Beautiful Friends

Thursday, May 31, 2012

KAFA terakhir (its summer holiday)

Assalamualaikum all,

Cuti musim panas sudah melambai-lambai. Kebanyakan masyarakat Malaysia yang menumpang hidup dan rezeki di Tanah Pasir Berdengung pun sudah mulai pulang menjenguk Tanah Malaya. Cuaca panas di luar yang mampu mencecah 45C sememangnya tidak sesuai untuk sebarang aktiviti luar. Oleh yang demikian, yang terbaik.. pulang ke negara asal, Malaysia tercinta sudah semestinya. Ada jugak yang mengambil kesempatan untuk ronda-ronda pusing-pusing benua antarabangsa. Ibu dan keluarga, insya'Allah akan menyusul pulak pada penghujung June. Alhamdulillah.. tahun ini kami berkesempatan beraya di tanah air.  Really can't wait. Senarai "wajib makan" dan "perlu buat" pun sudah siap disenaraikan.

Malam ini, malam terakhir kami berkumpul di Dewan Serbaguna Kedutaan Malaysia di Kuwait untuk menghadiri KAFA. Anak-anak nampaknya sudah tidak sabar lantaran minggu lepas KAFA terpaksa dibatalkan kerana Kuwait dilanda ribut pasir yang teruk. Kids.. tho' cuaca panas menyengat di luar, sedikit pun tidak menjadi halangan bagi mereka terus beriadah sesama teman selepas tamat KAFA. Once they are together with the others, nothing matters. Kebal betul la dia orang ni.

Ibu pulak masih buntu, really couldn't make up my mind. Apa nak bawak for potluck malam ni. Walaupun  hanya menu yang biasa-biasa sahaja, tapi perlu jugak diambil kira. By the time the kids have their break, its already passed dinner time. Sure perut semua dah berbunyi minta diisi. At the same time, makan "berebut" dengan kawan-kawan lain is such a joy. Yang tak pernah makan pedas, tak makan sayur, tak makan bubur, tak makan itu, tak makan ini... semua tolak tepi. Semua nampak selera..

Anyway, tergeraklah di hati Ibu nak memperkenalkan tenaga pengajar muda lagi handsome yang terlibat terus mengajar anak-anak Malaysia di sini. Nasib baik laa Ibu tak ada anak dara (or belum ada rezeki lagi).. kalau tidak, mau nyer Ibu booking sorang. Dah la masing-masing semua handsome, pandai pulak tu, budi-bahasa sopan-santun.. jangan cakaplah.

Ustaz Mohd Ikhwan
Mengajar murid-murid kelas Senior
Gambar ni diambil semasa beliau dianugerahkan sebagai pelajar tempat pertama dalam bahagian Bahasa Arab di Kuliah Adab University Kuwait
(psstttt.. Ustaz Ikhwan ni pandai masak tau..)

Ustaz Shamsul dan Ustaz Ameir
Mengajar murid-murid di kelas Pertengahan
Looking at this picture, barulah Ibu tahu Ustaz Ameir rupanya ada "bakat terpendam".

Ustaz Sufilah
Mengajar murid-murid di kelas Junior
Kalau ada yang berkenan, lupakanlah hajat anda for Ustaz ni dah berpunya
Ibu kagum sungguh dengan semangat dan kesabaran Ustaz ni semasa mengajar anak-anak kecil.
Ya Allah, Ya Rasul.. memang tahap "sabar" nyer sememangnya sangat tebal dan tinggi.

Semasa ketiadaan Ustaz Ikhwan, anak-anak kelas Senior diarahkan menduduki peperiksaan
Semua muka "tension" tu

Anak-anak kelas "pertengahan" pun sama diarahkan menduduki peperiksaan
Again, semua muka serious je

Manakala kelas anak-anak Junior semasa ketiadaan Ustaz Sufilah, kelas diganti dengan Ustaz Shamsul
Happy as always..

As for potluck, Ibu bawak nasi goreng kampung sahaja
Kebetulan pulak stok kangkung ada extra


Gulai telur dengan pucuk ubi


Alhamdulillah..

