Khasiat
halia.
Halia sering
digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan
membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk
melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem
kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus
mengurangkan masalah peredaran darah.
Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.
Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.
Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.
Selain dari
itu, halia juga baik untuk;
1- Mengubati
selesema dan asma.
2-
Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol.
3- Mengubat
batuk.
4- Menghilangkan
bau mulut.
5- Bagi
mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia
mampu mengurangkan kerengsaan perut.
Maklumat
tambahan mengenai halia
Selain
pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, ia juga tidak mempunyai sebarang
kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.
Maka dengan sebab itu, Ibu pun boh la halia banyak-banyak dalam goreng sotong masak kicap ni. At the same time, halia tu boleh jugak overcome bau sotong tu.
Lada
Benggala :
Mempunyai
rasa tersendiri dan rendah kandungan potasium. Lada benggala merah juga kaya
dengan vitamin C, A, B6, asid folik dan serat menjadikan ia makanan yang mampu
menyihatkan buah pinggang anda. Selain itu, kandungan likopen, sejenis
antioksidannya juga baik dalam membantu mencegah kanser. Bagi mendapatkan
manfaat nutrisinya secara maksimum, ia sesuai dimakan mentah atau dengan
pencicah atau dibuat salad.
Tapi
Ibu tak ada lada benggala merah, cuma hijau. Kira aci la tu ya.
salam kak sham
ReplyDeletewahh wahh wahhh sedapnya sotong tu..tambah pulak ada halia dan benggala hijau tu..semua saya suka..hmm tapi kak sham jauh sangat, kalau kat KL harus saya drive pi bawak Tupperware..hihi muka tak malu ni..
thanks Sham berkongsi info yg menarik, nasib baik jalan sini dpt ilmu sikit2 kan mmm sedap tu sotong gigit2 cili hijo tu...
ReplyDeleteAlaikumsalam LW,
ReplyDeleteKalau kita dok dekat, mmg makin rajin la kita mkn2 secara berjemaah.
Sure lagi best kan kan..
Sama-sama Kak Nor.
ReplyDelete