Beautiful Friends

Wednesday, March 20, 2013

Exam week.. Ibu demam kepialu..

Lunch time.. korang dah lunch ke? Ibu makan yang hat sarapan tadi je kut. Malam nanti fikir la pulak apa nak makan or nak masak yang lain ke. At the moment, layan sajalah claypot chicken rice ni dulu.


Sekarang tengah musim exam. Arif baru habis. Haazem tengah berperang. Amsyar start next week.

Bila dah anak-anak exam.. mak ayah mesti terjebak sama. Walau tak banyak, sedikit tensi sure mesti terasa. Tambah dengan kerenah anak-anak yang ngelat masa nak buat revision. Iklan sana iklan sini. Memang kena banyak kali ambik air sembahyang, banyak-banyak beristigfar..

Me..
Arif.. tak banyak sangat nak cerita la. Tadika kan. Still ada la jugak kena hafal itu ini. Practice itu ini.

Amsyar.. dia dah boleh lepas tangan. Unless kalau dia ada masalah, barulah dia datang bertanya.

Haazem.. yang ini memang kena banyak bersabar. Kut tak asyik jadi tarzan versi muslimah. Ada jugak yang kata, anak nombor dua ni memang bertuah sikit.

Mungkin nampak ringan bagi kita, ye la.. setakat exam sekolah rendah je kan. Tapi kita pun pernah melaluinya. Sebaiknya cubalah luangkan sedikit masa duduk sebelah anak-anak masa buat revision tu. Walaupun sekadar buat-buat ambik tahu tapi sebenarnya "trick" ni sangat penting kerana ia menyumbang kepada psiko mental anak-anak. Ini Ibu baca somewhere.. lupa la pulak kat mana.

Sebenarnya banyak benda yang kita boleh amalkan serta bantu anak-anak semasa dia orang tengah demam exam ni. As well as, jangan lupa galakkan anak-anak berdoa selepas solat minta dilapangkan hati dan fikiran semasa exam tu nanti.

Anyhow.. kita doakan sajalah anak-anak kita segala yang baik-baik.

Ilal'liqa..

8 comments:

  1. As Salam Sham,
    Akak nak tanya sikit, beras d sana memang panjang2 macam gitu ke? Terkejut akak tengok, mula2 akak ingat mee, d M'sia ni ade jugak beras yg panjang2 yg selalu orang buat nasi arab tu tapi tak lah sepanjang beras yg Sham masak tu.....

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam wbt Kak Arina..
    Sini beras mmg panjang2 mcm tu kak.
    Beras basmathi.. kalau ikut iklan kat sarung tu size XL.
    India mari..
    Tapi yg dr area Gulf pun byk.. mmg semua panjang2 mcm tu jugak.
    Mmg dia org buat masak utk nasi arab tu la.
    Berderai & x berkanji.

    Beras Siam pun ada tp di sini lagi mahal dr beras basmathi.

    ReplyDelete
  3. Laa, nasik ka tu! Tengok dalam gambaq kat blog list tadi ingatkan mi! Panjang sungguh berasnya.

    Terpaksa banyak sabaq. Saya pun Isnin lepaih baru ja jadi tarzan pempuan dalam kelas. Selalunya kelas tu tak payah jadi tarzan pun tapi hari tu tetiba ja datang dugaan. Maka.

    ReplyDelete
  4. nasik claypot ni macam masak nasi beriyani jugaklah yea?
    tumis, campo dlm periuk sampai masak... wah menarik...

    ReplyDelete
  5. Dinas,
    Iye.. nasik.. nasib baik kata mi bukan "cacing".
    Mmg panjang2, cantik berderai.
    Tp balik sana x mampu la kami nak beli.
    Penah sekali Omak kena supply mkn utk org sakit lemah jantung selama sebulan.. sekilo cecah hampir RM16.00.
    Ngeri..

    ReplyDelete
  6. Kak Tek,
    Gugel je resepi.. gerenti blh buat sendiri nyer la.

    ReplyDelete
  7. salam kak..
    hmm..nampaknya mencabar jgk time anak2 exam yer...amalan berdoa & solat hajat ms exam pun sgtlah elok diamalkan..anyway good luck for all of them..:)

    ReplyDelete
  8. Alaikumsalam Ummu,
    Berdoa & solat hajat mmg sgt digalakkan, bahkan dlm apa situasi pun.
    Sebenarnya Allah cukup suka kalau kita "minta" apa2 pun dgn DIA, setiap masa, walau dlm apa keadaan sekali pun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...