Sampai sudah hajat Ibu nak masak gulai telur dengan pucuk ubi. Memandangkan Haazem tak makan lauk telur, so bolehlah Ibu masak extra pedas. Sepatutnya gulai telur ni menggunakan telur itik, tapi di negara Pasir Berdengung ni mana laa pulak Ibu nak cari telur itik. Dulu pernah jugak teman dari Singapura bagi tahu, di Wafra ada jugak jual telur itik. Tapi Wafra tu sikit punya jauh laaa..

Nak masak gulai telur ni senang sahaja. Cuma kalau nak cantik bulat telur tu, ada baiknya telur tu dimasak di dalam bekas lain dahulu. One by one ya. Bila dah cantik masak pindahkan dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke dalam kuah gulai. Nak masak pun kena "kreatif" sikit.

Jika ada yang sudi berkongsi rasa, boleh try tengok resepi di sini. Cuma nanti tukarkan mangga tu dengan pucuk ubi. Dan sebagai pemanis, boleh la letak sedikit ikan bilis. Selamat memasak dan selamat makan.

Nota kaki;
Petua untuk putih telur tak pecah/berderai & cantik bulat.
- Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan sedikit cuka makan
- Setelah itu masukkan/pecahkan telur (sebiji sahaja), bila dah cantik masak/bulat pindahkan dalam bekas lain. Buatlah banyak kali sehingga cukup kadar telur yang dikehendaki.

Tempoh berkabung.. innalillah..

Ello all,

Bujang Sulong sedang dalam tempoh berkabung lantaran kesedihan yang amat sangat. Seekor lagi kura-kura mati. Tinggallah seekor sahaja lagi. Sebenarnya dah 2-3 hari jugak Ibu perasan, sebab biasanya ada 2 ekor dok bertenggek atas gabus kecik dalam akuarium tu. Bila tanya ke Haazem, dia jawab "ada kat bawah Bu, suka sangat yang 1 tu dok lepak kat bawah jer". Ibu pulak cukup senang hati bila dengar such explanation. Tak ada la pulak nak intai-intai ke, jenguk-jenguk ke.. 

Tiba-tiba petang semalam lepas solat asar Amsyar kelam-kabut nak cuci akuarium sebab dia takut the water might be infected from the deceased. Me, not my territory la. Korang punya pet, so masing-masing tau la responsibility masing-masing. Mujur Amsyar ni rajin jugak nak melayan. Dari mencuci akuarium, bagi makan and so forth. Otherwise, I would never let them have any pet from the beginning. 

Al-kisahnya, at first ada 3 ekor kura-kura semuanya. One each for my boys. Later kami adopted another  3 (or is it 2?) from Cik Laila (sebab dia tengah mabuk mengandung, tak tahan bau hanyir air akuarium). Last sekali tinggallah seekor ni sahaja. Tunggu je la berapa lama pulak yang ni boleh bertahan. Dulu  semua tu "arwah" sebab musim sejuk. Ni takkan la pulak pasal summer.. ke air dah jadi panas sangat. Walhal dalam rumah ni aircons 24/7. Yang sebetulnya, dah sampai ajal kan.

Once upon a time..
Dalam bekas merah - Amsyar punya
Dalam bekas hijau - Haazem punya
Dalam bekas kuning (tersorok sikit) - Arif punya

The "arwah"
Sebagai hamba Allah, kami mendoakan yang terbaik buat mu..
Terima kasih kerana sudi menjadi "peneman" kepada anak-anak Ibu walaupun hanya seketika..

Layan boring..
Dulu masa ada 2 ekor, selalu tengok kura-kura tu dok berebut nak dok atas gabus tu..
Kelakar la jugak..

Close-up..
Cubalah senyum sikit..



Wednesday, May 30, 2012

Stok santan habis.. TIDAK!!!!!!

Gambar ehsan Cik Gugel
Ini laa HERO Ibu

Indeed "hari ini dalam sejarah". Stok santan boleh PUTUS. Sampaikan bakalah kat bawah pun tak ada stok santan ni. Nak terjah bakalah yang lain, tak gamak la hamba. Dah la summer dah mula peak ni. Kat luar dah cecah 45C. Tu hari cari kat market pun tak ada jugak... Hurmmmm..

Makanya, hari ini terpaksa masak yang ringkas-ringkas sahaja. Tapi masih dalam spesifikasi yang ditetapkan. Mujur Bujang Sulong kata, "telur mata and sayur goreng will do".


