Beautiful Friends

Tuesday, March 12, 2013

Cerita bohong untuk Ayah..

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!". Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.


Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah juuga akan tersenyum dengan bangga.

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan, ayah pun tersenyum bahagia. Apakah kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya".

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Sayang Ayah sepanjang masa sayang Ibu membawa ke Syurga.

P/s;
Completely cilok dari wall FB seorang sahabat.
Tika rindu datang menggamit.. AYAHHHHHH!!!!!

5 comments:

  1. kannn.... org ramai selalu celebrate hari ibu je walaupun sebulan selepas tu hari ayah, org buat donno je.. termasuk ler kaktek.. :(

    ReplyDelete
  2. Aah..saya pun terbaca di fb seorang rakan siang tadi. Sedih seketika sebab teringat mak dan ayah kat kampung. :(

    ReplyDelete
  3. Kak Tek,
    Tu la pasal..
    Kalau Hari Ibu, beriya kita macam-macam. Tapi kalau Hari Bapa.. so-so jer. Walhal, tak ada Ayah, tak ada la jugak kita.

    P/s;
    Kita anak Ayah tau.. tu yg "angin" pun sepesen jer..

    ReplyDelete
  4. KA,
    Dah call ke belum dia orang kat kampung?
    K.Sham ni mmg kena report duty tiap ari.. dah biasa mcm tu.. unless tenet tenat la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...