Hi all,
At last.. hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Jenuh menunggu sebab Ibu pun terpaksa terlibat sekali. So now, khalass. Ibu boleh laung "merdeka". No more extended school hours sebab Arif kena practise and so on. Arif pun senang hati sebab dah tak kena dera dengan soalan dari ayah "macam mana Captain Arif tu buat?".
Punca Arif kena gelar "captain" sebab dia kena dok paling depan and kat tengah-tengah pulak tu. So kira macam focus view la kan. Eceh ceh cehhhh.. Ibu pun sama takmo kalah tu. Siapa lagi nak puji anak kita, kalau bukan kita yang Ibu and Ayah dia kan.
Captain Arif in action. Performing "I like the flower". Puas dah Ibu try masukkan video tapi connection asyik kaput. Tenet tenat betul la kalau dah hujung-hujung tahun ni. Nanti kalau dah okey, kita buat la edisi ulangan pulak.
- Madam Principal -
Garang gilos dia ni, setakat driver bas bergaduh or parents (especially Pak Sheikh & Mak Arab yang gaduh pasal kes anak-anak) dia selamber jer handle. Budak-budak nakal yang kena masuk bilik dia, kalau tak nangis.. memang tak sah. Students yang kena merayu pasal kes kena halau dari bilik exam pun ramai. So "don't play-play" yek.
Ibu boleh nangis time anak-anak ni buat performance. Kira nasyid la ni, in Arabic. Sayu gilos time tu. Jenuh berseka airmata. Mujur Haazem tak perasan. Otherwise puas la Ibu kena perli dek anak. Dah "senja-senja" ni, airmata jadi rapuh sangat. Senang sangat nak nangis. Sikit-sikit nak nangis. Tapi kalau dengan anak or dengan Cik Asben, I must be firm..
The cuteness.. time ni semua parents dah mula ke depan. Berebut nak capture pics and videos. Tapi show dia orang ni memang best. The dress pun cantik. Dah tentu la Ibu ni jenis yang suka biru, so of course la kan.
Nama pun dah sekolah Pakistan so sure la ada tarian "Bhangra". Syok tengok anak-anak ni performed. The kid in the front row, and second from left is actually a Kuwaiti. Tapi dia gojet sejibik macam orang Pakistan. Memang every year pun memang muka dia sure ada dalam show ni. Kira dah favorite la.
Ibu tak ingat show ni pasal apa, but ramai la Mak-mak Arab yang sayu. Performed in Arabic, so tak banyak yang Ibu faham. The dress, memang cantik. I've been told most of the costumed being prepared by the class teachers. Pandai jugak dia orang ni bab-bab macam ni.
Arif with his class teacher. Minah Pakistan ni punyalah baik manusia. Sabar jer dengan peil anak-anak Arab yang bermacam-macam. She even comb their hair, pakaikan bedak, tuck their shirt.. macam dah bela anak sendiri pulak. Itu belum lagi jajan and all the stickers yang dia "upah" to them for any good behavior. On daily basis pulak tu.
Selamat sampai rumah dah. Sementara tunggu Amsyar sampai, kita orang lepak posing kat lobby dulu.
Tuan Tanah yang dengan begitu bangga menayang baju kurung nyer. Even masa kat sekolah tu pun ramai Minah and Mak-mak Arab yang puji, "your dress is very nice". Bangga bila orang puji "Malaysian culture is very beautiful".
Tu sebab jugak stoks baju kurung Ibu ada dalam 15 pasang dalam almari. Tak kira la summer ke winter, Ibu memang tak segan nak pakai baju kurung. Masa parents teacher meeting ke, ambik result anak ke, kenduri-kendara ke.. memang baju kurung la jadi pilihan. Errr.. ikut logik la ya.
p/s;
Actually ini cuma Part 1, concert Part 2 hari ni. But since Arif nor Haazem tak ada ambik bahagian, malas la pulak nak pergi. Revision tak habis lagi ni.