Beautiful Friends

Sunday, December 2, 2012

Aku budak...


Umang aii..
Itam eh den dulu. (sekarang pun itam gak)..
Dah la itam, kuruih lak tu.. tu yang best tu..
Kan best kalau buleh slim jo macam dulu..
Tapi kok kuruih bona, nanti di-koba eh dek oghang tak cukup makan lak kan..

Well, that were some of my monologue everytime looking at this picture. Ini antara gambar-gambar kesayangan jugak ni. Ini pun mujur dapat pinjam dari album kawan.

Tapi adatlah, dari lima yang dalam gambar ni, cuma - 4 - sahaja yang masih aktif berhubung. Yang sorang tu memang tenggelam timbul.


Again, looking at this picture I can only say that it was the best time of my life. Biasa la... dah habis exam darjah 5. Result pun dah dapat. Cuma tunggu tawaran ke boarding school saja.

Cuma unfortunately, Ibu tak dapat masuk sekolah "idaman hati", maka terpaksalah berpisah dengan rakan-rakan tersayang. Kisah yang sebenarnya, Omak sorok surat tawaran sebab dia nak Ibu enroll Sekolah Agama. Maybe sebab dia dah nampak tanda-tanda yang Ibu ni "extra special" sikit.

Degil tak degil, lepas SRP.. Ibu buat lagi percubaan bertukar sekolah sendiri. Tapi percubaan gagal. Maka teruslah Ibu terus belajar di sekolah yang sama. Cuma selepas SPM, hajat tercapai. Sendiri buat surat, sendiri hantar ke Kementerian Pendidikan Negeri dan sendiri daftar diri ke sekolah yang baru. 

Mengamok Omak masa tu. Tapi bila dipanggil kaunseling.. yezzz.. Ibu kekal di sekolah baru. Bayangkan.. baru 18 tahun tapi dah pandai tunjuk belang.

Later lepas STPM, sambung pulak buat Diploma. Memang tak boleh lari dah.. kena ikut arahan Omak and Ayah. Then buat peil lagi, tak mo sambung belajar pulak hanya sebab BF dah habis study. Bengong betul la time tu.

Cuma selepas jumpa Cik Asben time dah mula bekerja, barulah terbukak hati semula nak sambung Degree. Alhamdulillah. Khatam sudah.. sampai jugak hajat Omak and Ayah nak tengok Ibu pakai jubah.

Sincerely, Ibu sikit pun tidak rasa terkilan malahan rasa bertuah sebab hidup Ibu meriah dengan pengalaman serta kesilapan-kesilapan masa silam. Yang masam, pahit, masin, manis, kelat.. semua complete. Kalau orang lain mungkin hidupnya "too easy" sehingga menjadi predictable. While mine was totally UNPREDICTABLE.

Tapi in short, Ibu cukup bersyukur kerana kehidupan Ibu cukup mewah dengan segala perencah hidup. Dari yang susah, senang, suka mahu pun yang duka. Sesungguhnya, pengalaman lalu cukup mendewasakan Ibu.

p/s;
Don't ever take "mistakes" as a curse but instead as a bless for a better life.
&& cuba teka.. Ibu yang mana satu??



9 comments:

  1. tokin bobolang bolang, rambut kombang...*

    Beranikkkk matikkkkkk keluar gambo lelama macam nih!!!! I hetchuuuuuuu! Hahahaha.

    ReplyDelete
  2. Is it tooooo obvious??
    Suma org point kat budak stokin belang je.
    Betul la tu.. mmg tu pun Sham.
    Mana ada dak prefect mcm tu, patut pakai stokin putih.
    Tu yg cikgu-cikgi kata "kecik2 dh tunjuk peil".
    Tang rambut kembang tu, nak wat cmana.. lainlah kalau Sham ni jenis gadis ayu.. blh la wat tocang ke hapa..

    ReplyDelete
  3. Sham:
    Dulu tak ayu sebab dulu budak budak. Ni ayu dah nih..pakai tudung, tangan kat dagu * prfile pic*... time has changed u.

    ReplyDelete
  4. vavaavaa.. vaaa kak sham.
    kasi selongkar gobok gitew..
    lawa ler stokin belang2 tu.
    muka akak x lari la dari dulu ;-)

    ReplyDelete
  5. MP,
    Gambar tupang dagu itu tlh melalui proses peng-edit-an yg melampau. Operate by Cik Asben. So jgn lah tertipu. Sebaik dia x buat dagu botox ke, idung mancung ke, dahi plastik ke.. very derrrr...

    Yong,
    Tgh mood baik.. kut x.. mau nyer nak keluar gambo hat muzium dinosor ni.

    ReplyDelete
  6. baru nak teka yg stokin belang ... semua pun dah teka yg sama :-)

    ReplyDelete
  7. Pengalaman lalu mematangkan. Hidup kalu takda rencah pahit manis, tak best la hidup, kan?

    Seronoknya bila mengenang kembali zaman sekolah dulu dulu!

    ReplyDelete
  8. Mala,
    Ketara sangat kut..
    Langsung x suspen..

    Azie,
    Betul.. sangat setuju.

    Zaman sekolah.. zaman stress free..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...