Beautiful Friends

Tuesday, March 12, 2013

Laksa instant ~ RESEPI..


Menyampaikan hajat kawan Tanah Seberang.. Cik Yong. Okey.. ni Ibu dah copy paste resepi laksa sardin seperti yang diminta.

Tu la, ni tengah dok repair tools kat rumah ni. Ada pulak yang "kong" tetiba. Jenuh dah repair ni. Kut tak senang sikit nak refer ke Cik Gugel.


Bahan-bahan;
2 tin sardin cap ayam (ikut suka la)
1 tin tuna (hat white meat)
Sebiji bawang besar
2 sudu makan belacan
5-6 ulas cili merah (kalau nak pedas lagi, guna jer cili api)
Sedikit daun kesum
Sedikit bunga kantan
Sedikit asam keping

Sidekicks;
Telur rebus, limau nipis, hirisan bawang, hirisan cili api (kalau tak cukup pedas la), nenas yang dipotong kiub, hirisan timun dan salad.

Cara-cara menyediakannya;
1- Blend bawang besar, cili merah, belacan, sardin dan juga tuna.
** boleh juga digantikan dengan cili blend.
2- Setelah kesemua bahan-bahan tersebut tadi hancur, masukkan ia dan sedikit air (hingga mendapat kepekatan/cair yang dikehendaki) ke dalam bekas yang sesuai untuk dimasak.
3- Masukkan juga daun kesum, asam keping dan bunga kantan sebagai penambah aroma dan rasa pada laksa tersebut.
4- Apabila telah mendidih, perasakan dengan garam secukupnya.
5- Alhamdulillah, dah siap.

Hidangkan bersama sidekicks.. 


P/s;
Yong.. selamat me'laksa ya..

8 comments:

  1. pakai sardin dalam tin pun boleh ye
    emm senang jugak resepi ni
    saya x penah buat laksa..makan tau ;)

    ReplyDelete
  2. Irfa,
    Sejak dah dok jauh ni byk benda "instant" K.Sham belajar.
    Murtabak instant la, bergedil instant la..

    P/s;
    Malas sebenarnya.. tapi dah nak makan.. kena la jugak buat.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Sham ... tumpang resepi Sham ni ... simple and sedap ... :)

    ReplyDelete
  4. Dear kak sham

    Terima kasihhhhh (baca ala2 david arumugam yea!)
    Lebiulaaa

    ReplyDelete
  5. alaa kak sham..sedapnyer laksa tuu..kerana takder daun kesum ngan bunga kantan putih mata jer lah jwbnya...:)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ummu.
    Tak cuba tanam sendiri ke?
    Daun kesum senang nak jaga, arwah makcik K.Sham pacak belakang rumah pun subur.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...