Assalamualaikum all,
Ibu ni kan, asal makan budu jer sakit kepala. Asal makan budu jer sakit kepala. Tapi makan.. tetap makan. Dah sedap kan kan.
So, Ibu pun try la tanya Cik Gugel kot kot dia tahu kenapa. Sekali tu, jumpa pulak yang lain. Rupa-rupanya "budu" ni baik untuk kesihatan. So, maybe Ibu sajalah yang kurang serasi makan budu ni. Ye la.. budu kan dibuat dari ikan bilis dan ikan bilis sememangnya diketahui tinggi kadar kolesterol. Dah tu, garam yang tinggi dalam budu jugak mungkin antara sebab Ibu sakit kepala.
Budu yang dalam sedang diproses. Gambar dipinjam dari FB seorang rakan yang berkunjung ke Pulau Jeju. Orang Korea pun pandai makan budu...
So meh kita baca tentang khasiat budu ni.
Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang
dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal
di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu
diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya
dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam
pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan
dengan bahan makanan
lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Antara kelebihan dan khasiat budu :-
1: Awet muda
Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika
Syarikat mengatakan unsure ganestin dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan
radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah barah
payu dara. Malah, turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit.
2: Elak kanser
Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika
Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan
antioksidan yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan
tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk
menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang
selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno".
3: Turunkan kadar kolestrol
Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu
sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke
tahap luar jangkaan.
4: Cegah cirit birit
4: Cegah cirit birit
Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga mampu
menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung,
penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal. Kajian
mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab
"diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah
penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.
5: Meningkatkan kecerdasan otak
Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih
pintar dan mempertingkatkan
IQ kerana ia meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara
neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Juga membantutkan
pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung
perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Kelemahan
Budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang
digemari ramai. Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi
dan tidak sesuai bagi mereka yang menderika sakit gout.
Nak tahu lebih lanjut, boleh ziarah link ini.
ibu sham..
ReplyDeletekan mak saya dtg rumah cuti skolah ni.dan mak bawak sedozen budu dr kg
hati sgt seronok..jarang makan tp sesekali kalau teringin tuang je dlm pinggan.hahaha
kalau dekat boleh saya bagi sebotol dua ;)
Saya pun pandai makan budu wpun saya bukan Kelantanese. Jika makan Nasi Kerabu, mesti minta budu disiram. Ohh sedap!
ReplyDeleteTerima kasih Irfa.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. stok kami masih mencukupi & rasa mampu untuk cover sampai summer.
P/s;
Barang kawalan tu.. kena guna dengan berhemah.
Azie,
ReplyDeleteBest kan kan..
Kasi banjir.. alahai sedap nyer..
Banyak rupanya khasiat budu. Saya minah belacan, hehe.
ReplyDeleteSham minah "sambal gesek". Org N9 kan.
ReplyDeleteTapi belacan pun okey jer.. tu yg x sedar makan jadi bertambah-tambah.