Beautiful Friends

Monday, March 11, 2013

Mr. Darcy is back..

Mr. Darcy.. Chenta Hati.. Cik Asben.. orang yang sama jer. Dan orang tu dah balik dari Tanah Seberang. Yeayyyyy!! Leganya hati. Baru rasa complete. Sambung or tak sambung semula secondment, itu lain cerita. At the moment.. takmo fikir bab tu dulu.

Setelah sebulan berpergian dah tentu Cik Asben rindu nak makan itu ini. Memanglah di sana pun Cik Asben makan jugak lauk-pauk Melayu, tapi manakan sama dengan makan air tangan isteri sendiri kan kan.

So sebagai menyambut kepulangan Cik Asben kali ni (macam la dah lama sangat tak jumpa) Ibu hidangkan dengan a few dishes. Hope he will like it.


First dish, sambal tumis udang dengan petai. Walaupun Ibu baru jer cuci toilet, tapi tak kisahlah. Mulut busuk, gosok je la gigi. Tapi kalau nak solat, memang kena gosok gigi la. Makhruh solat kalau mulut berbau.


Second dish, ikan talapia masak lemak tempoyak. Ini pun kira favorite Cik Asben. Tapi anak-anak tak berapa suka sebab ada tempoyak. Anak-anakkkkk.. sila bagi laluan untuk ayah jamu perut dulu ya. Nanti esok Ibu masak lauk favorite korang pulak. Btw, Ibu boh sikit daun kunyit. Kasi tambah aroma.. tambah umphh sikit.


Third dish, ini special request dari Cik Asben. Memang dia specifically mintak Ibu masak sambal tumis sardin ni. Tu sebab kata sardin jatuh dalam kategori barang kawalan. Sardin cap ayam ni memang bawak dari Tanah Malaya. Sini ada jugak sardin dari negara jiran. Tapi macam tak berapa nak aci la.


Last but not least. Macam tak cukup sifat kalau tak ada sayur pulak. So Ibu jamu dengan goreng kailan ikan masin sajalah. Senang nak prepare. Ikan masin tu Ibu guna ikan pari jeruk. Memang bawak dari Tanah Malaya jugak. Sini ikan masin macam tak berapa nak kick sangat. Sementara stok ikan pari masin ada ni.. kita layan je la dulu.

Okey, that's all for now friends. Bz-bz-bee.

P/s;
Nak selongkar beg Cik Asben sebenarnya.. jeng jeng jenggggg..

9 comments:

  1. salam ibuk sham

    mmg betul, air tangan orang rumah yg masak mmg tak sama kerana saya walau mcm pun, tengahari lepas noreh pasti balik rumah makan hehehe

    talapia ada kat sana, ikan patin ada tak ?

    ReplyDelete
  2. walaweh.. slamat bercengkerama ler.. hikhikhik...

    ReplyDelete
  3. Mak aiii...

    Udah macam kat kedai gamaknya!
    nie baru sebulan tak balik, kalau 2 bulan double kak shamku masak??

    ps: selongkar beg jumpa ape2 tak?

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam Bapak,
    Tu la kan..
    Sedap x sedap jgn kira.. tapi mmg Omak pesan rajin2 masak utk suami & anak2.. jadi buatlah apa2 yg patut.
    Ikan patin setakat ni, tak jumpa lagi. Tapi kalau ada, walaweihhhh..

    ReplyDelete
  5. Kak Tek,
    Sila beri pencerahan..
    Tak faham la..
    Err.. hurmmm.. aarrr.. cengkerang?? rama-rama??
    Blurrr laaa..

    ReplyDelete
  6. Yong,
    Kut 2 bln ke, 3 bln ke.. macam ni jugak kut.. kami bukan ramai mana pun..

    P/s;
    Ada la.. ada laaaaa..

    ReplyDelete
  7. alaaaa kenapa bf kita nama sama? Mr. Darcy..ha ha ha..

    eh kalau rumah dekat, memang sah2 i mengendeng time lunch tu..dah lama tak makan sambal udang petai...

    ReplyDelete
  8. smbal udang petai buat saya telan air liur banyak kali..huhu

    ReplyDelete
  9. NP,
    Boleh la share.. blh kan..
    Mr. Darcy tu.. time tu je dia encem. Citer lain xda pun.

    Kalau dekat.. mmg boleh sgt.. mkn x abis.. ni tgh buat pulut kuning pulak.. nak partner ngan sambal udang tu la..




    Irfa,
    Sana sng.. malas nak buat.. boleh beli hat yg dah siap jer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...