Menu pertama, kacang buncis goreng dengan telur saja. Dua tiga kali jugak dah Ibu goreng dengan udang tapi akhirnya udang tak berjamah. Dah muak ke masyarakat di rumah ni dengan "udang". Alhamdulillah, sampaikan Si Cinonet pun makan nasi sampai habis hari ni. Penangan goreng kacang buncis ngan telur ni.


Menu kedua, telur mata. Ini sememang lauk "emergency" di rumah ni. selain dari gulai daging salai la. Cik Asben pun kalau dalam waktu kecemasan ATAU luar kecemasan pun, tak pernahnya nak menolak kalau di-offer lauk ni. BTW, dalam piring tu ada dua bijik telur.. dapat laa Ibu merasa separuh telur tu. Tak berapa minat sangat telur mata ni (yang betulnya kolestrol Ibu tinggi, so kena control sikit la).


Telur mata Amsyar ni special sikit. Sebabnya.. bawang, cili api and lada hijau tu Ibu goreng dulu. Bila dah layu sikit, keluarkan.. Then dengan minyak lebih goreng tu, Ibu terus campurkan dengan kicap dan perah sikit lemon. Kalau bawang tu tak bergoreng, alamatnya memang tak berjamah la. Tapi dengan cara ni, licinnn babe. Cuma sebelum digoreng tu, bawang, cili api dan lada hijau tu Ibu campurkan sedikit garam. Memang la "bertambah" sikit kerja tapi as long as dia suka macam tu, Ibu ikutkan sahaja.

Nota kaki;
Berjaya memesan 4 tin santan  Chaokoh dari kedai Bobby. Walaupun harganya 50fils lebih mahal dari tempat lain (kat market 450fils je) terpaksa la beli jugak. Esok dah plan nak masak gulai telur ngan pucuk ubi pulak. Sementara stok masih segar babe..



Wordless Wednesday..


TAKE IT
.
.
.
OR
.
.
.
.
LEAVE IT !!!

Puyoh goreng with lemon


Ello all,

Ini sepatutnya entri terakhir malam tadi. Tapi ntah macam mana boleh teralit bersembang dengan Bob. Ada citer BEST. Pada yang have common likings, maybe la kut. Tapi orang yang tak minat.. tak kuasa la nak layan... Alahai... bila la nak dapat sebijik nih???

BTW, sekadar menambah lauk dari tengah hari semalam. Kelebek punya kelebek, godek punya godek,  akhirnya.. puyoh yang jadi mangsa. Cara masak puyoh di rumah ni pun terhad. Kalau nak anak-anak sama makan, jawabnya goreng sahaja la. Otherwise, memang Cik Asben sorang je la yang layan. Nak goreng puyoh ni pun, Ibu prefer belah dua so that daging puyoh lebih serata masaknya. 

Anyway, bila dah duduk di negara Pasir Berdengung ni, tak banyak sikit sure ada jugaklah influence masakan di sini. FYI, masyarakat Arab ni memang suka makan bawang and cili hijau mentah-mentah. Then perahkan lemon. Settle.. Bawang besar yang hat kaler putih tu manis sebenarnya. Tapi Ibu tak gamak la pulak nak makan mentah macam tu. Anyway, malam ni Ibu nak share satu resepi mudah, a combination of Malaysian cuisine and local salad.

Nonetheless, kalau ada di antara rakan-rakan yang ingin berkongsi rasa, resepi ada di bawah ya.

Bahan-bahan;
Burong puyoh di belah dua, dicuci, perapkan bersama sedikit serbuk kunyit dan garam.
Bawang Holland (atau sebarang bawang yang disukai)
Lada hijau
Sebiji lemon

Cara-caranya;
1- Goreng puyoh hingga garing, toskan dan ketepikan. Kemudian hidangkan di dalam bekas yang sesuai.
2- Bawang dan lada hijau dimayang lalu digaul dengan sedikit garam.
3- Gorengkan dengan minyak yang sedikit lalu ditabur di atas puyoh yang telah digoreng tadi.
* Perlu diingat, bawang dan lada hijau goreng sebentar sahaja.
4- Akhir sekali perahkan lemon di atas puyoh goreng tersebut.
5- Selesai sudah..

Tuesday, May 29, 2012

Gulai daging salai dengan pucuk ubi.


