Beautiful Friends

Monday, February 6, 2012

Gulai telur ngan mangga - ada yang sudi tak??


Orang kalau dah demam ni memang rasa macam-macam nak makan. Mana-mana yang kategori baru nak baik demam pulak, sure la dok fikir lagi macam-macam nak makan. Kalau di Malaysia senanglah sebab boleh tunjuk itu ini, beli itu ini. Kalau yang tinggal di perantauan ni, terpaksa la usaha lebih sikit Tambah pulak kalau macam Ibu ni.. delivery service tu memang ada tapi ada masa susah sikit la nak communicate dengan dia orang ni. Banyak kali dah problem ended-up, cancel.

Satu hal lagi pulak, bab alamat rumah. Bangunan tak ada tunjuk nombor-nombor macam dalam alamat rasmi. Cuma setakat main teka-teka. So dari pening kepala, baik Ibu masak aje la. Ada masa, elok jugak macam tu. Nanti kalau dah senang sangat nak "me-napau" terus Ibu ngelat nak masak. Anak-anak pulak sure asyik nak makan burger jer. Untuk makluman semua, burger-burger kat sini memang la sedappp sangat. Maybe bahan-bahan mentah murah sangat (subsidi banyak). Original babe.. Even kalau Ibu, kalau diberi peluang me-napau, sure terjebak jugak la.

Tapi lauk yang Ibu berhajat nak makan ni kompom tak ada jual kat sini hatta kena la masak sendiri. Gulai telur (ayam) dengan mangga, lauk orang kampung jer. Tu ari ada jugak kawan yang dah jumpa telur itik kat sini. Tapi sikit la punya jauh dari Hawally. Setakat nak makan gulai telur itik, tak gamak la Ibu nak mintak tolong Cik Asben drive sampai ke Wafra tu. So, guna je la ape yang ada.

Pada yang baru nak mencuba menggulai.. jom kita tengok resepi;

Bahan-bahan;
Telur ayam (jika telur itik lagi sedap la kan)
Cili api (secukup pedas)
Ikan bilis (untuk pemanis)
Kunyit serbuk (Ibu lama dah tak jumpa kunyit hidup kat sini - ke sebab Ibu yang tak mencari..)
Sebiji mangga muda (kalau nak masam lagi, terpulang la)
Santan (Ibu guna yang dalam tin saja)
Garam untuk perasa

Cara-cara memasak;
Blend cili api hingga hancur, tapiskan, cuma ambil air cili sahaja (Ibu tak suka tengok serpih cili dalam periuk)
Masukkan santan dan jika santan terlalu pekat, campurkan sedikit air (adjustable)
Masukkan juga serbuk kunyit
Masakkan kuah hingga mengelegak lalu dimasukkan ikan bilis sebagai pemanis
Bila ikan bilis dah lembut, setelah itu masukkan pulak mangga yang telah dihiris nipis
Perasakan kuah gulai dengan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan telur ayam
** Ibu lebih suka masukkan telur ayam akhir sekali sebab tak mahu telur pecah, tak cantik

Nota kaki;
Cara Ibu memasak mungkin lain dari orang lain. As I mentioned earlier.. tak perlu la terlalu terikut dengan resepi. Lain orang, lain cara nyer. Hatta.. end-result pun lain-lain.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...