Beautiful Friends

Tuesday, December 18, 2012

Pokok Tunjuk Langit..


Pokok Tunjuk Langit

Pokok Tunjuk Langit merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara. Nama botaninya Helminthostachys zeylanica. Ia merupakan satu-satunya spesis dalam genus Helminthostachys.

Pokok Tunjuk Langit ("Helminthostachys zeylanica") merupakan sejenis pokok renek jenis resam. Tumbuhan ini menjalar dengan batangnya mempunyai diameter sehingga 1 cm dan berwarna perang, lembut serta lurus. Manakala daunnya tersusun spiral dan berpelepah. Mempunyai tangkai spora yang panjang seperti benang dipintal, menunding ke langit dan mengeluarkan spora berwarna coklat susu.

 
Buah Pokok Tunjuk Langit

Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung.

Pokok Tunjuk Langit selalu digunakan sebagai ubat tradisi untuk membuat ubat periuk bagi wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar.
 

Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. Pokok tunjuk langit ini hanya berbuah setahun sekali sahaja.

Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik. Buah tunjuk langit secara semulajadi, mengandungi nutrien yang tinggi kerana akarnya mencecah 20 kaki ke dalam tanah, tidak mengandungi kesan sampingan walaupun diambil dalam tempoh masa yang lama.

Bunga Pokok Tunjuk Langit

Antara lain-lain khasiat pokok tunjuk langit;

1- Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti – pengoksidaan.


2- Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah. Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti.

3- Rasa pahitnya adalah amat tinggi oleh itu dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.

4- Mengurangkan paras gula dalam darah dan menyeimbangkan kandungan gula dalam darah.

5- Memperbaiki kelancaran peredaran darah.

6- Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah.

7- Mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik LDL dalam darah.

8- Juga baik untuk mengawal gastrik, mencegah ketumbuhan tumor, menjaga kecantikan kulit, mengawal pertumbuhan jerawat, rheumatism, lelah dan menjauhkan nyanyuk.

Sumber : Pelbagai

5 comments:

  1. banyak rupanya kebaikannya.pernah nampak orang jual tapi tak pernah beli

    ReplyDelete
  2. Amboi-amboi kak sham..
    Baguih betoi makluman akak nie.
    Semalam citer ulan tengek burung, hari nie tunjuk langit..
    perghh..
    tengek burung tu yong selalu makan as ulam la. mak yang ngajor memang sedap bila celok dgn sambal belacan..

    ReplyDelete
  3. Adik manissss...
    Asyik pandai makan tapi tak tau ape yg ditelan, tu yg gigih menggugel tu.
    Tp yg betulnya sbb "nama" canggih sgt, tu yg ter-rajin gugel & paste.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Sham,

    thank you for the elaboration ... illustrations Sham menunjukkan dua tunjuk langit yang berbeza ye Sham ...

    satu pokok ... satu lagi herba ... name serupe ... dua yang berbeza ... nak kene check latin name nye ...

    kalau lah Mak Yah dari Temerloh baca ni ... sure dia boleh bantu ceghite ...

    ... :)

    p/s: Sham ... tak taulah kalau Sham gugel Mak Yah boleh dapat info ... he he ... :) she is a very famous herbs grower di tepi sungai temerloh ... :)

    ReplyDelete
  5. Alaikum salam wbt REAL,
    Sama-sama, I didn't do much at all.
    Gugel, baca, filter, copy & paste saja.
    Setakat berkongsi ilmu kut2 ada yg ter-berkenan nak baca.
    Btw, tu ari rasanya ada sekali ter-jumpa nama tu. Baca jugak. Mmg byk citer psl herbs la.
    & since REAL dh rekomen tu, mmg kena ziarah lg la site tu.

    p/s;
    Ngadap benda2 mcm ni mmg melekakan. Tu sbb Sham kena masak awal. Otherwise, anak2 mkn on delivery la jawabnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...