Assalamualaikum all,

Ikutkan plan asal memang nak masak lain dari yang dalam gambar ni, tapi memandangkan stok pucuk ubi baru je sampai dan pucuk ubi pulak mana boleh tahan lama dalam fridge kan, maka dengan kadar segeralah Ibu masak gulai daging salai dengan pucuk ubi.

Masakan wajib bagi orang Negeri Sembilan. Lagi podeh, lagi selera. Tapi memandangkan Si Manja Ibu baru je belajar nak makan masakan "kaler kuning" maka, terpaksalah Ibu kurangkan kadar "cili api". Not to worry for there will be more other times Ibu boleh masak "extra podeh".

Resepi masih dengan "asas" yang sama cuma perlu tambah pucuk ubi. Tapi jika ada yang baru nak mencuba, bolehlah lihat di bawah.

Bahan-bahan;
- Daging salai (kebiasaannya Ibu akan guna dalam 250gram untuk 5 orang makan)
- Serai 4-5 batang, dibersihkan, dipotong dua lalu diketuk sedikit 
- Cili api secukup pedas
- Kunyit hidup/serbuk kunyit
- Santan 500gram
- Sedikit air
- Pucuk ubi

Cara-cara penyediaan;
1- Daging salai dibilas lalu dihiris nipis.
2- Cili api dan kunyit hidup dikisar halus, ditapis dan cuma diambil airnya lalu dimasukkan dalam bekas yang sesuai untuk menggulai.
3- Masukkan santan dan serai (dan ditambah sedikit air jika perlu).
4- Masakkan kuah dan kacau selalu untuk mengelakkan kuah meruap.
5- Apabila kuah telah mendidih, masukkan daging yang telah dihiris dan dikacau perlahan (selalu).
6- Masukkan pucuk ubi yang telah disiang serta dibilas bersih.
7- Perasakan dengan garam.
8- Apabila kuah dan masak dan daging dah lembut, selesai.

Stok dari Tanah Malaya..



Sangatttttt suka hati..

Baru-baru ni ada kawan balik ke Tanah Malaya. Ada urusan mengejut. Baliknya pun tak lama, adalah dalam 2 minggu. Tapi pada Ibu peluang sedemikian walaupun tidak lama mana, tapi sudah memadai untuk melepaskan kerinduan pada keluarga tercinta.

Peluang itu juga Ibu ambil untuk berkirim barang-barang tahap “emergency” yang perlu di-top-up semula. Antaranya, meggi kari, meggi asam laksa, laksa kering dan seri kaya. Alhamdulillah, sangat tidak mendukacitakan. Semuanya ada. Maka dapatlah anak-anak Ibu meneruskan kelangsungan “special treat” setiap hujung minggu. Makan “meggi” original dari Malaysia tu babe..

Memang pada mulanya Cik Asben kurang bersetuju dengan alasan “tidak suka menyusahkan” orang lain, tapi memandangkan tuan punya badan sudah “sedia rela” membantu.. umpama pucuk dicita ulam pula yang mendatang.

Makanya di dalam entri kali ini, ingin Ibu ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga Uncle Bob serta Untie Munirah atas kesudian melayan kerenah dan pesanan Ibu. Sememangnya jasa kalian hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

 Ada pulak terselit pucuk ubi & daun kunyit.. tak berharap sangat sebenarnya..
Makanya rombakan besar-besaran la nampaknya..
Nampak gaya menu "lunch" untuk hari ini bakal berubah..

Monday, May 28, 2012

Antara punca badan lesu dan lemah.



1. Hati-hati apabila memilih menu makanan. Sungguhpun anda mengambil makanan yang banyak jika anda tersilap pilih makanan, kecergasan tubuh badan anda mungkin menurun.

2. Selain itu juga keadaan tertekan akan membuat anda sukar untuk tidur. Akibatnya, anda akan akan bangun di pagi hari dengan tubuh yang lesu. Oleh itu, ceriakan diri anda. Setidak-tidaknya seminggu sekali laukan sesuatu yang anda senangi. Jika anda gembira dan bahagia dengan kehidupan anda, maka tenaga atau aura positif akan mengalir dalam tubuh hingga membuatkan anda lebih cergas dan ceria. Sebaliknya jika berasa tertekan, selalu cemas atau berasa kurang gembira semua ini akan menghalang tenaga positif.

