This gonna be the final chapter of cerita Souk Mubarakiyah. Ada rezeki kita share lagi yang lain pulak.
Actually Souk Mubarakiyah yang jugak dikenali sebagai Traditional Souk.. is the best place to come kalau ada sesiapa yang nak tau serba-sedikit tentang masyarakat asal di Kuwait. Dari cerita Gold Souk.. bukhoor (kemenyan Arab tu la) sampailah cerita yang jadi nelayan. Semuanya bermula di sini.
Actually Souk Mubarakiyah yang jugak dikenali sebagai Traditional Souk.. is the best place to come kalau ada sesiapa yang nak tau serba-sedikit tentang masyarakat asal di Kuwait. Dari cerita Gold Souk.. bukhoor (kemenyan Arab tu la) sampailah cerita yang jadi nelayan. Semuanya bermula di sini.
Sabah IV Ahmad Al-Jaber Al-Sabah
(Raja Kuwait hat yang belah kanan)
Pasar kurma.
Cuma since sekarang ni belum musim lagi.. so most of the dates.. yang ada macam yang dalam gambar tu jer la. Tapi bila masuk musim panas.. kurma dah mula banyak. Macam-macam kurma pun ada. Nak yang kurma mentah (kuning/merah) pun ada kat sini. Personally.. Ibu suka yang kurma mentah lagi. Meratah kurma pagi petang siang malam jer la.
Pasar buah-buahan.
Segala
fresh vege pun banyak jugak jual kat sini. Tapi biasanya kita orang kalau
mai sini.. beli buah delima jer.. memang besar-besar.. memang
manis-manis belaka. Harga pun lebih murah kalau dibandingkan dengan yang jual kat tempat lain.
The Arabss dengan jeruk memang tak dapat dipisahkan. Dari jeruk buah zaiton sampailah ke segala jenis jeruk. Even dalam diet dia orang pun.. jeruk ni macam 'is a must'. And maybe for that reason dia orang ni selambe jer layan kambing golek sekor-sekor tanpa rasa bersalah pun. Sesuap kambing.. sebiji zaiton telan masuk mulut. Tu belom lagi segala jenis salad.
Unlike kita yang memang semata-mata makan kambing.. mana la nak balence.
Selingan sikit.. rotan panjang sedepa and segala suku-sakat yang sewaktu dengannya. Kami pun ada jugak yang hat 'sedepa ni'..
Mungkin dia orang ni dah biasa dengan culture 'rotan' ni kut. Sebab senang sangat jumpa orang jual benda-alah ni kat sini. Nak pendek.. nak panjang.. pilih jer mana yang berkenan.
Ini pulak stok rotan di rumah kami.. and yang paling lama bertahan. Dah 3 tahun jugak rotan ni masih setia berkhidmat untuk kami. Yang lain semua dah.. arwah. Kut ada pun dah kerat 2.
Well..
Rotan ni pun 'eksen' jer yang lebih. Untuk Ibu buat gertak anak-anak.. and biasa rotan ni pi hempuk-hempuk ke sofa jer. Nak rotan anak.. tak sampai hati sebenarnya. Lagi pun Ibu ni jenis tangan tak serasi merotan anak.. sebab biasanya.. tangan Ibu sure jadi bengkak.. salah urat or ada la yang sakit lepas rotan anak. Ni cerita 12 tahun yang lepas la ni and ever since.. kita buat approach lain la kan.
Section segala jenis selendang.
Ibu tak pandai nak lilit selendang.. so tak berapa kerap sangat layan mata kat sini.
Stok baru..
Intai-intai.. sekali jumpa pulak stok baru. Memang kedai ni kira kedai wajib ziarah tiap kali kita orang datang ke sini.
Kuwait ni bukanlah negara yang 'open sangat' so bab tourism tu macam tak berapa sangat la. Dah jadi macam tu.. stok-stok souvenirs ni kira terhad jugak la. Biasa jumpa kat kedai duty free kat dalam area airport jer. Kut tak pun kat Fahaheel Bazaar yang nunnnn jauh kat belah selatan. Dah jumpa ni.. suka bukan kepalang la kita..
Ada yang berkenan ke..
Tapi ini bukan yang hat ori. Nak ori.. kena pi Gold Souk. Macam-macam ada. Yang biasa Ibu jumpa kebiasaannya.. jarang design dia orang ni yang 'biasa-biasa'. Sure jenis yang the very heavy metal.
1- Sebab dia orang ni memang jenis over.. segala yang over.
2- Duit dah terlebih banyak.
3- Dah resmi dia orang macam tu.
Okey.. abis dah cerita pasal Souk Mubarakiyah yang sempat kita orang cover. Nak cover semua cerita-ceriti aktiviti kat sini.. mak aihhhh..
Tunggulah.. panjang umur.. ada rezeki kita share lagi.
Assalamualaikum.