Beautiful Friends

Saturday, March 23, 2013

Durian luar musim..


Iya.. dah betul la tu. Dalam gambar tu pulut dengan santan durian.

Boleh la.. dari tak merasa langsung. Guna durian frozen saja. Taste wise.. sama saja. Nak kasi kick, boh je daun pandan. Tang pulut.. sini memang tak ada problem sebab Asean ramai di sini.

Sebetulnya, semalam kami ada AGM untuk M.A.K. Segan pulak nak pergi mesyuarat tangan kosong. So, kebetulan pulak ada sorang adik ni berhajat nak makan pulut and santan durian.. so boleh la. Nak buat pun bukan susah sangat. Di samping menyampaikan hajat orang, Ibu pun dapat idea free. Khalass..

Sebelum mesyuarat bermula, sempatlah jugak Haazem buat last revision dengan Ustaz Ikhwan untuk paper Ad-Deen hari Ahad ni. Doakan yang baik-baik untuk Haazem nanti ya..

Then lepas mesyuarat.. kelam-kabut ke kelas karate pulak. Sempat la jugak anak-anak berpeluh dalam 1 jam.

Lepas kelas semua mengadu lapar. Dah alang-alang lama tak pi dinner sama-sama kami pi la try this one Chinese Restaurant - Jade Garden at Salmiya. Taste wise.. boleh la. Tapi sejujurnya kalau kami.. sekali tu je la kut.

Dah pi restoran Cina.. mana ada pedas. Dah mintak cili pun, lidah tak pijar jugak. Dah tekat Melayu asli kan. Orang N9 pulak tu. Tapi tak cuba, rugi la pulak. At least dah try tu.. tau la jugak.

Anyway, balik rumah semua muka dah expired. Letih main and letih berkarate. Lepas tukar baju, semua pengsan. Ada rezeki, esok sambung lagi.

Daaaa...

Setiap kali keluar, beginilah keadaan kami.. meriah dengan anak-anak

5 comments:

  1. mintak maaf kak sham ..masih konpius lagi so kena tanya..nape durian tuh bukan kaler putih? taruk gula melaka yer..biasa makan pulut durian yg putih jer...:)

    ReplyDelete
  2. salam sham. lidah orng nisemilan kalau tak pijar memang tak sah. Mak bundo dulu dia siap hantarkan cili api serbuk haha..

    ReplyDelete
  3. Kami kalau di N9 buat kuah santan durian guna "gula Melaka", tu sebab jadi kaler macam tu.

    Belah Pantai Timur guna gula pasir sahajakan.

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam wbt Bundo,

    Kan Bundo.. kalau dapek tergigit cili.. lagi best. Lagi laju menyuap.
    Amsyar pun mcm tu jugak. Arif sikit2 la. Haazem.. chilies very unhealthy for me.

    Sham ponah jumpo sorang kawan ni, siap boh cili dalam beg. Sonang kato eh nak makan kalau kek luar.

    ReplyDelete
  5. Petua mak saya (menu orang Utara): masak pulut jangan sekali dicampur daun pandan. Akan hilanglah rasa asli durian tu.

    Wpun jauh dari kebun di Malaysia, merasa juga la durian ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...