 
3. Bercakap mengenai bersenam, pasti ramai yang memberi alasan tidak melakukannya meskipun senaman itu tidak mempunyai sejuta manfaat. Bersenam itu memang mudah untuk diucapkan namun cukup sukar untuk dilakukan.

Sebenarnya semasa bersenam terutama senaman kardio, otak akan menghasilkan hormone endorphin. Hormon inilah yang akan mengalirkan rasa tenang sehingga anda akan berasa segar walaupun badan anda keletihan. Hormon ini juga akan membantu anda mengatasi stess dan membuat kualiti tidur akan lebih bagus.

4. Sumber makanan yang ada ambil kadang kala tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral untuk tubuh. Untuk itu anda memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Petanda bahawa tubuh anda memerlukan tambahan vitamin dan mineral adalah antaranya wajah nampak pucat, badan terasa lesu dan kepala selalu pening.

5. Di kalangan kaum wanita, anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah merah ketika datang haid. Biasanya tahap “iron” (besi) dalam darah akan berkurangan dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Lemah, sesak nafas dan sering berdebar-debar adalah antara simpton anemia. Banyakan memakan makanan yang mengandungi “iron” yang tinggi seperti daging dan juga kekacang.

6. Mengambil minuman berkafein, coklat ataupun minuman beralkohol untuk menstimulasi diri adalah tidak bermanfaat. Jenis minuman ini memang akan meningkatkan tenaga dengan cepat tetapi cepat jugalah tenaga itu menurun. Keadaan ini juga membuatkan kadar gula dalam darah tidak stabil dan anda mudah lapar dan lesu.

7. Biasakan membahagikan waktu makan anda pada lima waktu. Ini kerana tiga jam setelah makan, gula dalam darah akan mula turun. Sekiranya anda tidak mengambil makanan ia akan terus menurun dan akibatnya kepala akan berasa pening. Leher tegang dan perut jadi kembung.

8. Mudah lemah dan lesu juga disebabkan oleh kurang minum air. Sama ada anda melakukan kerja, bersenam, atau bekerja di atas meja, badan masih memerlukan air. Apabila anda berasa dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.


9. Sarapan pagi adalah suatu perkara yang amat mustahak. Sarapan pagi yang ringkas seperti makan beberapa keeping roti dan 2 biji telur separuh masak sudah memadai bagi membekalkan tenaga sementara menunggu waktu makan tengah hari. Sarapan pagi juga penting agar tenaga dapat dibekalkan pada waktu pagi. Ini kerana anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk lebih “focus” anda juga memerlukan tenaga.

10. Makan terlalu sedikit atau diet yang keterlaluan akan menyebabkan badan menjadi lemah. Diet yang seimbang akan membantu untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi kurang, badan akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.


11. Setiap malam tidur yang disarankan adalah 7-8jam. Jadikan amalan tidur yang cukup sebagai perkara utama untuk mengembalikan tenaga anda. Wanita yang bekerja sama ada yang bujang ataupun dah berkahwin seringkali mengabaikan waktu tidur mereka. Sibuk dengan kerja rumah ataupun menyambung kerja di pejabat selalu menjadi alasannya.

Sekali dua mungkin tak mengapa lagi namun sekiranya menjadi kebiasaan, ia mungkin menyebabkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Oksigen yang kurang mungkin akibat kurang tidur akan menganggu daya penumpuan dan membuatkan tubuh berasa letih.

Sunday, May 27, 2012

My guilty pleasure..


Joy Sunday morning.

Alhamdulillah.. No more sand-storm. No more dusty day. No more hazy weekend. No more smothering air. And no more "quarantine". Life is back to normal. NORMAL means.. Ibu going to be very busy with dusting, vacuum, moping and all those house cleaning routines after a week of fierce sand-storm. 

So fortunate that Haazem is on an exam break today so he'll be busy entertaining Arif as well as being Arif's "partner-in-crime". Work can be done much easier when the two boys are occupied with their things. You can't simply be comfortable when your eyes just seeing all those sand dust here and there. As far as I'm concerned, my life won't be at peace before the house is clean as it should.

Nevertheless, the idea of indulging myself is a good idea too. An hour or two of reading your favorite novel won't be a threat I presumed. What harm can it brings when you're so relax with a book in your hand, the kids are enjoying their favorite cd in the room and lunch is already in progress. Unless, if you're so carried away with the novel that you're so lost and glued to it and doesn't mind at all either the boys have taken their meal, done their homework etcetera etcetera etcetera.

