Membebel..
Sapa pulak la yang suka membebel..
Sapa pulak yang suka kalau kena bebel..
Tapi yang pasti.. kalau Ibu dah membebel sure keluar spekang N9. Penat membebel pun.. tapi ada masa kena membebel jugak. Kasi relieve jiwa yang tengah kacau.
Anak-anak tengah short break lepas final exam. Dah semua ada kat rumah.. harap maklum jer la. Kemas sana.. sini terbarai.. kemas sini.. sana pulak terbarai.
Itu belom lagi kisah kaki tangan semua naik.. 3 hero semua enroll karate.. kejap-kejap ada yang nangis.. kejap-kejap ada yang mengadu.. jiwa halus babe.
So..
Hari ni Ibu nak share sikit info.. MENDENGAR.. sebab mendengar ni ubat pada MEMBEBEL.
** Tapi yang sebetulnya pagi semalam sembang ngan Cik Yong jiran kat Tanah Seberang tu.. pasal membebel ni la. Tu yang idea mari tu..
** Tapi yang sebetulnya pagi semalam sembang ngan Cik Yong jiran kat Tanah Seberang tu.. pasal membebel ni la. Tu yang idea mari tu..
Dr. Rozanizam
Zakaria.
Pendengar Terbaik di
Dunia
Pernah tak kita
dengar anak kita merengek itu ini.. bla.. bla.. kita jawab 'ye..ye.. ada
apa?...ha..ye', dalam erti kata lain kita nak bagitahu 'ye apa-apa jer la..'. Pernah
terfikir apa yang terlintas dalam fikiran anak kita?
Mendengar perlukan
lebih dari sekadar sepasang telinga
Suami kena jadi
pendengar yang baik, baru isteri senang hati
Doktor kena jadi
pendengar yang baik, baru dapat faham pesakit
Guru kena jadi pendengar
yang baik, baru anak murid patuh
Ibu bapa kena jadi
pendengar yang baik, baru anak dengar kata
Murabbi kena jadi
pendengar yang baik, baru anak buah lekat dan dekat..
Dah kalau asyik
mendengar, bila nak cakap?
Mendengar dengan baik
sebenarnya lebih berbisa dari bercakap ribuan perkataan.
Bagaimana nak jadi
pendengar yang baik?
Sebagai permulaan,
praktis mendengar untuk mendengar (listening and not hearing). Bila mendengar
seseorang, berhenti bercakap, hentikan monolog dalam kepala kita, hentikan dari
mengagak apa yang orang itu akan cakap 'next', berhenti dari merancang nak
cakap jawap apa lepas ni.
Adakalanya nak ini
terjadi kena hentikan ransangan luar
- tutup tv, tutup
pintu, off mobile phone.
Jangan hanya
mendengar, tapi memerhati, memahami, merasai emosi.
'Mendengar' dengan
mata, telinga, hati, tangan..
Bila kita 'mendengar'
dengan baik, orang yang bercakap dengan kita rasa dihormati dan dihargai, even
sebelum kita menjawab. Kerana dalam banyak keadaan, mereka tak nak jawapan kita
pun. Tak percaya tanya isteri anda.
Lepas ni, bila anak
merengek, cakap itu ini. Berhenti sebentar dari apa yang kita buat, duduk satu
level dengan dia, pandang wajahnya, 'dengar' apa yang dia kata.
Selepas itu pegang
bahunya dan cakap, 'oh, kakak marah ye, tadi adik ambil barang kakak? babah
nampak kakak sedih bila adik buat macam tu..betul?'
Cuba lihat perbezaan
respon anak anda berbanding bila jawab 'ye..ye..'
Praktis pada suami,
isteri, anak murid, pekerja dan sebagainya.
Bila anda mendengar
dengan baik selama 3 minit, anda akan jimatkan masa berleter 10 minit.
Cuba try
test tengok.
nice tips kak, moga saya boleh bersabar untuk menahan diri dari membebel..hehe
ReplyDeleteYe la Zaila,
ReplyDeleteMarilah kita sama-sama belajar bersabar dari 'membebel'..
sy paling tak suka org membebel dn sy jugak tak suka membebel bnyk pendam kn dlm hati je ;)
ReplyDeleteSalute..
ReplyDelete