Beautiful Friends

Tuesday, March 5, 2013

Nangis lagi..

(Sms terakhir seorang Vat69)

"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan.. jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

Wahai Mak dan Abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya Mak dan Abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai Ibu dan Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia..

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.."

P/s;
Jangan ditahan airmata itu andai kamu sebak membaca nukilan di atas.. sesungguhnya aku sendiri menangis membacanya..
Kita hadiahkan Al-Fatihah kepada mereka yang gugur mempertahankan negara.


Someone shared this on my wall.. as usual.. Ibu yang cengeng ini pasti akan menangis jugak akhirnya..

8 comments:

  1. Kak Sham,
    Saya berada di rumah dan tanah perkuburan jenazah Supt Ibrahim tu...kami tengok isterinya pun kami sedih, apatah lagi tuan punya badan dan anak2. Kebetulannya arwah meninggal sehari sebelum anniversarynya yg ke 23 kalau tak silap saya and I was inform that they were loving couple...

    SMS tu pun ada kat wall saya, sedih kan...:(

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum Sham.
    Saya mengaku saya pengecut, saya tak baca keseluruhan SMS tu, baca sikit kat atas & terus skip ke bawah..kalau tidak saya pun nanges jugak..
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  3. LW,
    Td K.Sham ada baca entri psl arwah tu kat rumah LW. Tak abis baca lagi, dah nangis.

    Aduhaiii.. tahun yg ke-23.. loving couple.. arwah pulak disenangi ramai. Slalu mcm ni kan. Kalau org yg baik2 selalu umur x panjang. Allah lagi sayangkan dia kan.

    P/s;
    Tengah berseka air mata lagi ni.


    Alaikumsalam wbt Dinas,
    Sham pun mcm Dinas jugak. Kalau bab sedih2 ni, slalu skip. Sure nangis punya la.

    ReplyDelete
  4. Sob sob sob..
    semoga mereka ditempatkan dikalangan insan yang terpilih..

    ReplyDelete
  5. muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa..,aminn

    ReplyDelete
  6. i baca this kat mana eh? somewhere kat blog siapa entah..sedih laaa

    ReplyDelete
  7. Yong..
    Jgn la sedih.. nnt akak sedih jugak.


    NP,
    Ramai yg post benda ni. Kat fb pun byk. Cuma Sham sedih la pulak bila terbayangkan "sms terakhir" tu.

    ReplyDelete
  8. Wak Gelas,
    Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alaminnnn..
    Begitu jugaklah hendaknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...