Well, I love the idea of getting myself ready for a new experience, a chapter after another. I hope a new author would helps. Since my last visit to Jacob's book store, I still haven't got any new novel from Bertrice Small. The first novel was fantastic. The second novel, accidentally left in the airplanes during my last summer vacation, and such what a pity. The third novel, finished in just one week. Until then, I haven't got anything new from her. So yesterday, Jacob recommended to me "Lisa Kleypas". He claimed that Lisa Kleypas is also a good author when it comes to historical romance story. I just hope she is as good as Bertrice Small.

We shall see then..



Thursday, May 24, 2012

Ribut pasir melanda Kuwait


Ello all,

Ini bukan koleksi gambar tahun 70-an..
Ini bukan masalah dari jurugambar yang kurang arif semasa sessi fotografi..
Ini juga bukan gambar hasil dari camera trick..

Tapi inilah keadaan yang sebenar-benarnya yang sedang berlaku di luar apartment Ibu. Ribut pasir atau "sand-storm" ini diramalkan akan terus berlaku sehingga penghujung minggu ini. Mengikut dari berita yang baru Ibu dengar, keadaan di luar sangat teruk sehingga jarak pandangan mata kasar adalah cuma sejauh 50meter. Para pemandu dinasihatkan agar memandu dengan lebih perlahan dengan menyalakan lampu kenderaan. 

Bukan setakat di luar sahaja, kami yang di dalam rumah ini juga terkena tempiasnya. Bau debu pasir yang kuat sehingga rasa begitu melemaskan. Esok lusa terpaksa bergotong-royong lagi laa kami untuk membersihkan semua debu pasir yang berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah.

Perabot-perabot perlu dilap semula, karpet perlu di-vacuum, bilik air perlu dicuci semula. Malahan setiap ceruk rumah terpaksa dibersihakan dari debu pasir yang melekat pada ketika ini. Kalau tak nak buat pun, okey je cuma mata tu terpaksa "tahan" sahajalah dengan segala debu pasir yang melekat di sana sini.

Lain pulak sifatnya di Tanah Malaya yang biasanya "jerebu" adalah lantaran dari hasil pembakaran tanpa kawalan dari Tanah Seberang. Tapi the end result masih hampir sama juga. Semuanya "melemaskan" tekak dan hidung serta mata. Sehinggakan boleh menjejaskan kesihatan.

Nota kaki;
Lantaran dari ribut pasir yang begitu kuat KAFA minggu ini terpaksa dibatalkan.. kesian pada anak-anak Ibu yang dah bersiap-siap nak ke KAFA. Next week sahajalah ya sayang.. Insya'Allah..





Anak Manja??


Sekadar gambar hiasan sahaja

Peninggggggg…
Arif kebelakangan ni tersangatttt la suka buat perangai. Manja dan suka merengek yang sampai menggugat kesabaran. Ada masa Ibu bagaikan putus harap sampaikan dah habis akal dah nak memujuk. Dia kalau nak buat perangai, tak kira tempat dan masa. Semua ni TIBA-TIBA sahaja.

Mungkin jugak disebabkan semenjak sudah bersekolah ni, dia merasakan Ibu dah kurang memberikan tumpuan padanya. Mungkin jugak bila Ibu tinggalkan dia di sekolah bersama dengan rakan-rakan lain, terdetik di hatinya Ibu sudah tidak sayangkan dia lagi. Mungkin itu.. mungkin ini.. macam-macam la yang Ibu fikirkan.. haiissshhhh…

Mungkin jugak kerana selama ini dia terlalu manja dengan Ibu. Maka bila mana berlaku sedikit perubahan dia merasakan “comfort zone”-nya sudah tiada lagi. Walhal sebelum ini Arif boleh dikatakan lebih advance jika dibandingkan dengan Amsyar dan Haazem semasa mereka seusia dengan Arif. Jika dulu Arif mampu berdikari untuk melakukan tugas-tugas yang ringkas dan mudah, namun sekarang semuanya hendak dan mesti dibantu oleh Ibu ataupun anggota keluarga yang lain.

Then semasa Ibu tengah mencari beberapa rujukan, terjumpa la dengan dua artikel ini. Diharapkan jika ada rakan-rakan yang tengah menanggung nasib seperti Ibu sekarang, bolehlah dibuat rujukan dan panduan (jika perlu).

