Beautiful Friends

Saturday, December 15, 2012

Tiada Tajuk..

NOTE : 
Kalau ada sesiapa yang terasa kena tembak.. terasalah sendiri, tapi sesungguhnya entri ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun melainkan diri IBU sendiri sahaja.

Sedia maklum;
Khamis hingga hari Sabtu memang hari yang paling padat dengan aktiviti dibandingkan dengan hari-hari lain.

REASON : 
Khamis malam ada KAFA so kena masak extra.
Jumaat petang : anak-anak ada kelas karate.
Sabtu pagi : Again anak-anak ada kelas karate.
Punca Ibu jadi kalut : Slot in program yang bermacam-macam.

Bila Ibu kalut;
Ibu jadi swing mood.
Bila Ibu swing mood;
Ibu cepat marah.
Bila Ibu cepat marah;
Semua kerja tak menjadi.
Bila semua kerja tak menjadi;
Ibu jadi kelam kabut.
Bila Ibu kelam kabut;
Ibu cepat tension.
Bila Ibu tension;
Ibu sakit kepala.
Bila Ibu sakit kepala;
Ibu tak boleh tidur.
Bila Ibu tak boleh tidur;
Ibu mula jadi zombie.
Bila Ibu jadi zombie;
Ibu mula cari novel.
Bila Ibu mula cari novel;
Ibu tak boleh buat kerja lain.
Bila Ibu tak boleh buat kerja lain;
Banyak kerja jadi tertangguh.
Bila kerja dah tertangguh;
Ibu mula jadi KALUT.

Then kitaran tu bermula semula.
Tapi tak pernah jugak Ibu nak insaf.
Tak pernah jugak nak berubah.

Omak selalu pesan;
(diolah semula dalam ayat yang lebih tersusun)
Kalau disiplin kita KUAT, semua perkara kita boleh BUAT.

Ada masa Ibu merungut kenapa Allah tak bagi more than 24hours in a day. Rasa macam tak sempat je nak buat itu ini. Walhal orang lain pun dapat peruntukan yang sama jugak. Sebenarnya kalau Ibu cukup disiplin hence later follow them accordingly, insya'Allah.. tak ada la entri ni naik. And sebenarnya salah siapa.. DIRI SENDIRI!!!!!!!

Macam sekarang ni, walhal dah tau esok pagi ada kelas karate, tak jugak masuk tidur walhal tau esok nak kena bangun awal, homework anak-anak tak semak lagi, kain baju tak berlipat lagi, Ibu tak solat isya' lagi dan bermacam-macam la lagi yang masih belum dibuat lagi. Tapi masih Ibu mengadap lappy ni jugak lagi.. abih tu camno???

Henceforth.. I deserved a DUSH straight to the face.

p/s;
Meh nak tunjuk hasil kerja dari orang yang swing mood hari ni.. mee mamak yang Ibu sendiri macam tak ada selera nak jamah. Mee jadi terlebih lembut sebab terlebih air. Patut nyer buat malam kelmarin so tak ada la rushing. Tapi sebab ralit ke lain, pagi nyer baru kelam-kabut nak buat. Sooooo la degil.. Result, mee tak cantik, pendek-pendek, patah-patah.. seperti patahnya hati Ibu tengok hasil kerja yang tak sempurna. Isshhhh...



9 comments:

  1. tapi mee masih nampak sedap.....Ibu sham buat saya lapar mlm2 cenggini...

    terus turun dapur.

    ReplyDelete
  2. :) sabar yer kak sham, apa pun mee tu nampak ok dan sedap jer...nasib baik baru lepas breakfast ,kalau tak ada yg menitik air liur ni hehe

    ReplyDelete
  3. Kak shamku..
    Aper kater yong kasi tajuk
    Recycling??
    Hahaaa..
    Alaa mee patah2 pun sedap jea tengok aper
    Yong bukan patah tapi nan ador langsung ;-(

    ReplyDelete
  4. Kak Shamku.,

    Aper kate yong bagi idea tajuk tu?
    Recycle recycling reuse ???
    Hahaaaaa..

    Kak sham, mee patah hati kak sham tu mematahkan hati yong.. Adussss lapor!!

    ReplyDelete
  5. mee basah tu sedap! eh! kak sham buat mee sendiri ka? tabik la!!

    ReplyDelete
  6. Kalut kalut pun kak, mi goreng tu bak sini, sodapppp!!!

    ReplyDelete
  7. hmmmm meh keluar ... tengok garden

    break the cycle ... mudahan dipermudahkan

    ...:)

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaaaaaa....i like! itu mood tengah swing..kalau tak? apa yg jadi gamaknya yer :)

    ReplyDelete
  9. Dearest all,

    Terima kasih atas segala kata pujuk & all..
    Alhamdulillah, hari ni mood ada sedikit baik. Dh dapat "remedy".
    Nnt kita share sama2 ya..

    REAL,
    I'm taking you advise.. and yes.. greens is always the best remedy. Sejuk mata memandang.. segar sampai ke dalam hati.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...