Beautiful Friends

Friday, March 1, 2013

Gulai daging salai mo manggo..

Its lunch time.

Biar pun tak ramai, tapi tetap kena masak. Dah siap, senang. Makan.. tak makan.. terpulang. Dan kalau nak lagi selamat, biarlah ada yang berkuah. Settle hat Bujang Sulong. Haazem and Arif.. ayam goreng pun dah cukup. Nak buat macam mana.. tang tu jugak yang dimintak nanti.


Stok daging salai ni.. kalau pandai berhemah, insya'Allah maybe sempat sampai ke June nanti. Cuma, kebetulan ada pulak mangga masam 3-4 biji dalam peti. Memang dah partner la tu. Mangga tu cadang asalnya nak masak lain. Dah jadi macam ni, tangguh lagi la plan asal tu.

Cerita pasal daging salai ni, dulu memang lauk ni status lauk emergency. Kalau ada yang datang bertandang, sesak-sesak memang inilah la dijamu. Tapi sekarang, memandangkan stok dah semakin susut, kena tukar status la.

Bukan senang nak dapat stok daging salai ni. Balik tahun lepas Ibu bawak almost 9 kilo. Ni dah tinggal berapa sangat. Ada masa, ada pulak yang berhajat mintak Ibu masak. Kalau yang "berhajat" tu kes kecemasan.. boleh dipertimbangkan. Especially, kalau status ibu-ibu yang mengandung la. Yang lain tu.. tengok keadaan la dulu ya.

Btw, korang makan apa hari ni?

4 comments:

  1. 9 kilo? byk tu...
    saya ni masa pi tapah tu jelah makan daging salai ni, lepas tu tak adalah.. tak jumpa pun...

    ReplyDelete
  2. NP,
    Kalau rajin pi jalan2 kat N9, sepanjang jalan dari Seremban bawak ke Kuala Pilah sampailah ke Batu Kikir.. banyak je jumpa daging salai. Tapi yg belum dimasak la..

    ReplyDelete
  3. Org nogori takkan terpisah dgn masak lomak cili api..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...