Berikut beberapa tips bagaimana menangani anak yang terlalu manja :

1- Merefleks kembali kepada sejarah lampau yang telah dilalui dengan anak. Kita perlu sedar bahawa apa yang telah berlaku di masa lalu bukanlah suatu alasan untuk terus memanjakan anak. Mungkin anak pernah melalui masa gelap, fobia terhadap sesuatu, atau apa pun alasan, kita harus terus bersikap objektif dalam mendidik anak. Tidak terlalu keras dan tidak pula sehingga memudaratkan masa depan anak.

2- Jangan terlalu sentiasa menumpukan perhatian kepada anak dan kehendaknya sahaja. Anak juga perlu diajar untuk memberi perhatian dan empati kepada persekitarannya dan memahami bahawa setiap orang juga punya kehendak dan perasaan.

3- Sekiranya anak merengek meminta perhatian, cuba alih perhatiannya terlebih dahulu dengan mengingatkannya tentang sesuatu ganjaran baik yang akan dia dapatkan sekiranya menjadi anak yang baik. Peringatan tentang ganjaran menjadi seorang yang baik ini harus selalu diulang-ulang kepada anak-anak.

4- Ajarkan anak cara bergaul yang baik. Misalnya, dengan mengajarkan anak kita meminjamkan barang yang diperlukan oleh temannya.

5- Berikan pelukan kasih sayang dan kata-kata yang membuat dirinya tenang.

6- Sekiranya keinginan anak bermanja secara tiba-tiba meningkat dan nampak dengan jelas ada reaksi pada waktu-waktu tertentu. Berikanlah waktu khusus untuk memenuhi kehendaknya itu secara beransur-ansur. Jadi lakukan perubahan secara berperingkat. Kurangkan sedikit demi sedikit, jangan terus berubah.

7- Biarkan si anak untuk mengekspresikan dirinya. Izinkan dia meluahkan apa yang dia sedang rasakan. Lazimnya, apabila si anak tidak berhenti menangis si ibu atau ayah akan marah kepada si anak untuk menyuruhnya diam. Ketika anda memarahinya, perasaan si anak akan jadi bertambah sakit. Si anak mula terfikir bahawa ibu atau ayahnya itu tidak memahami perasaannya. Malah, ketika si anak menangis ibu atau ayah tidak boleh mentertawakannya. Apa yang boleh anda lakukan ialah, tunjukkan ekspresi muka bahawa anda sangat tidak suka dengan perbuatannya itu.

8- Berpeganglah dengan prinsip, “boleh marah, asalkan jangan merugikan orang lain!” Sewaktu si anak meraung-raung sambil melempar atau merosakkan barangnya, katakan kepadanya bahawa tindakannya itu sangat merugikan dirinya atau orang lain. Contohnya; si anak membaling buku miliknya. Mungkin balingan tersebut boleh terkena kepada orang yang ada di sekelilingnya.

9- Katakan kepada si anak, “kalau buku itu rosak mama perlu menggantikan dengan buku yang baru pula nanti. Bukankah ia satu pembaziran?” Beritahu juga kepada si anak bahawa tindakannya itu boleh menarik perhatian orang lain sekali gus akan memalukan dirinya.

“Adik... semua orang memerhatikan tindakan adik ini. Adik tak malu ke?” Biasanya dengan cara ini si anak boleh merendahkan sedikit suara tangisannya itu.

10 - Buat perjanjian sebelum keluar ke mana-mana, apa kata anda buat perjanjian dengan si anak terlebih dahulu. Jelaskan kepadanya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukannya di destinasi yang bakal ditujunya itu.

Contohnya, anda mengajak si anak menemani anda ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan rumah. Tanyakan kepada si anak, apakah yang ingin dibelinya nanti bila sampai di sana. Peruntukan satu tempoh masa tertentu di pasar raya tersebut agar si anak tidak bermain terlalu lama di sana.

Setelah membuat perjanjian, anda juga perlu membuat hukuman seandainya perjanjian tersebut diingkari soleh si anak. Tindakan ini boleh mengelak sekali gus menutup peluang si anak untuk meminta hal yang lain kepada anda. Jika sejak dari awal si ibu atau si ayah sudah mengatakan ‘TIDAK,’ seharusnya sikap sedemikian haruskan konsisten. Jangan sekali-kali mengikut kehendak si anak kerana anda tidak tahan melihat dia menangis. Jika anda melakukan perkara ini, anda akan ‘KALAH’ buat selama-lamanya dengan si anak.

