Beautiful Friends

Sunday, March 29, 2015

Souk Mubarakiyah.. jubah.. abaya.. makan-makan.. etc..

Assalamualaikum all..

Selamat berhari minggu buat rakyat Malaysia.

Kami di sini dah start new week.
Not much happened over the weekend cuma Ibu sempat la pi Souk Mubarakiyah. Nak pi alter hujung tangan jubah. Ada pulak yang sehelai ni rasa macam nak kena bagi 'lain' sikit.

Sebenarnya kut setakat nak pi alter hujung tangan.. mana-mana pun boleh buat. Tapi Ibu prefer pi Souk Mubarakiyah.. sebab sambil-sambil pi 'underground' repair jubah.. boleh jugak kami ambik kesempatan layan ikan bakar.

Bukan setakat ikan bakar.. macam-macam pun ada sebenarnya.

Btw..
Alang-alang dah sampai sana.. Ibu ambik peluang snap pics untuk tayang-tayang kat sini.

Jom kita layan pics. Then Ibu cerita la serba sikit.







Yang kat atas ni semuanya stok jubah yang biasanya Minah-minah Arab kat sini tempah. Ada sebab takda saiz.. ada jugak sebab masing-masing suka-suki nak tempah lain dari kebanyakan stok yang ada kat market.

Yang hitam biasanya stok untuk kain yang biasa. Sesuai dipakai untuk musim panas dan musim sejuk.

While yang berwarna-warni tu.. itu stok untuk musim sejuk. Kain tebal sikit. Tapi kalau rasa sanggup nak pakai dalam musim panas.. okey jer..






 


Yang kat atas ni la yang Ibu cerita 'abaya' tu. Terbelah di bahagian depan sampailah ke bawah. Ada yang loose ada jugak yang siap butang. Terpulanglah pada selera masing-masing. As I said.. semua stok-stok ni 'custom made'.

Ada jugak yang dijual semula. Ye la.. dah berbulan Minah-minah Arab ni dok tempah tapi tak jugak tuan datang ambik.. solution.. jual je la..

Kalau Ibu memang prefer beli yang stok kat sini sebab design jubah dan abaya di sini biasanya lebih cantik (pada Ibu la). Anyway.. terpulang pada masing-masing la kan.

Cuma satu masalahnya.. being a bit kecik tang saiz badan (kalau dibandingkan) dengan Minah-minah Arab kat sini.. susah jugak sebenarnya nak cari saiz jubah/abaya ready made kat underground ni.

So.. kena pi carik kat kedai yang kat atas tu la jugak. Yang kat atas tu pulak.. harga ikut harga market la.







Yang kat atas ni pulak stok-stok hujung lengan (sikit sangat ni) yang tengah trending sekarang ni. Sekarang ni semua stok lengan besar. Cuma finishing jer yang lain. But most of it.. semua guna renda yang macam-macam jenis.

Ikut la selera masing-masing kan..





One thing bout kedai-kedai di sini.. kalau kat kedai buat jubah.. jubah jer la yang ko boleh buat.

Kalau dah kedai abaya.. abaya jer la yang ko boleh buat. Walau macam mana pun ko suka dengan staf kat kedai tu.. walau macam mana pun ko suka dengan service kat kedai tu.. NO CAN DO.

Setakat nak alter hujung tangan.. setakat nak bagi pendek.. nak bagi kecik.. tu takda hal la.

Tapi kalau nak tiru kedai sebelah nyer design.. ko jangan cari pasal. Tak pasal-pasal nanti ada yang pi ngadu kat 'sponsor'.. kata staf ko curi design kedai aku.. Yang rugi bukan si 'sponsor' tapi silap-silap hari bulan staf tu yang kena hantar balik kampung.

Ni pun Ibu tau sebab kisahnya Ibu berkenan dengan abaya kedai lain tapi Ibu berkenan dengan service kat kedai lain. Tu yang keluar cerita macam tu.

Btw..
Sponsor tu kiranya macam owner kedai la.





Murah sangat ke renda-renda kat sini?
Tengok saiz and jenis.. mak aihhh..

Anyway..
Ini sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan real situation. Bukan setakat rambang mata.. ntah la.. tak tahu nak kata apa dah. Most of the kedai ada 'design' masing-masing.

Nak kira sebenarnya.. bagus jugak macam ni. So at least masing-masing ada 'bisnes' masing-masing.

And setakat tu dulu cerita my visit to kedai underground di Souk Mubarakiyah. Jubah dah hantar pi alter. Dia orang janji 3 hari. Esok lusa tulat.. insya'Allah siap la tu.

Ada rezeki kita share pulak cerita-ceriti Souk Mubarakiyah yang kat medan selera pulak.

Bersambung..

8 comments:

  1. Cantik2 semua...pasal benda2 mcm fesyen, orang kata minah-minah arab ini memang over, betul ker?

    ReplyDelete
  2. Dah betul sangat tu Nasa.
    Ni baru cerita jubah & abaya.
    Belum lago tang perhiasan-perhiasan yang lain.

    ReplyDelete
  3. cantik2nya sham.acik teringin nak beli..tapi ada jual online je..risau jugak kot tak menepati saiz..akhirnya sampai sekarang belum ada selai pun..

    ReplyDelete
  4. Sham serik dah beli yg kat online.
    Bila beli.. ada jer yg x kena.
    Saiz pulak mcm2.. kaler x mcm dlm fon.. dlm laptop.
    Beli yg depan mata jer la.

    ReplyDelete
  5. cantiknya abaya tu. yang 3 gambar from the the top. brapa RM tu sham? klau yang jubah tu plk gambar 1st skali, brapa RM?

    ReplyDelete
  6. Hasnida,
    Abaya tu range dlm 25-30KD. Mahal sebab custom made. Tapi workmanship memang very detail. Mahal pun sebab kain tu jenis tak jarang. Kain jenis 'jatuh'.

    Jubah biasa bawah 20KD. Pun tengok jenis kain & jenis renda. Yg bawah 15KD pun ada jugak.

    Kuwait Dinar ke RM.. convert sendiri la ya. Lama dah tak gugel.

    ReplyDelete
  7. tq sham. so klau nak oder blh la yer? brapa kos utk post @ akan blk kg che abe sblm raya? blh ambik by hand jer...

    ReplyDelete
  8. boleh tahan cantiknya . saya kat sini nak cari renda besar gabak camtu seksa benor nak jumpa . klu pi nilai 3 pun yg besar 1/2 inci je yg ada ... suka tgk design abaya yg ikat pinggang tu ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...