju, kita yang take advantage, nak senang kerja supaya anak tak ganggu kita, kita biarkan anak macam tu.

    Sangat mendalam perkongsian ini walaupun ringkas.

    ReplyDelete
  3. Sangat bersetuju, gajet digunakan oleh mak ayah untuk melekakan anak-anak supaya tak ganggu kerja mereka.

    Sangat mendalam perkongsian ini walaupun ringkas.

    ReplyDelete
  4. Betul kan sham..acik kalau anak ada buat salah..selalu be rdoa moga diampun kan dosa acik..acik la yang salah sebab tak pandai nak didik anak..

    ReplyDelete
  5. Acik Erna,
    Mcm yg org tuo dolu-dolu selalu cakap.. nak tau mcm mano peil mak ayah eh.. tengok jo peil anak-anak eh..

    ReplyDelete
  6. Mardiana & Myliferia,
    Semoga bermenafaat pada yang memerlukan..

    ReplyDelete
  7. Dan yes, nak berjaya bukan mudah. Tak kira kaya miskin, senang susah, nak maju kena perah segala yang kita ada. Melangut bukannya memerah. Kita semua dah rasa, jadi kenapa nak manjakan anak x beragak. Saya geram tengok relative yg bangga anak kecik mereka pandai operate smartfon tp dlm masa yg sama perli org lain yg anaknya komited utk berjaya. Alamak kak, lopeh goram plak no ha...hehehe

    ReplyDelete
  8. Aziela,
    Takdo hal.. lopeh an la goram tu. Mudah-mudahan logo sikit yang kek dalam ati tu.
    Akak pun ado gak relative yg mcm kes Aziela tu.

    Berlapang dado lah.
    Masuk kanan kluar kiri.
    Jago family kito.. sudah la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...