11- Apabila si kecil berhenti menangis, dekatinya dan duduklah di sisinya. Kalau boleh, panggil si anak untuk duduk hampir dengan anda. Dengan tenang, berbincanglah dengannya tentang situasi yang telah berlaku itu. Ketahui apa alasan si anak menangis, mengapa ibu atau ayah tidak menuruti kemahuan si anak, mengapa anak tidak mahu memahami, jelaskan kepadanya bahawa dia tidak boleh bersikap memaksa dan mungkin anda boleh membuat perjanjian dengannya bahawa suatu hari nanti permintaannya itu boleh dipenuhi.

Jelaskan juga kepada si anak bahawa tindakannya itu boleh meninggalkan kesan negatif buat dirinya. Contohnya, tubuhnya menjadi letih kerana menangis dan menjerit atau anda dan dia menjadi malu apabila diperhatikan oleh orang sekeliling. Bahkan, anda juga boleh menyelitkan pesanan bermoral kepada si anak dengan mengatakan, “cuba adik ingat semula, sewaktu adik menangis dan marah tadi pasti adik terfikir tentang perkara-perkara yang tidak baik? Bukankah ALLAH swt tidak suka dengan fikiran yang buruk seperti itu.”

Apabila si anak mampu mengawal emosinya dan jujur dengan apa yang dirasainya, pujilah dia. Katakan kepadanya, bahawa tindakannya itu adalah betul. “Ibu gembira bila adik tidak menangis dan marah-marah lagi. Itu tandanya adik sudah semakin besar.” Kemudian jangan ragu-ragu untuk meminta maaf dengannya dengan mengatakan, “ibu juga minta maaf ya, sebab tidak boleh membelikan adik mainan itu buat masa sekarang. Adik faham kan?”

Sumber rujukan

Karate exam - congratulation Haazem..


22hb Mei 2012, exam karate untuk Haazem naik ke Brown belt.. and alhamdulillah anak Ibu lulus. Infact, semua anak-anak Malaysia yang mengambil peperiksaan pada hari tersebut jugak lulus. Dah la pagi Haazem ada mid-term exam, petang pulak karate exam. Kesian jugak la ke dia sebab penat and extra stress. Bertambah lagi stress sebab cuma dia sorang saja yang exam. Amsyar cuma akan sit for his black belt exam, insya'Allah selepas Eidul Fitri holiday. Berdebar jugak Ibu sebenarnya sebab this is going to be his 1st black belt. Harap-harap kelak semuanya berjalan dengan lancar...

BTW, on that day hanya anak-anak Malaysia and a few selected students sahaja yang mengambil peperiksaan di sebabkan most of us are leaving Kuwait for summer vacation. Ada yang balik cuti ke Tanah Malaya and so on. Selalunya exam diadakan tiga bulan sekali for yellow-blue belts. Whereas for those black belt holder, exam bergantung kepada kesediaan dan kematangan individu.Terima kasih jugak la pada Sensei Yahya yang memahami keadaan kami. Otherwise terpaksa tunggu selepas tiga bulan lagi la pulak baru nak sit for the exam. Actually, this is a "special request" from us. Sepatutnya exam cuma in June, tapi kami minta dipercepatkan. Again, terima kasih pada Kuwait Karate Federation yang sanggup bertolak ansur dengan permintaan kami. Biasalah.. ingat senang ke dia orang nak layan kerenah orang luar. 

Cuma sedikit menghampakan, exam tidak dapat dilakukan di tempat yang biasa memandangkan the SENIORS are having their routines. Nevertheless, it still served the purpose.

The Yellow Belt holders.. cute kan..

Orange Belt.
Dalam ranking ni ada campuran 1 from Brunei (kalau tak silap la), 2 from Malaysia, 1 from Russia & 1 a mix of Japan & Philippine.

The Blue Belt (lepas ni naik Brown la)

The future karate student.. Dak Rayyan, yang tersangat la lasaknya..

A small and simple celebration on the success of our childrens. Dinner di Oriental Cuisine (walhal kalau setakat OC ni, memang wajib ziarah seminggu sekali)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...